Resepi Ayam Masak Merah Sedap & Simple

Resepi ayam masak merah sedap dan simple yang saya kongsikan kali ini lebih cepat dan rasa ala kenduri punya. Sangat sesuai untuk dihidangkan dengan nasi tomato, nasi beriani atau nasi putih dan juga sayur acar timun dan nenas.

Kalau famili besar datang melawat biasanya memang saya buat lauk ni untuk menjamu tetamu. Ayam masak merah senang nak disediakan. Lagi satu inshaAllah semua makan sebab saya buat  yang tak pedas jadi sesuai untuk anak-anak makan sekali.

Nasi pula tak kisah kalau nak buat nasi minyak ke atau nasi putih, terpulang.

resepi ayam masak merah ala kenduri
Resepi ayam masak merah

Mula-mula tu kena lah sediakan bahannya dulu supaya mudah nak mulakan proses memasak.  List bahan-bahan macam kat bawah nih boleh disediakan.


Bahan-bahan Untuk Ayam Masak Merah Ala Kenduri :

  1. Ayam setengah ekor (Potong 8 bahagian)
  2. Serbuk kunyit
  3. Gula dan garam
  4. Cili giling 4 sudu makan
  5. Pes asam jawa 1/2 sudu makan
  6. Rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih)
  7. Serai 1 -2 batang di ketuk

Bahan Tumbuk :

  1. Bawang merah 4 biji
  2. Bawang Putih 3 biji
  3. Halia 1/2 inci


Cara masak ayam masak merah sedap dan mudah :

  • Mula-mula perap ayam dengan kunyit dan garam, kemudian goreng sehingga separuh masak. Kalau suka garing boleh goreng garing.
  • Kemudian tumiskan rempah 4 sekawan sampai naik bau
  • Tambahkan bahan tumbuk dan tumiskan sampai sedikit garing
  • Tambahkan cili giling dan tumis sehingga pecah minyak
  • Masukkan pes asam jawa dan garam 1 sudu teh, gula dalam 1 - 2 sudu makan
  • Tumis sebentar dan masukkan serai
  • Kemudian tambah air 2 cawan kecil ( dalam 400 ml )
  • Tumis sehingga cili masak dan sedikit kering
  • Masukkan ayam yang telah digoreng awal tadi
  • Gaulkan semua dan tambah air - biarkan sehingga ayam masak sepenuhnya.
  • Angkat dan sedia dihidangkan.



Anak-anak memang suka makan ayam masak merah nih kalau versi yang tak pedas la. Kalau rajin tambah nasi arab yang sedia ada pes tu hehe.

Baca lagi -- Masak Nasi Arab Mudah dengan Pes Nasi Arab Yemeni


Selamat mencuba semua.


Kawasan Johor Bahru dan sekitarnya mula tunjukkan kenaikan kes Covid 19, start semalam sekolah dan mula ditutup selama 2 minggu. Doa-doakan semoga keadaan kembali terkawal dan anak-anak dapat kembali ke sekolah seperti biasa. 

Reactions

Post a Comment

2 Comments

  1. Ayam masak merah ni kalau makan dengan nasi tomato ke nasi minyak ke memang sedap. Terbaik!

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan sudi singgah blog saya

[ Comments at your own responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988 ]