Pertama Kali Terjebak Game Among Us Viral

Anak-anak ada online kelas sepanjang dua minggu ni nampaknya lepas sekolah diarahkan tutup sementara. Jadinya memang on-screen time bertambah la nampaknya. 

Saya tak galakkan anak-anak lama sangat mengadap skrin tapi kadangkala bila homework dah siap ataupun dah buat kerja-kerja rumah tolong mak/ayah, maka boleh la main phone sekejap.

Nak dijadikan cerita, yang si kakak sibuk minta nak donwload game namanya Among us sebab kawan-kawan kelas main. 


kalau nak cuba, download dekat Playstore

Okeyla saya benarkan sebab nampak macam simple je game tuh. Kakak offer saya try main game tu ..dann....haha ! Terjebak pula dah ! 

Bila defeated tak puas hati, masuk balik main sampai kan kakak tanya turn dia pula main. 

Maaf la nak, tiba-tiba game ni menyeronokkan pula, sampai tak sedar dapur tak berasap lagi.




Cara Main Game Among Us - Untuk Pertama Kali

  • Among Us permainan yang perlukan berbilang pemain dalam talian yang dikembangkan dan diterbitkan oleh studio permainan Amerika, InnerSloth.
  • Permainan ini mengenai kerja berpasukan ataupun pengkhianatan. Anda akan dapat salah satu role samada Impostor (pengkhianat) atau Crewmat (krew pasukan).
  • Tukar kita kalau sebagai impostor kena sabotaj kerja krew pasukan, dan jika seorang krew anda perlu cari siapakah pengkhianat dalam game ini. 
  • Masa main tu mula-mula memang blur sangat, kali kedua dah mula faham dan boleh trik cara main, haha !

Macam mana ? Nak try main tak ?

Fikir balik macam lawak la pula. Jom tengok saya dah rekod game ni masa pertama kali saya main dekat link youtube video saya --- View Sini

Kalau best Subscribe la channel saya di Youtube. 

Terima kasih semua.



6 Comments

  1. saya ad buat arts Among us..jemput tgk

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/10/among-us-perler-beads.html

    ReplyDelete
  2. Sekali dah main memang boleh terjebak. setakat ni saya belum terjebak lagi. hihi..game viral ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, lagi-lagi bila kalah dan2 masuk balik game hehe

      Delete
  3. oooo game rupanya ye ni, biasa nampak kat ig ingat katun ap alah tu

    ReplyDelete