Sekali sekala masak Kari Ikan Tongkol memang terbitkan selera, lagi-lagi makan dengan lauk Ikan Gelama Masin Sambal Cili Api. Terangkat ! Hari ni saya nak kongsi resepi kari ikan tongkol dengan tomato mudah dan simple sahaja nak disediakan.

Baca sini - Resepi Ikan Gelama Masin Sambal Cili Api

Kari Ikan Tongkol dengan Tomato

Bahan-bahannya :

2 ekor ikan tongkol sederhana ( potong 3 bahagian setiap ekor)
1 peket rempah kari (dijadikan pes)
1 kotak (200ml) santan
3 1/2 sudu makan cili giling
3 biji tomato muda
1 sudu kecil pes asam jawa
Garam / gula secukup rasa
Daun kari

Bahan-bahan tumbuk lumat :

3 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
1 inci halia

Cara-caranya :

1. Bersihkan ikan tongkol belah 3 bahagian setiap ekor

2. Belah tomato 4 bahagian setiap biji

3. Panaskan minyak masak

4. Tumiskan bahan tumbuk sampai naik bau

5. Tambah pes kari dan kacau sampai pecah minyak dan garing

6. Tambahkan cili giling dan masak lagi sampai pecah minyak

7. Tambah sedikit air dan biarkan cili giling benar-benar masak

8. Tambahkan air dalam 2 cawan dan biarkan mendidih

9. Masukkan potongan ikan tongkol biarkan masak

10. Masukkan tomato

11. Didihkan sebentar dan masukkan santan kotak

12. Kacau supaya santan tidak berketul

13. Masukkan garam dan gula secukup rasa

14. Tutup api setelah santan masak.


Kari Ikan Tak Cukup Bahan ?

Masak lauk berkuah macam kari ikan tongkol dengan tomato macam ni rasanya dalam masa tak sampai setengah jam dah boleh siap. Mudah je.

Beberapa jenis rempah saya tak masukkan sebab rasa macam dah cukup okey je dengan resepi simple ni. Tapi kalau suka, boleh tumiskan rempah 3 sekawan dulu sebelum tumis bahan tumbuk tu. Tiada masalah.

makan suku-suku separuh haha - konon nak diet nih !


Selamat mencuba semua. Kuahnya kalau berlebih jangan dibuang, boleh dibuat cicah dengan prata ke kan.