Amalan Doa Untuk Sentiasa Dipermudahkan Urusan

Assalamualaikum, saya teringat suatu kejadian di Hospital Sultanah Aminah beberapa tahun yang lepas. Masa tu saya kena serangan gegata serta alergi yang agak teruk dan akhirnya perlu berjumpa dengan doktor pakar kulit di situ. Memandangkan masa appointment awal pagi, jadi saya memandu sendiri ke sana sementara anak-anak telah ke sekolah. 

doa dipermudahkan urusan selawat taffrijiyah


Pengalaman Ajaib Amalkan Selawat Tafrijiyah:

Nak dijadikan cerita, dalam jam hampir 12 tengahari macam tuh, saya dah selesai dirawat dan mengambil ubat tapi kereta pula diblok dengan satu kereta lain. Positif lagi sebab saya pasti owner tak naikkan handbrake. Lain pula yang jadi, handbrake ditarik dan kereta saya dah stuck dekat situ. Tak pasti nak marah ke macam mana. Langkah awal, saya ke bahagian kaunter informasi dan minta mereka tolong buat pengumuman alihkan kereta. Dekat setengah jam juga tunggu owner kereta tak juga muncul.

Akhirnya saya teringat mak selalu pesan jika dalam kesusahan atau ingin selalu di permudahkan urusan amalkan suatu ayat ni iaitu; 


Selawat Tafrijiyyah:

Selawat-tafrijiyah

Selawat tafrijiyah bermaksud:

Ya Allah, limpahkanlah selawat dengan selawat yang menyeluruh dan kurniakanlah salam dengan salam yang sempurna ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad yang dengannya (selawat itu) dapat merungkai segala ikatan, melepaskan segala kesukaran, melunaskan segala hajat, tercapai segala perkara yang diingini dan kematian yang baik, serta diturunkan hujan (yang menjadi rahmat) disebabkan wajahnya yang mulia.

 

Dalam masa saya baca dan bertawakal kepada-Nya, tiba-tiba datang sepasang suami isteri yang ingin berikan bantuan. Rupanya walaupun dalam kereta diblok, si suami katanya masih ada ruang untuk saya keluarkan kereta. Mujur saiz kereta tak besar. Alhamdulillah dengan bantuan mereka berdua kereta saya dapat dikeluarkan dari lot parking dengan jayanya. 

Tak dapat saya bayangkan berapa lama lagi saya perlu menunggu disitu jika pertolongan-Nya tidak datang melalui pasangan suami isteri tersebut.

Pengalaman ajaib ketika mengamalkan selawat ini akan sentiasa dalam ingatan saya. Dan kalau dapat, amalkanlah setiap hari supaya urusan kita akan selalu dipermudahkan-Nya inshaAllah, amin.

Haulia Razali

Post a Comment

2 Comments

Terima kasih atas komen dan sudi singgah blog saya