Petua Bantu Hilangkan Masalah Anak Kerap Kencing Malam

Masalah kencing malam ini selalu berlaku pada anak-anak yang masih bersekolah rendah dan kadangkala melarat hingga ke remaja. Saya masih ingat ketika kecil ketika masih bersekolah rendah dulu ada juga berlaku dalam keluarga kami ketika itu masih dalam umur 10 ke 13 tahun kalau tak silap saya. Hampir setiap minggu mak kena basuh dan jemur tilam sebabkan kencing malam. 

Petua bantu kurangkan masalah anak kencing malam

Apakah Sebenarnya Punca Masalah Kencing Malam?

Keadaan ni memang tidak terkawal, sebab kita tak sedar pun dah terkencing, sedar-sedar dah basah tilam. Alhamdulillah, ketika itu ibu dan arwah bapa tak pernah marah atau pun salahkan kami tapi berikhtiar untuk hilangkan masalah kencing malam ini.

Masalah kencing malam pada anak-anak biasanya berlaku tanpa sedar. Keadaan ini disebut sebagai Enuresis (istilah perubatan) dan berlaku disebabkan beberapa faktor antaranya ;

  • Anak mungkin tidur terlalu nyenyak.
  • Mengalami tekanan emosi atau gangguan perasaan.
  • Minum terlalu banyak air ketika malam dan sebelum tidur.


Kalau ikutkan dulu-dulu arwah saya beritahu yang saudara saya mengalami masalah kurang kawalan pundi kencing oleh doktor yang merawatnya. Dan kes saya lebih kepada takut hendak ke tandas pada malam hari dah akhirnya tidur nyenyak tanpa sedar dah kencing di tempat tidur.

Antara Petua Bantu Elakkan Anak Kencing Malam ialah:


    1. Minum Air Barli :

Saya masih ingat arwah ayah selalu rebuskan air barli untuk kami minum bagi kurangkan masalah ini. Barli bersifat diuretik yang dapat meningkat pengeluaran air kencing. Jika masalah kencing malam anak adalah disebabkan oleh jangkitan kuman pada saluran kencing, barli dapat membantu keluarkan toksin pada badan dengan lebih cepat.

    2. Buat Urutan di Bahagian Abdomen Anak :

Urutan lembut boleh dilakukan pada bahagian abdomen anak yang mengalami masalah kencing malam ini. Selain dapat bantu menguatkan otot di bahagian tersebut, urutan dapat mengurangkan rasa tertekan anak. Dengan ini emosi anak juga dapat dijaga baik masalah kencing malam dapat dikurangkan.

Saya masih ingat mak dulu selalu urut dengan minyak urut di bahagian tersebut. Lega je rasa dan serta diri jadi lebih tenang.

    3. Bantu Anak Dengan Memahami Masalah Dihadapi Mereka :

Kadangkala stress dan juga tekanan perasaan boleh akibatkan anak-anak mengalami masalah kesihatan contohnya gastrik, kencing malam dan juga migrain.

Sebagai ibubapa ada baiknya komunikasi dua hala selalu dilakukan supaya anak-anak dapat salurkan permasalahan mereka dengan baik dan tekanan perasaan dapat dikurangkan. 

    4. Latih Anak Kencing Sebelum Tidur:

Anak juga boleh dilatih ke tandas sebelum masuk tidur. Ini supaya mereka tidak kencing di tilam. Mungkin dalam antara satu ke dua jam sebelum tidur, anak boleh disuruh untuk ke tandas dahulu.

    5. Gunakan Alas Tilam Kalis Air:

Sementara anak-anak sedang berusaha untuk hilangkan masalah kencing malam, ibubapa boleh letakkan alas tilam yang kalis air untuk tujuan kurangkan bau hancing pada tilam.

Jangan Bimbang , Anak Pasti Boleh Sembuh !


Mengikut kajian masalah kencing malam pada anak-anak biasanya akan hilang dengan sendiri seiring dengan peningkatan umur mereka. Sebagai ibubapa jangan terlalu bimbang melainkan anak anda ada masalah yang lebih serius, ini dapat dipastikan dengan membawa mereka untuk diperiksa oleh doktor.

Namun, jika masalah kencing malam ini berlaku tanpa sedar dan kerap terjadi ketika sudah dewasa, kemungkinan ada masalah kesihatan lain yang sedang dihadapi. Jangan bertangguh untuk dapatkan rawatan.

sumber info : myhealth.gov

Haulia Razali

4 Comments

  1. jangan putus asa insya allah boleh setel masalah tu. satu lagi suruh anak kencing dulu sebelum tidur

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah semoga yang sedang mengalami cepat2 sembuh amin,tq sis :)

      Delete