Sambal Goreng Tempe, Ikan Bilis Campur Petai

Musim hujan ni kalau nak berjalan pun tak rasa seronok walaupun sempadan negeri dah buka. Plan nak mandi laut minggu ni pun terbengkalai sebab pantai banyak tutup. Gamble sangat kami sekeluarga ke Tg. Sedili sabtu lepas kononnya nak berkelah sambil mandi laut, tapi last-last masa sampai tutup semua sampai la ke Tanjung Balau. 

Nak balik kampung, masih belum dapat sebab ada appointment rawatan gigi minggu nanti untuk follow up pasal Rawatan Root Canal tu. InsyaAllah selesai nanti boleh la balik.

Baca sini -->Rawatan Akar Gigi (Root Canal)

Hari ni tak berapa ada idea nak masak apa, belek-belek peti ais ada petai siap kopek beli minggu lepas dengan tauhu jepun. Moh la kita masak sambal jela kan senang.



Resepi Goreng Tempe Sambal & Ikan Bilis, Petai.

Bahan- bahannya seperti di bawah :

  • Petai 
  • Ikan bilis segenggam
  • Tempe 1 peket
  • * Cili masak
  • * Cili api/hijau
  • * Bawang ros 4 biji
  • Garam, perasa secukupnya
  • Untuk yang bertanda * ditumbuk.

Cara-caranya : 

  • Ikan bilis, tempe digoreng rangup terlebih dahulu.
  • Kemudian bahan tumbuk ditumis sehingga garing 
  • Masukkan petai ke dalam bahan tumis dan goreng sebentar
  • Masukkan tempe dan ikan bilis yang telah digoreng tadi.
  • Gaulkan rata, sedia dihidang.

Mudah je kan? Biasa kalau malas ke pasar cari ikan ke ayam boleh la cuba lauk nih. Lagipun ikan bilis boleh simpan lama dalam peti sejuk.

Gigi ni alhadulillah rasa macam okey la, cuma ada sengal-sengal lagi di bahagian doktor inject bius setempat hari tu. Sekarang masih belum berani kunyah dibahagian gigi yang sakit hari tu, walaupun dah dapatkan rawatan, takut tampalan sementara tu tertanggal lagi. 

Haulia Razali

6 Comments

  1. Wak suka
    tapi tak mau yang ada petai.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Jarang juga masak dgn petai..tp sedap ☺️

      Delete
  3. Sedap. makan dengan nasi putih panas-panas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2, kalau nasi panas bertambah tambah..

      Delete