Cara Buat Apam Balik Homemade Simple

Sejak PKP 1 bermula dulu macam-macam resipi saya cuba buat sendiri di rumah kerana pasar malam tutup. Antaranya ialah buat apam balik homemade simple tetapi sangat sedap. Tetapi adunan yang saya buat ini tidak menjadikan apam balik bersarang macam dekat gerai tu. Cuma, cukuplah untuk kami sekeluarga makan.




Jom Saya Kongsikan Resipi Apam Balik Homemade Sedap :


Bahan-bahannya untuk Apam Balik Jagung atau Coklat:

  • 2 cawan tepung
  • 1/2 cawan gula
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • Sedikit pewarna kuning
  • 1 biji telur
  • 1 ½ cawan air
  • Sedikit mentega atau marjerin untuk mengoles
  • Atau boleh juga gunakan tepung naik sendiri- Saya guna yang ini.

Bahan Untuk Inti Apam Balik:

  • Kacang tanah kisar
  • Jangung manis dalam tin
  • Coklat Urai (Untuk inti coklat)
  • Gula
  • Marjerin

Cara-cara untuk masak apam balik pula :

  • Pukul telur dan gula hingga kembang, air dan pewarna kuning dan pukul lagi hingga sebati.
  • Masukkan tepung naik sendiri, soda bikarbonat dan baking powder , pukul hingga bahan-bahan sebati (atau blend sahaja semua bahan)
  • Gunakan kuali yang tidak melekat dan oleskan sedikit marjerin atau minyak masak biasa.
  • Tuang dua senduk adunan apam balik tadi dan ratakan dalam kuali. Tebal atau nipis boleh ikut citarasa sendiri.
  • Taburkan inti kesukaan korang seperti diatas.
  • Bila bahagian kulit sudah garing dan keperangan, angkat dan sapukan marjerin hingga rata.
  • Potong ikut saiz yang disukai
  • Sedia untuk dinikmati seisi keluarga.


Goreng dan tumbuk kacang dulu


Pukul telur hingga kembang

Letakkan inti yang anda suka - coklat, gula atau kacang dan jagung manis

Dah siap !


Alhamdulillah, terima kasih kepada yang share resepi apam balik homemade ini. Musim hujan tak banyak gerai yang buka. Jadi, boleh la buat sendiri je dekat rumah. Anak-anak pun suka makan.


2 comments:

  1. Wah.. nampak senang je cara buatnya!

    ReplyDelete
  2. aduhai. lama nyer x makan ni, Lia!
    lebih kan inti nyer, wow, sedap.
    lebih best buat sendiri ekk.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan sudi singgah blog saya

[ Comments at your own responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988 ]