Hiking Bukit Taisho Bahau [Tempat View Awan Karpet ]

Bukit Taisho yang agak popular dikalangan pendaki tempatan terutamanya yang tinggal di Bahau Negeri Sembilan ini terdiri daripada serangkaian bukit yang saling berkaitan. Maksudnya ada beberapa puncak yang boleh kita daki di sini. Selain itu, Di puncak bukit ini, kita  boleh menikmati pemandangan yang menakjubkan iaitu antaranya, pemandangan awan karpet dan juga dataran pertanian di sekitar pekan Bahau, Jempol.

Sabtu lepas dalam kesempatan berpeluang balik ke kampung di Jempol Negeri Sembilan, saya dan adik merancang untuk cuba hiking di salah satu hiking trail Bukit Taisho yang terletak di Bahau Negeri Sembilan. Jika ingin cuba hiking disini, kita perlu cari jalan ke kawasan perumahan Taman Meranti dan terus sahaja hingga jumpa papan tanda (trailhead) Bukit Taisho.

hiking di bukit Taisho Bahau Jempol Negeri Sembilan
Pengalaman hiking di Bukit Taisho

Hiking di Bukit Taisho Bahau Negeri Sembilan
Pintu masuk ke Trailhead Bukit Taisho


Hiking Trail Bukit Taisho Bahau Negeri Sembilan
Pemandangan pembangunan yang ada di bawah Bukit Taisho

Ketinggian Bukit Taisho Bahau Negeri Sembilan :

Puncak bukit adalah berketinggian sekitar 270 meter dan jalur pendakian adalah sepanjang kira-kira 1.7 km (30 hingga 40 minit masa pendakian diperlukan untuk kelajuan sederhana). Keadaan pendakian sangat sesuai untuk semua peringkat umur dan agak mudah untuk didaki sehingga ke puncak bukit.

Hiking at Bukit Taisho Bahau
Mula-mula akan jumpa jalan dalam kebun sawit

Mula-mula masuk akan jumpa kebun kelapa sawit dahulu dan juga mata air. Nampak juga pendaki yang berhenti ambil air dekat kawasan mata air tersebut. Mulanya landai sahaja jalannya, tak terus mendaki. Selepas itu akan jumpa kawasan yang sedang dibangunkan untuk projek perumahan dekat tepi bukit nih.

Bukit Taisho Bahau Negeri Sembilan
Jalur pendakian agak berbatu dan licin

Keadaan Hiking Trail (Jalur Pendakian) :

Kalau bawa anak-anak, kena berhati-hati juga sebab trail sini terbuka dan agak berbatu. Lebih kurang macam dekat Bukit Broga. Saya hampir tergelincir juga lagi-lagi masa ni pakai kasut running. Salah sendiri juga la sebab tak guna kasut yang lebih bertapak grip (hiking shoe).


Ketinggian Bukit Taisho Bahau Negeri Sembilan
Puncak ke-dua

Tinggi Bukit Taisho
Binaan berasaskan buluh. Siap ada pantun.

Di kawasan puncak memang dijaga dengan baik oleh kumpulan persatuan penduduk di sekitar Bahau. Selain itu, pemandangan dari atas Bukit Taisho juga terdapat pelbagai binaan berasaskan buluh serta kibaran jalur gemilang, bendera Malaysia.


puncak bukit taisho
Jika ada rezeki boleh jumpa awan karpet

Kalau ikutkan tempat ni biasa pendaki kejarkan view awan karpet, tetapi masa kami sampai puncak tiada awan karpet cuma keadaan puncak yang diselubungi kabus. MashaAllah, sejuk je rasa, nyaman dan sangat tenang.

Jika ada peluang, bolehlah cuba mendaki di sini.

Haulia Razali

Post a Comment

2 Comments

  1. Menariknya lama tak pergi Bahau, ada keluarga arwah Pak Lang duduk di sana.
    Kami pun suka hiking.
    Lain kali kalau balik Semenanjung bolehlah masuk dalam hiking list.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah, kalau malam tu hujan, esoknya kemungkinan boleh dapat view awan karpet..

      Delete

Terima kasih atas komen dan sudi singgah blog saya