Terbaca tentang seorang selebriti tempatan yang sedang diuji dengan penyakit Bell's Palsy yang menyerang beliau ketika kehamilannya di usia 38 minggu. Allahuakbar ! Semoga beliau diberikan kesembuhan segera oleh-Nya, amin. 

Apabila saya terbaca mengenai penyakit ini, saya teringat juga kepada salah seorang kenalan saya ketika bekerja di Nilai, Negeri Sembilan beberapa tahun yang lepas yang mana beliau juga diuji dengan penyakit yang sama. Tetapi, alhamdulillah dengan izin-Nya sahabat saya ini telah pun sembuh sepenuhnya. 

punca sakit bell's palsy lumpuh sebelah muka



 Otot muka tidak mendapat rangsangan otak dan menjadi lumpuh akibat gangguan saraf muka

Apakah itu Penyakit Bell's Palsy :

Bell's palsy ialah suatu keadaan dimana otot yang mengawal ekspresi muka tidak dapat berfungsi akibat mungkin dari kesan kecederaan atau gangguan kepada saraf muka. Kebanyakan kes yang berlaku dengan sebab yang tidak diketahui serta ianya boleh berlaku pada usia berapa pun.

Sejarah Bell’s Palsy :

Sempena nama seorang pakar bedah Scotland, Sir Charles Bell yang terkenal kerana penemuannya mengenai perbezaan antara saraf deria dan saraf motorik pada saraf tunjang. Penyakit ini terawal didiagnos pada abad ke-19 dan dikenal pasti selepas 48 jam pesakit mengalaminya.

Punca sebenarnya tidak diketahui tetapi dipercayai berlaku akibat dari pembengkakan dan keradangan saraf yang mengawal otot di satu sisi wajah. Atau mungkin reaksi yang berlaku setelah mendapat jangkitan virus tertentu.

Antara Simptom Penyakit Bell's Palsy :

  • Muka menjadi senget sebelah terutama mata dan mulut dan tidak simetri (drooping face)
  • Tidak dapat menutup mata dengan rapat
  • Otot muka akan berkerut tanpa kawalan
  • Air liur meleleh disebabkan bibir yang tidak dapat ditutup rapat
  • Mata serta mulut terasa kering.
  • Sakit di sekitar rahang atau di dalam atau di belakang telinga di bahagian yang terkena penyakit ini.


Rawatan dan diberikan untuk pesakit adalah terutamanya latihan fisioterapi iaitu latihan akan membantu untuk menguatkan otot tertentu pada muka dan perlu dilakukan 4-5 kali sehari mengikut nasihat ahli fisioterapi yang memantau rawatan pesakit.

Untuk kebanyakan pesakit tanda-tanda akan mula beransur pulih adalah dalam kira-kira 2 hingga ke 3 minggu. Ianya biasa akan hilang dalam masa dua bulan. Tetapi, untuk beberapa kes yang lain penyakit ini juga boleh mengambil masa sehingga dua belas bulan untuk pulih sepenuhnya.

Rujukan :