Masih Sakit Gigi Lepas di Tampal ? Rawatan Akar Gigi I Root Canal Treatment

Pernah tak rasa sakit gigi walaupun dah tampal? Kadangkala pelik juga kan sebab rasa macam takdela dalam sangat pun gigi berlubang nih, tapi sakit dia berdenyut tu sampai ke kepala. Paling teruk sampai tak boleh nak tidur malam. Saya pun dah rasa juga baru-baru nih sakit gigi teramat la sampai satu hari rasa tak tenteram je. Kawan saya ada cadangkan rawatan akar gigi sebab dia dah buat dan katanya sakit gigi sembuh.

Sebenarnya dah lama dah saya pergi tampal gigi yang satu nih. Dari November 2019 lagi. Mula-mula doktor tampal sementara sajalah sebab katanya nak tengok dulu keadaan lepas dua minggu kena datang check semula. Lepas dua minggu tu saya okey je tak sakit dah, maka saya tak pergi buat tampalan kekal yang sepatutnya.

Padahal sepatutnya kena buat tampalan kekal kan? Aduh ! Sebabnya rasa sihat gigi tak sakit. Makan minum pun tiada masalah langsung gituu. Salah sendiri.

Suami nasihatkan pergi buat sebab lepas dalam bulan March 2020 kot macam tu tampalan sementara tu tercabut. Hah ! tapi masa tu steady lagi sebab masih tak sakit cuma rasa ngilu-ngilu la masa minum air sejuk atau panas. Dan bersambung lagi sampailah government umumkan Perintah Kawalan Pergerakan dan tidak boleh merentas negeri. Mula je PKP dah susah nak ke klinik sebab yelah satu sebab risau la kan virus Covid-19, lagi satu kena call untuk appointment dan memang kena beratur panjang menunggu giliran.

Sekali lagi, saya tak pergi tampal gigi nih. Sedih ! Start bulan oktober lepas memang mula sakit sangat sampai kan agak susah nak makan dan minum. Saya ke klinik swasta di Senai mulanya, dan doktor akhirnya tampal sahaja sebab kata dia masih okey.


Rawatan Akar Gigi (Root Canal Treatment)

Minggu lepas tampalan tu tercabut lagi, tak tahu la kenapa suka sangat tercabut lepas tampal gigi nih. Sebabkan sakit yang amat sampai tak boleh tidur, nak minum pun sakit makanya saya cari klinik alternatif dekat-dekat dengan rumah. Sampai je, doktor kata lubang (cavity) dah dalam sangat tu sebab sakit. Doktor cadangkan rawatan akar gigi (Root Canal Treatment) la macam tu. 

Ternganga kejap sebab tak faham apa bendanya. 

So, ikutkan penerangan doktor Shah (nama doktor tu..), rawatan ni bermaksud cara nak selamatkan gigi yang dah sakit sangat tu sebab tak boleh nak tampal lagi makanya kena matikan gigi. Aik ! macam mana pulak kan?

Cara dia, kena drill sampai jumpa akar gigi dan keluarkan akar-akar yang sakit/terinfeksi tu kemudian doktor akan bersihkan dan tampal serta buat crown gigi. Maksudnya pembuangan seluruh saraf yang terdapat di dalam akar gigi yang telah dijangkiti kuman atau mati.

Tapi, rawatan ni rumit sikit la dan ambil masa katanya serta costly. Satu gigi sahaja dekat RM1K lebih termasuk la buat crown gigi tu sekali. Maka berhuuhuuu la kita.!

Sumber gambar : myhealth.gov.my

Apakah ciri-ciri gigi perlukan rawatan akar (root canal treatment)?

  • Gigi ada tampalan yang besar hingga melibatkan lapisan pulpa.
  • Gigi yang dah rosak teruk tapi masih boleh guna
  • Gigi yang telah mati (non-vital)
  • Untuk tujuan kecantikan gigi.

Sumber : myhealth.gov

Bincang punya bincang, sebabkan bayaran boleh buat ansuran tu makanya hari ni alhamdulillah selesai dahla satu sesi pertama proses rawatan akar gigi saya nih macam lebih kurang gambar atas tu. Masa mula buat, doktor akan cucuk bius setempat dulu. Dah mula kebas, doktor mula drill dan buang tampalan gigi yang sebelum nih. 

Dan, Ya Allah masa cucuk bius kalau boleh memang rasa nak tolak je tangan doktor tu. Tapi doktor kata tenang..tenang haha ! Agaknya dia pun faham la kot sakit ! Kembang je rasa pipi sebelah kanan nih katanya kesan bius boleh lama sampai malam tapi ikut keadaan juga la.

Dah balik maka kita start la makan bubur nasi sahaja dulu. Syukur dapat makan lagi. Kesan bius mula nak hilang. Sakit memang ada juga rasa sebab kena korek kan buang akar gigi tu semua, mana tak sakit. 

So, masih berbaki lagi 3 appointment untuk rawatan seterusnya. Nanti kita update lagi ye. 

Doakan saya cepat sembuh, inshaAllah amin2x YRA.

Akan bersambung nanti...

Haulia Razali

Post a Comment

4 Comments

  1. Pernah juga buat satu rawatan akar
    Dah dua tahun, okay nampaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..harap2 saya berjaya abiskan rawatan nih..

      Delete
  2. Hmm.sy Gigi depan..sbb pkp ni xsure la bila dpt smbg rawatan sbb sy pgi government..swasta hmm xsanggup Mahal betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak ke gov ritu dengar kena buat kat hosp besar..nasib kat swasta boleh bayar ansuran tu, jadi sy buat saje la..x tahan sakitnya

      Delete

Terima kasih atas komen dan sudi singgah blog saya