Perkongsian Cara Tingkatkan Income Adsense

Saya nak share antara tips yang boleh kita apply untuk naikkan income adsense blog. Masa awal dulu try apply adsense terus tak lulus. Pening jugak fikir apa la salahnya lagi, padahal update blog dah, rasa lawa giler dah pun blog nih masa tuh. Lagi zaman tu blog memang rajin ku update sebab semangat geng blogger ada (group MLM la masa tu). Jadi, memang ada task kena update sebab dengan tujuan nak dapatkan customer beli produk dari link blog.

Akhirnya Permohonan Adsense di Approved

Tak ingat beberapa kali jugak la apply sampai suatu masa tu (lupa dah bila..) Google hantar email kata adsense sudah diluluskan. Wah! terlompat-lompat kegirangan ku dibuatnya. Nasib baik takde orang nampak. 

Lepas dah approved, mulalah letak semua ads link dekat blog, kemudian masalah lain pula yang timbul iaitu, iklan adsense tidak muncul di blog nih. Boleh baca sini macam mana atasi masalah tersebut.


Register Domain Blog Mudah dan Murah:

Letak la segala link iklan dalam blog nih masa tu belum ada domain beli lagi, kita naif lagi pasal domain blog. Korang nak register domain boleh register dekat GB Network, syarikat pembekal hosting dan domain beroperasi di Malaysia.

Klik sini untuk tengok harga domain dan register.
cara naikkan pendapatan adsense blog

Awalnya memang blur habis, apakah benda Google Adsense nih?

Masa tu mula la cari info, rupanya adsense nih ialah medium pengiklanan bawah company Google yang mana blog-blog yang menepati syarat pengiklanan akan mula paparkan iklan dari pengiklan melalui adsense.

Lepas tu, pelawat akan datang baca dekat blog dan tengok iklan yang ada. Kalau dia klik situ, maka dapatlah jana pendapatan pasif. Bayangkan (berangan tak salah...hehe) kalau beribu-ribu orang klik pautan blog entri dan tengok iklan tu, hah ! tak ke banyak tu pendapatan yang boleh korang dapat dari blog sahaja.

Bukan sahaja blog, kalau korang suka buat video upload dekat Youtube pun boleh apply adsense nih juga. Cumanya nanti bila syarat seperti ada 1000 subcribers dan jumlah masa tontonan 4000jam dah dipenuhi, adsense akan email kata channel korang dah boleh monetize macam tuh.

Tapi itula, tanpa usaha akhirnya tak kemana juga kan? 

Cara Naikkan Pageview dan Tarik Visitor ke Blog :

Nak dapatkan pageview dan visitor tinggi kena juga la usaha sediakan posting yang ada info-info berguna yang orang cari. Tak kisah dari segi genre kesihatan ke, info negara terkini, yang santai-santai ataupun berkongsi pendapat umum atau resipi.

Untuk adsense nih, contoh blog korang dah pun approved, so kena tunggu sampai nilai takat 100USD dah dicapai barulah dapat di cash-out kan nilai tersebut. Sekarang tak silap dah mudah, sebab capai ke adsense akan masukkan nilai duit itu ke akaun bank berdaftar kita (wire-transfer). 

Saya masih juga berusaha ke arah itu. Target nak capaikan sekurangnya USD10 sehari tu belum pasti bila nak capai dengan berblog nih. Tapi saya yakin mesti boleh capai apabila sampai waktunya nanti. 

Usaha ke arah itu antara petua yang saya baca daripada blog otai antaranya ialah :

  • Mesti update dengan keyword yang orang cari selalu, so kalau best ceritanya orang baca dan paling tidak share link dekat medsos (media sosial).
  • Boleh jugak korang follow google trend untuk tengok trend viral terkini. Update la dengan topik-topik berkenaan camtu.
  • Yang paling penting kena selalu update blog - ni la sebab nak dapatkan trafik masuk ke blog. Sebab kita tak tahu mana satu link yang boleh jana trafik kan. Semacam try & error jugak la. 


Tapi lain lah kalau korang memang dah power bab SEO nih, lagi mudah la nak bina blog yang penuh dengan info orang cari sahaja.

Itulah serba sedikit luahan hati tentang adsense saya yang belum capai target. Alhamdulillah, untuk dua bulan kebelakangan ni sejak saya aktif balik berblog dah mula nampakkan peningkatan dari segi PV dan visitor serta duit terkumpul di akaun adsense.

Harap semua blogger dapat capai target tahun baru nih inshaAllah amin.

Haulia Razali

2 Comments

  1. tq for sharing. semoga dpt cash out adsense cecepat boleh blanje mama hikhik

    ReplyDelete