Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) telah ditetapkan bermula 20 Januari 2021 bagi seluruh sesi persekolahan di Malaysia. Macam-macam ragam anak-anak nih terutama yang baru masuk sekolah. Tak terkecuali yang ada dirumah nih. Anak yang darjah lima dah bersedia pagi-pagi lagi lepas sarapan dengan alat tulis, buku dan sebagainya. Saya pun taklah risau sangat dengan si kakak sebab dia dah tahu apa yang perlu dibuat. Malam sebelumnya pun dah diingatkan supaya bersedia awal supaya tak tercicir kelas nanti.

Yang si adik nih, saya risau ! Serius la kan, sebabnya baru masuk darjah satu. Tahun lepas pun tak berapa nak ikut sangat sesi belajar online kelas tadika. Jadi nampak dia kekok sedikit. Tapi apapun, alhamdulillah nampak lancar untuk sesi si adik, tak banyak karenah untuk hari pertama dan juga hari nih. 

Siap tanya lagi nak kena pakai full suit baju sekolah ke tidak ?Minggu nih tak pakai baju sekolah, pakai baju biasa sahaja. 

Untuk si kakak okey sikit sebab pakai komputer lama saya yang ada skrin agak besar. Kalau nak dual view pun okey sebelah buka buku teks online, sebelah lagi dengar cikgu cakap di Google Meet atau Classroom. Yang si adik pakai telefon sahaja dulu sebab cikgu kata awal-awal nih masih dalam sesi perkenalan. Cikgu masih guna whatsapp untuk beri kerja sekolah katanya.


Pdpr hari pertama pembelajaran online 2021


Kalau keadaan berterusan macam nih, harapannya dapatlah kumpul sedikit bajet untuk beli skrin yang lebih besar untuk si adik supaya lebih jelas apa yang ditunjuk cikgu semasa kelas.  Doakan semoga wabak segera hilang, , inshaAllah amin.

Anak-anak korang macam mana? Okey ke belajar online.?

Lea Razali