Semalam petang singgah di pasaraya sekejap sebab nak cari kasut sekolah anak dekat situ. Tapi bila bandingkan harga kasut yang sama dekat kedai online lagi murah la pulak. Masalahnya kalau nak membeli online ni saiz kasut tu tak pandai nak agak macam mana.
Semasa sibuk belek-belek design kasut yang dijual secara online nih, carta saiz kasut tu rupanya ada yang bermacam-macam jenis. Ada saiz mengikut negara termasuklah saiz US, Europe, UK dan juga ukuran saiz kasut dari negara China. Lagilah pening dibuatnya. Lepas beberapa cara yang saya baca ini info yang sesuai untuk kita praktikan semasa ingin beli kasut online,
Antara caranya ialah;
Cara Tentukan Saiz Kasut Yang Sesuai:
1. Tentukan Ukuran Panjang Tapak Kaki:
Lihat pada carta dekat bawah nih, yang saya tandakan dalam kotak biru tu adalah ukuran dalam kasut yang mana kita boleh sesuaikan dengan ukuran panjang tapak kaki kita.
- Ambil satu pita pengukur dan letakkan kaki kita rapat ke dinding, alaskan dengan kertas putih.
- Tandakan pada bahagian jari kaki paling panjang. Kemudian ukur.
- Panjang tersebut adalah panjang kaki anda dalam ukuran centimeter (cm) atau milimeter (mm) dan padankan pada carta saiz kasut mengikut spesifikasi kasut yang ingin dibeli.
Dan untuk anak-anak ada carta khas saiz kasut kanak-kanak.
![]() |
Kredit Image : New Balance MY |
Contoh Pengiraan Saiz Tapak Kaki Untuk Kasut :
- Ukuran tapak kaki anda paling panjang adalah 240mm (atau 24.0 cm)
- Jantina adalah lelaki
- Maka saiz kasut yang sesuai adalah US 6, UK 5.5 atau EU 38.5
Tips Membeli Kasut Yang Sesuai :
- Tambahan pemakaian stoking (jika stokin tebal kaki anak akan terasa sedikit sempit dalam kasut). Jadi mungkin lebih baik ditambah sedikit saiz sehingga 0.5 hingga 1 inci (1.27 hingga 2.54 cm) untuk beri ruang kepada stokin.
- Kasut yang sesuai dengan bentuk kaki. Ada sesetengah pengeluar kasut akan memberi info jenis kasut mereka seperti jenis menguncup di bahagian depan, atau jenis yang besar.
- Jika anda mempunyai kaki yang agak besar di bahagian jari, anda tidak boleh memakai kasut jenis menguncup di depannya. Akibatnya kaki akan cepat melecet.
- Ukur Saiz kaki anda ketika waktu petang, ketika ini kaki dalam keadaan yang baik (saiz optimum).
Cara Pilih Kasut Sekolah Yang Sesuai Untuk Anak:
- Kasut sekolah anak-anak mestilah cari jenis yang selesa. Tidak semestinya mahal tetapi cukup memberi rasa comfort pada kaki anak yang seharian di sekolah.
- Tapak kasut jenis getah (untuk lebih grip) atau yang mempunyai jenis cengkaman kuat pada permukaan yang dipijak. Kadangkala sebab nak bergaya kasut kita beli tak ikut standard yang betul. Sekolah adalah kawasan yang kebanyakan berlantai jenis simen dan apabila licin akibat air dan sebagainya. Jika tapak kasut tidak grip pada permukaan lantai anak akan mudah terjatuh.
- Ikut pengalaman sendiri, saya pernah beli kasut cantik tetapi rupanya tapak kasut jenis campur dan tidak grip. Beberapa kali juga anak mengadu selalu hampir tergelincir ketika berjalan di sekolah.
- Jenis fabrik yang sesuai. Ada jenis kasut yang kosong sahaja di dalamnya dan tiada berlapik span atau mesh dan foam. Kadangkala, walaupun sudah berstokin, bahagian jari akan sakit ketika berjalan lagi-lagi ketika hujung kaki menyentuh bahagian yang keras di dalam kasut.
- Pilihan kasut dengan tali atau dengan strap velcro? Nilaikan dengan keadaan semasa jika nak cepat bersiap boleh pilih strap velcro. Jenis bertali lebih memakan masa tetapi jika anak suka tiada salahnya.
11 Comments
Terima kasih berkongsi maklumat :)
ReplyDeleteTq sis, semoga bermanfaat :)
DeleteMemang senang lar sekarang untuk membeli kasut secara online mengikuti cara ukuran ni kan. Thanks for sharing.
ReplyDeleteselalu je beli online. tapi kadang size ngam kadang terkecik haha. thanks for sharing
ReplyDeleteGood information you have here. I x pernah beli kasut online. Sebab takut kan size nyer. Now dah tahu boleh lah guna cara you nie. Ahax!
ReplyDeleteThanks for details explanation macam mana nak ukur saiz kasut ni. Selalu kalau for kids yang kecik lagi, ukur agak-agak guna tangan je 😆. Kalau dah besar, memang perlu lah cara measurement ni..hehe
ReplyDeleteMemang betul, selalu nampak kasut murah2 kat kedai online, tapi tak berani nak beli sebab takut saiz tak ngam. Dengan adanya panduan ni, nanti senang la :-)
ReplyDeleteohh woow....this is really helpful, I always dare not buy shoe online as worry about inaccurate shoe size, this helps me definitely, thanks! cheers, siennylovesdrawing
ReplyDeletehahahaha~ betul !! pantang nampak kat cantik kat Shopee, nak beli tapi bimbang kan saiz dan takut tak selesa.. lepas ni dah okay kot.. ukur sendiri je kan..
ReplyDeletesekarang kan risau nak keluar apatah lagi nak bawa anak sekali. Kalau beli online pulak kemungkinan utk salah saiz tu memang besar. Mujur la jumpa entri ni. Boleh juga dijadikan panduan utk memilih saiz kasut 🤗
ReplyDeleteTips paling bagus ni, rata-rata kita beli kasut main sarung aje kan.. tapi Sis utamakan keselesaan dengan kaki.. kalau rasa tak selesa, emmang tak beli walau suka atau murah...
ReplyDelete