Try Masak Kimchi Sundubu Jjigae [Spicy Soft Tofu Stew]

Masa balik dari jalan-jalan ke Korea dulu ada la beli souviner pot batu korea (dolsot) kalau tak silap namanya. Berangan plan nak masak Kimchi Jjigae (spicy stew) tambah dengan tofu lembut tu lepas balik sini. At last, tersimpan je dolsot saya nih tidak digunakan. 


Bahan untuk Resipi Spicy Kimchi Jjigae ( Spicy Korean Kimchi Stew) :

  • Kimchi 1/2 peket (nak letak sepeket terus boleh kalau suka kimchi banyak)
  • Sos Gochujang 1 sudu
  • Serbuk cili ( gochugaru) 1 sudu - saya gantikan dengan serbuk cili biasa je.
  • Bawang putih 1 ulas - dipotong halus
  • Kicap cair 1 sudu
  • Cendawan 1 pek kecil
  • Tofu lembut 1 pek
  • Daun Bawang
  • Ikan bilis (beberapa ekor ditumbuk sikit) - saya pakai stok ikan bilis je
  • Hirisan daging ayam/lembu - ikut suka

Cara-Cara Masak Sondubu Kimchi Jjigae nih :

  • Panaskan korean stone pot
  • Letak satu sudu minyak masak
  • Tumiskan bawang putih hingga naik bau dan sedikit garing
  • Masukkan ikan bilis tadi tumis sebentar
  • Kemudian masukkan hirisan ayam hingga masak
  • Tambahkan sos gochujang
  • Tumiskan sebentar dan masukkan kimchi tadi serta kicap cair. Tumis lagi
  • Tambahkan air biarkan hingga didih. Air tu agak-agak sendiri ye sebab nanti nak masukkan tofu dengan cendawan tu takut melimpah pula.
  • Kemudian bila dah mendidih tu masukkan garam, dan perasa
  • Last sekali masukkan tofu dan juga cendawan. Lepas tu taburkan serbuk cili dan ratakan dalam rebusan.
  • Rebus kejap lepas tu taburkan daun bawang untuk hiasan.


Jadi, dalam kesempatan beli barang dapur beli sekali tauhu lembut tu dengan kimchi halal sepeket di Aeon. Boleh tahan juga harga sepeket kecil kimchi tu rupanya. Tapi, sebab nak try masak beli jela satu.



Yang namanya sundubu tu maksudnya tofu lembut yang biasa kita nampak kat pasar jual dalam peket panjang tuh.


Cendawan enoki dan tofu lembut


Naikkan Rasa Kimchi Stew dengan Daun Bawang :

Daun bawang tu masa mula tumis bawang putih tu boleh je nak tumis sekali untuk menaikkan rasa sup kimchi ni. Hiris bulat atau menyerong dalam setangkai dua dan masukkan dalam tumisan.



Guna Dried Kelp Untuk Rasa Kimchi Stew Yang Lebih Sedap :

Untuk resepi asalnya kalau tak silap orang dari Korea mereka gunakan dried kelp (salah satu jenis rumput laut) untuk dicampurkan dengan sup kimchi ini. Tapi sebabkan saya tiada stok dirumah, maka kita guna apa yang ada sahaja. Nasib baik juga rasanya tak berapa 'lari' hehe.


Dried Kelp atau Kombu dalam bahasa jepun

Okey ! Dah masak tu boleh dimakan dengan nasi panas satu mangkuk. Terasa macam dekat Korea pulak dah haha.

Jom baca pengalaman saya ke Seoul Korea --> BACA SINI

Selamat mencuba semua.

2 comments:

Terima kasih atas komen dan sudi singgah blog saya

[ Comments at your own responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988 ]