Hadiah Khatam Quran Untuk Nurin

Assalamualaikum semua, sihat ke hari nih? Dah masuk 5 Januari, macam baru je rasa 1 Januari lepas dah lima hari berlalu. Azam tahun ni nak cuba update entri lebih konsisten, mungkin sekali jana pendapatan melalui blog nih, inshaAllah. Hujan lebat dua tiga lepas dah mula reda, hari ni pun agak sibuk membasuh dan sidai baju. Harap-harap semoga panas sampai la ke petang. Kalau tak, nak ke dobi memang tak dapat sebab semua penuh di sekitar taman ni.

Tahun lepas, Nurin ada minta rehal baru sebabkan adik dia dah mula konsisten mengaji jadi saya biarkan adik yang pakai rehal lama tu. Nurin alaskan dengan bantal atau meja kecil masa mengaji Quran. Kalau diikutkan, kalau boleh saya nak rutin membaca Al-Quran selepas solat maghrib setiap hari diteruskan untuk anak-anak. Biar mereka terbiasa dan tak kekok dengan bacaan. Lagi satu, kalau tinggalkan lama memang 'keras' jadinya lidah kita apabila nak mula baca semula.

Jadi berbalik kepada rehal baru, saya berikan syarat untuk Nurin iaitu kena khatam Quran dahulu baru saya belikan rehal yang baru. Alhamdulillah, Nurin sebelum masuk 11 tahun dah berjaya untuk kedua kalinya khatam Al-Quran. 

Janji harus ditepati kan?


Cadangan Hadiah Rehal Kayu Berukir :

Belek-belek kedai buku yang ada jual rehal di Shopee, mata terpaku pada suatu posting rehal kayu berukir yang dijual. Cantik ! Nampak kemas dalam gambar. Alang-alang, saya sekalikan dengan Al-Quran baru yang lebih informatif untuk Nurin. Maksudnya, Quran tersebut di cetak dengan huruf yang lebih besar beserta info tajwidnya sekali.

Puas hati dengan cara balutan bungkusan yang kemas dan penghantaran yang laju oleh syarikat kurier walaupun dari dihantar dari Utara Malaysia.


cadangan hadiah rehal kayu berukir
Kemas je ukirannya, cantik ! 


Rehal kayu berukir untuk hadiah
Saya beli di kedai Shopee : Syarikat Adam

    "Nurin, okey tak rehal yang mama belikan ni..? " Tanya saya 

    "Sukanya ! Cantik mama hehe.. terima kasih mama.."

Alhamdulillah, anak-anak kalau ikhlas selalunya lurus sahaja cakapnya. Nurin suka dengan rehal baru, saya apatah lagi.

Untuk Nurin, kalau suatu masa nanti dapat baca coretan ini..mama doakan semoga Nurin sentiasa berjaya dunia dan akhirat. Jadi anak yang solehah, selalu kembali ke jalan-Nya yang lurus serta paling penting jangan tinggalkan solat. InshaAllah amin Ya Rabbal A'lamin.

Haulia Razali

Post a Comment

22 Comments

  1. Aamiin yra. Cantik rehal Nurin 😘

    ReplyDelete
  2. memang cantik, acik pun kenan lah nurin, moga makin rajin mengaji ya

    ReplyDelete
  3. It looks exquisite for sure. Hopefully your little one will be even more motivated in her pursuit of religious knowledge.

    ReplyDelete
  4. Cantiknya ukiran rehal nurin. Terus teringat zaman ngaji kecik2 dulu. Hehe. Semoga nurin terus istiqomah mengaji ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, dulu-dulu ayah2 rehal kadang2 buat sendiri..sekarang tak mahir nak mengukir

      Delete
  5. aamiin. tahniah Nurin. moga terud istiqomah baca Qur'an ye. cantik rehat

    ReplyDelete
  6. Bagusnya dia da 2x khatam Quran. Berkenam juga tgk rehal tu. Nasib ada bg link. Nak usha harganya. Semoga Nurin bertambah bijak dan berjaya ya. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try2 usha, harga berpatutan juga.TQ, amin

      Delete
  7. Ya allah cantik sungguh ukiran rehal. Teringat kat rehal arwah nenek za. Belajar dan hafal surah quran betul2 ya nurin. Alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, inshaAllah terima kasih

      Delete
  8. Alhamdulilah hadiah yang sangat berguna untuk di bawa ke akhirat kelak..
    Rehal tu lawa plak laa, belum ada rehal kayu lagi Sis, ingat nak beli jugalah.. Tahniah buat Nurin..

    ReplyDelete
  9. Tahniah, Nurin, dah khatam dua kali di usia yang masih muda. Cantik design rehal tu. Simple tapi masih berseni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, doakan semoga Nurin istiqamah

      Delete
  10. a gift is so much more beautiful when thoughts and sincerity is put into it. this is definitely one of those gifts :)

    ReplyDelete
  11. Hadiah paling bermakna. Suka tengok ukiran rehal tu cantik sangat

    ReplyDelete
  12. Cantiknya rehal kayu. Untung dapat hadiah ni. Ada rehal kayu macam meja tu je :)

    ReplyDelete
  13. Hadiah yg sangat bermakna..semoga rajin memgaji dan moga AlQuran tu tetap jd panduan dan pegangan..tiap kali baca Alquran sambil guna rehal tu yg bg hadiah dpt pahala berterusan..hehe

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan sudi singgah blog saya