Tambah Pendapatan Dengan Lalamove KL

Anda sedang mencari peluang menambah pendapatan secara separuh masa (part-time)? 

Jika anda berada di Lembah Kelang anda boleh cuba peluang dengan menjadi rakan penghantar dengan syarikat penghantaran Lalamove. 

Lalamove merupakan servis pengangkutan logistik yang berpusat di Hong Kong dan telah mula berada dalam industri rantaian logistik (Logistic Chain) dari Disember 2013 lagi. Syarikat Lalamove kini sudah mempunyai cawangan di beberapa buah negara di sekitar Asia termasuk China, Hong Kong, India, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand dan juga Vietnam.

Tidak hanya terhad kepada kenderaan besar seperti kereta, van atau lori,  anda juga boleh cuba cara daftar sebagai Lalamove rider jika anda ada motosikal. Dan juga tidak seperti khidmat e-hailing, anda juga tidak perlukan lesen khas untuk membuat penghantaran.


Selain itu, antara kemudahan yang diberikan oleh Lalamove, anda akan mempunyai kebebasan untuk memilih pesanan-pesanan penghantaran mengikut kesesuaian masa anda sendiri. 

Jika anda berminat untuk mohon sebagai Lalamove Driver antara syaratnya ialah :

  • Mempunyai lesen memandu yang sah
  • Jika masih berlesen 'P', juga dibenarkan oleh pihak Lalamove
  • Warganegara Malaysia
  • Mempunyai kenderaan sendiri (kereta, van ataupun lori)

Untuk info, pihak Lalamove masih menerima permohonan untuk menjadi rakan penghantar Lalamove. Anda hanya boleh menyertai Latihan Maya kami dari 14 Oktober 2020 sehingga 31 Mac 2021 untuk layak menjadi rakan penghantar Lalamove. 

Anda akan menerima SMS dengan pautan untuk memulakan Latihan Maya selepas anda memilih Latihan Maya di dalam aplikasi penghantar Lalamove. Markah minimum untuk latihan tersebut ialah 28 dan anda mempunyai 3 kali percubaan.

Tidak terhad kepada syarikat seperti Foodpanda atau Grab, kini peluang menjana pendapatan sampingan atau secara penuh juga terbuka di Lalamove. Bolehlah anda sampaikan berita peluang kerjaya ini kepada mereka yang ingin mencuba daftar.

Terima kasih membaca posting ini. 

6 comments:

  1. Salam singgah sini :)
    done follow juga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, terima kasih follow :)

      Delete
  2. Bagus ni ada banyak peluang pekerjaan untuk mereka yang hilang pekerjaan masa pandemik ni. courier service tengah ON sangat sekarang ni.

    ReplyDelete
  3. Peluang pekerjaan bagi yang memerlukan..bagus ni

    ReplyDelete
  4. Bagusnya, peluang bagi mereka yang sedang mencari kerja

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan sudi singgah blog saya

[ Comments at your own responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988 ]