Kali terakhir saya makan ayam masak cara kicap kuah pekat ni, masa balik kampung sebelum PKPB dekat Bangi Square. Makan di gerai 3 Budak Gemok dan memang sedap rasanya. Pelanggan pun ramai serta kena beratur panjang juga. Rindu pula nak ke Bangi, selain selalu cari barang dan baju raya dekat sana, biasanya kami ke Restoran Eid Korea untuk makan makanan Korea yang original. 

Saya kesana sebab adik yang cadangkan makan di situ kalau mengidam Kimchi Jjigae yang macam dekat Seoul. hehe ! Saya pun baru dapat tahu yang owner kedai tu memang berasal dari Korea cuma dah menetap disini.

Berbalik pada ayam kicap pedas versi Bangi Square, cara masakan dia ayam goreng tu disalut dengan kuah kicap pedas dan pekat. Selain tu kita boleh add on sambal cili api dan juga telur dadar. Walaupun pedas, tapi rasa dia teringat-ingat sampai sekarang ni.

Saya cuba juga buat sendiri dan antara resepi yang menjadi ialah macam yang dekat bawah nih, cumanya saya tak buat pedas sangat sebab anak-anak tak berapa makan pedas. Cilinya dikurangkan sedikit atau tak letak langsung.


Ayam masak kicap kuah pekat

Resepi Ayam Masak Kicap Berkuah Pekat

  • Bahan -bahannya :
  • Ayam 1/2 ekor potong kecil
  • Serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa

( Bahan atas diperap sebentar )

  • Bawang merah kecil 3 ke 4 ulas
  • Bawang putih 3 ulas
  • Halia 1/2 inci 

(Bahan atas ditumbuk lumat)

  • Sos cili 1 sudu makan
  • Sos tiram 1 sudu makan
  • Kicap pekat atau manis 2 sudu makan
  • Garam & gula secukup rasa
  • Bawang besar dipotong bulat
  • Daun bawang untuk hiasan


Bahan tumbuk dan juga untuk hiasan

ayam masak kicap kuah pekat pedas
Ayam perap kunyit dan garam

Ayam digoreng dahulu kemudian baru di salut kicap

Cara -caranya :

  • Goreng ayam setengah masak ketepikan
  • Tumis bahan tumbuk sehingga wangi
  • Masukkan satu sudu sos cili, satu sudu sos tiram dan 2 sudu kicap pekat@manis. Kacau rata.
  • Masukkan ayam goreng dan kacau kuahnya sehingga ayam bersalut rata.
  • Tambah air sedikit dan rebus seketika hingga ayam masak sepenuhnya.
  • Taburkan daun bawang yang dihiris nipis.
  • Sedia dihidang bersama nasi panas.

Selain itu, kalau berminat boleh juga ditambah dengan kentang goreng atau tomato, ikut selera masing-masing mana yang sedap.

Selamat mencuba resepi ini. Terima kasih membaca entri ini.

Haulia Razali