Assalamualaikum semua, sihat ke hari nih? Dah masuk 5 Januari, macam baru je rasa 1 Januari lepas dah lima hari berlalu. Azam tahun ni nak cuba update entri lebih konsisten, mungkin sekali jana pendapatan melalui blog nih, inshaAllah. Hujan lebat dua tiga lepas dah mula reda, hari ni pun agak sibuk membasuh dan sidai baju. Harap-harap semoga panas sampai la ke petang. Kalau tak, nak ke dobi memang tak dapat sebab semua penuh di sekitar taman ni.

Tahun lepas, Nurin ada minta rehal baru sebabkan adik dia dah mula konsisten mengaji jadi saya biarkan adik yang pakai rehal lama tu. Nurin alaskan dengan bantal atau meja kecil masa mengaji Quran. Kalau diikutkan, kalau boleh saya nak rutin membaca Al-Quran selepas solat maghrib setiap hari diteruskan untuk anak-anak. Biar mereka terbiasa dan tak kekok dengan bacaan. Lagi satu, kalau tinggalkan lama memang 'keras' jadinya lidah kita apabila nak mula baca semula.

Jadi berbalik kepada rehal baru, saya berikan syarat untuk Nurin iaitu kena khatam Quran dahulu baru saya belikan rehal yang baru. Alhamdulillah, Nurin sebelum masuk 11 tahun dah berjaya untuk kedua kalinya khatam Al-Quran. 

Janji harus ditepati kan?


Cadangan Hadiah Rehal Kayu Berukir :

Belek-belek kedai buku yang ada jual rehal di Shopee, mata terpaku pada suatu posting rehal kayu berukir yang dijual. Cantik ! Nampak kemas dalam gambar. Alang-alang, saya sekalikan dengan Al-Quran baru yang lebih informatif untuk Nurin. Maksudnya, Quran tersebut di cetak dengan huruf yang lebih besar beserta info tajwidnya sekali.

Puas hati dengan cara balutan bungkusan yang kemas dan penghantaran yang laju oleh syarikat kurier walaupun dari dihantar dari Utara Malaysia.


cadangan hadiah rehal kayu berukir
Kemas je ukirannya, cantik ! 


Rehal kayu berukir untuk hadiah
Saya beli di kedai Shopee : Syarikat Adam

    "Nurin, okey tak rehal yang mama belikan ni..? " Tanya saya 

    "Sukanya ! Cantik mama hehe.. terima kasih mama.."

Alhamdulillah, anak-anak kalau ikhlas selalunya lurus sahaja cakapnya. Nurin suka dengan rehal baru, saya apatah lagi.

Untuk Nurin, kalau suatu masa nanti dapat baca coretan ini..mama doakan semoga Nurin sentiasa berjaya dunia dan akhirat. Jadi anak yang solehah, selalu kembali ke jalan-Nya yang lurus serta paling penting jangan tinggalkan solat. InshaAllah amin Ya Rabbal A'lamin.

Haulia Razali