Anak-anak ada online kelas sepanjang dua minggu ni nampaknya lepas sekolah diarahkan tutup sementara. Jadinya memang on-screen time bertambah la nampaknya.
Saya tak galakkan anak-anak lama sangat mengadap skrin tapi kadangkala bila homework dah siap ataupun dah buat kerja-kerja rumah tolong mak/ayah, maka boleh la main phone sekejap.
Nak dijadikan cerita, yang si kakak sibuk minta nak donwload game namanya Among us sebab kawan-kawan kelas main.
![]() |
kalau nak cuba, download dekat Playstore |
Okeyla saya benarkan sebab nampak macam simple je game tuh. Kakak offer saya try main game tu ..dann....haha ! Terjebak pula dah !
Bila defeated tak puas hati, masuk balik main sampai kan kakak tanya turn dia pula main.
Maaf la nak, tiba-tiba game ni menyeronokkan pula, sampai tak sedar dapur tak berasap lagi.
Cara Main Game Among Us - Untuk Pertama Kali
- Among Us permainan yang perlukan berbilang pemain dalam talian yang dikembangkan dan diterbitkan oleh studio permainan Amerika, InnerSloth.
- Permainan ini mengenai kerja berpasukan ataupun pengkhianatan. Anda akan dapat salah satu role samada Impostor (pengkhianat) atau Crewmat (krew pasukan).
- Tukar kita kalau sebagai impostor kena sabotaj kerja krew pasukan, dan jika seorang krew anda perlu cari siapakah pengkhianat dalam game ini.
- Masa main tu mula-mula memang blur sangat, kali kedua dah mula faham dan boleh trik cara main, haha !
Fikir balik macam lawak la pula. Jom tengok saya dah rekod game ni masa pertama kali saya main dekat link youtube video saya --- View Sini
Kalau best Subscribe la channel saya di Youtube.
Terima kasih semua.
6 Comments
saya ad buat arts Among us..jemput tgk
ReplyDeletehttps://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/10/among-us-perler-beads.html
Wahh dah tgk..cantik sangat :)
DeleteSekali dah main memang boleh terjebak. setakat ni saya belum terjebak lagi. hihi..game viral ni.
ReplyDeleteItulah, lagi-lagi bila kalah dan2 masuk balik game hehe
Deleteoooo game rupanya ye ni, biasa nampak kat ig ingat katun ap alah tu
ReplyDeleteKartun2 nya comel juga kan ..
Delete