Bukit Taisho yang agak popular dikalangan pendaki tempatan terutamanya yang tinggal di Bahau Negeri Sembilan ini terdiri daripada serangkaian bukit yang saling berkaitan. Maksudnya ada beberapa puncak yang boleh kita daki di sini. Selain itu, Di puncak bukit ini, kita boleh menikmati pemandangan yang menakjubkan iaitu antaranya, pemandangan awan karpet dan juga dataran pertanian di sekitar pekan Bahau, Jempol.
Sabtu lepas dalam kesempatan berpeluang balik ke kampung di Jempol Negeri Sembilan, saya dan adik merancang untuk cuba hiking di salah satu hiking trail Bukit Taisho yang terletak di Bahau Negeri Sembilan. Jika ingin cuba hiking disini, kita perlu cari jalan ke kawasan perumahan Taman Meranti dan terus sahaja hingga jumpa papan tanda (trailhead) Bukit Taisho.
![]() |
Pengalaman hiking di Bukit Taisho |
![]() |
Pintu masuk ke Trailhead Bukit Taisho |
![]() |
Pemandangan pembangunan yang ada di bawah Bukit Taisho |
Ketinggian Bukit Taisho Bahau Negeri Sembilan :
![]() |
Jalur pendakian agak berbatu dan licin |
Keadaan Hiking Trail (Jalur Pendakian) :
![]() |
Puncak ke-dua |
![]() |
Binaan berasaskan buluh. Siap ada pantun. |
Di kawasan puncak memang dijaga dengan baik oleh kumpulan persatuan penduduk di sekitar Bahau. Selain itu, pemandangan dari atas Bukit Taisho juga terdapat pelbagai binaan berasaskan buluh serta kibaran jalur gemilang, bendera Malaysia.
![]() |
Jika ada rezeki boleh jumpa awan karpet |
Kalau ikutkan tempat ni biasa pendaki kejarkan view awan karpet, tetapi masa kami sampai puncak tiada awan karpet cuma keadaan puncak yang diselubungi kabus. MashaAllah, sejuk je rasa, nyaman dan sangat tenang.
2 Comments
Menariknya lama tak pergi Bahau, ada keluarga arwah Pak Lang duduk di sana.
ReplyDeleteKami pun suka hiking.
Lain kali kalau balik Semenanjung bolehlah masuk dalam hiking list.
InshaAllah, kalau malam tu hujan, esoknya kemungkinan boleh dapat view awan karpet..
Delete