Teringin nak makan ayam goreng rangup Korea rasa manis, pedas dan sedap time petang-petang nih. Apa kata kita cuba buat sendiri di rumah. Bahan-bahan untuk masak ayam goreng rangup ni tidaklah sesusah mana. Kalau makan dekat K-Fry ke ayam dia tu rangup betul. Yang biasa saya order Yangnyeom Fried Chicken.
Cuma kalau nak buat dekat rumah ni yang sedikit rumit mungkin nak cari sos Gochujang asli tu jela. Saya beli di Aeon, inshaAllah biasanya ada je stok harga dalam belasan ringgit untuk 500gram.
Tapi kalau tak jumpa juga, boleh jela gantikan dengan serbuk cili biasa. Guna yang jenis halus tuh. Resepi kali ni saya refer pada blog KoreanBapsang.com yang mana beliau menggunakan tepung ubi kentang untuk salut ayam. Resepi asal ni saya olah sedikit sesuai dengan rasa yang saya suka hehe.
Resepi-resepi lain yang saya refer kebanyakannya guna tepung jagung. Okey juga sebab saya dah try goreng dengan salutan kering tepung jagung menjadi juga rasa rangup. Apapun yang paling penting rasa sos salutan ayam goreng tu kena mengancam.
Cara Masak Ayam Goreng Korea Bersos Pekat :
![]() |
Nak menarik tabur lah bijan goreng ke atau daun bawang |
![]() |
Pes cili Gochujang |
Bahan-bahannya :
- Potongan bahagian ayam 300 gram
- Tepung ubi kentang (potato starch) 1/2 cawan
- Tepung Gandum (wheat flour) 1/2 cawan
- Serbuk lada putih
- Garam
- Susu segar ( nak letak boleh, tak nak pun tiada masalah)
Untuk Sos Korea Pekat Pedas Manis :
(Dicampur semua bahan buat bancuhan - kecuali bawang putih untuk ditumis):
- Bawang putih 2 ulas di cincang halus
- Sos gochujang 2 sudu besar
- Madu 2 sudu besar
- Cuka makan 1 sudu kecil (saya guna cuka epal)
- Kicap cair/pekat 1 sudu
- Garam & Gula
Cara Masak Goreng Rangup:
- Bersihkan ayam
- Perap sebentar dengan sedikit garam, lada putih dan susu segar. Susu segar ni untuk buang bau hanyir ayam kalau ikutkan orang Korea masak. Tapi saya tak buatpun, cuma perap dengan garam dan lada putih sahaja.
- Bahagikan 2 mangkuk - satu untuk tepung kering, satu lagi untuk bancuhan tepung.
- Bancuh adunan dua jenis tepung tadi dalam mangkuk.
- Golek-golekkan potongan ayam dalam tepung kering
- Kemudian salut dengan bancuhan tepung
- Goreng dalam minyak api sederhana dan sehingga ayam masak
- Toskan ayam yang digoreng tadi
- Kemudian keluarkan semua serpihan dan serbuk tepung dalam minyak tadi
- Besarkan api sehingga agak panas
- Goreng kembali ayam yang sudah digoreng tadi -tujuan untuk dapatkan ayam goreng yang lebih rangup
- Perhatikan ayam jangan biarkan hangus
- Keluarkan dan tos minyaknya
Untuk Sos :
- Letak sedikit minyak dan tumiskan bawang putih cincang tadi sehingga sedikit garing
- Kemudian masukkan bancuhan sos gochujang dengan bahan-bahan sos
- Tambahkan garam dan gula secukup rasa
- Biarkan dengan api perlahan, sos dimasak hingga pekat
- Tutup api
- Salutkan ayam goreng tadi dengan sos tersebut.
- Sedia untuk dihidangkan.
![]() |
Punyalah gigih cari tepung ubi kentang nih hehe |
![]() |
Salut kering, lepas tu salutan basah |
![]() |
Goreng 2x |
![]() |
Salut dengan bancuhan sos pekat |
Ada juga banyak cara-cara lain yang mungkin lebih simple. Contohnya, boleh gunakan campuran tepung beras dengan tepung gandum jika tiada tepung ubi kentang. Atau, ada juga yang gunakan tepung jagung sahaja untuk menyalut ayam.
Kena eksperimen juga dengan ayam goreng nih, kadangkala terlebih goreng keras pula salutan ayam tadi. Anyway, selamat mencuba semua.
Lea Razali
28 Comments
I love Korean spicy friend chicken. Memang deabak. Thank you for sharing your recipe. I can try this soon.
ReplyDeleteWelcome sis :)
Deleteterus rasa lapar. nnti nk try cari sos gochujang tu kat shopee. aritu nampak ada yang halal di jual kat sana.
ReplyDeleteBetul2, tak silap lagi murah harganya dari Aeon :)
Deletedah pernah buat ayam ni masa pkp. tapi gigihnya gochujang buat sendiri haha
ReplyDeleteHaha ! gigih tuh nak buat sos nya
DeleteNie memang menyebabkan my sister kegirangan la kot. Dia dah pernah try tapi tak berapa menjadi. Maybe with your recipe menjadi la kot kan hehehe
ReplyDeleteHaha ! cuba try test menjadi tak tuh
Deleteoooohh...ada jual sos dia rupanya..
ReplyDeleteAda sis, sos dia rasa macam tangkap kat hidung camtuh
DeleteYang buat beza ayam goreng Korea ni sos gochujang tulah kan ☺️ saya tak pernah masak sendiri ayam goreng Korea ni, selalu beli je..hehe
ReplyDeleteBetul2, ayam nya goreng rangup biasa okey dah..sos tu penting sis
DeleteBiasa beli aje ayam pedas manis ni. Rupanya guna susu segar utk hilangkan bau ayam. Lepas ni bolehla Bella cuba sendiri buat Ayam ala Korea ni.
ReplyDeleteDah lama nak try buat ayam goreng Korea ni, tapi kerajinan tu belum ada. haha. Tengok la maybe sebelum pkp habis, saya cuba.
ReplyDeleteMenariknyaaa, buat sendiri gini lagi puashati kann... nak cuba jugalah, biasa Sis buat yang jenis kicap tu haaa..
ReplyDeletekalau setakat untuk sorang dua je makan selalu beli je tp kalau nak makan ramai2 better buat sendiri kan. resipi pun nampak senang je ni cuma sos tu nak beli kat mana ekk? kalau tak jumpa, ada alternatif lain tak?
ReplyDeleteBetul sis, harga jual boleh tahan juga..Buat sendiri boleh makan lebih sikit
Deletewahh sedapnya. memang favorite saya dengan keluarga ni. bolehlah cuba buat sendiri nnti di rumah. thanks untuk resipi ya :)
ReplyDeleteSama-sama, boleh dicuba..ayam nye kena test2 la tepung mana yang sesuai sedap
Deletenak kene cari ni sos gochujang ... mantap rupanya
ReplyDeletemari haaha! dekat shopee ade juga jual rasa lagi murah dari Aeon
DeleteI love Korean fried chicken too, thanks for sharing this recipe, gonna making them myself this weekend. cheers, siennylovesdrawing
ReplyDeleteWelcome, sure..hopefully suit your tastebud :)
Deleteohh guna tepung ubi kentang ya..ayu biasa guna tepung jagung...nanti boleh try resepi yg ni pula
ReplyDeleteCik TK pernah jumpa sos gochujang tu sebelum sebelum ni di pasaraya. Tak ingat pasaraya mana. Tapi masa tu tak berani la nak beli sebab takut nanti bila makan pedas sangat.
ReplyDeletePengalaman sebelum ni masak guna gochujang yang buat sendiri (entah refer mana masa tu), bukan main pedasnya.. huhuhuuu bukan jenis makan pedas juga sebenarnya.
Tapi serius nampak sedap hasil kejadiannya tu Lea, maybe Cik TK boleh try resepi yang ni pula. Kena cari sos gochujang ni.
Memang sos rasa pedas sikit, kalau tak makan pedas memang terasa juga Cik Tk.
Deletekebetulan aida buat last week, Lia.
ReplyDeletetapi guna sos korea adabi aje! hi hi hi...
short cut. letak madu agar manis-manis skit.
pedas ekk sos korea adabi tu.
Wah! This korean chicken dish looks absolutely delicious! Thanks for sharing the easy recipe and cant wait to make it :)
ReplyDeleteTerima kasih atas komen dan sudi singgah blog saya