Koleksi Masakan Ayam Sedap dan Mudah Dibuat


Anda nak cuba masak resepi ayam hari ini? Antara 7 koleksi resepi ayam untuk para penggemarnya seperti disenaraikan dibawah ini. Resipi yang sangat mudah untuk dicuba dan malah menjimatkan masa memasak anda.


1- Ayam Masak Kicap Berkuah Pekat

ayam masak kicap kuah pekat

Cara masakannya adalah ayam goreng kunyit disalut dengan kuah kicap yang pedas dan pekat. Selain tu kita boleh makan dengan sambal cili api dan juga telur dadar gebu. Memang mengancam!

Resepi --> Disini 


2- Masak Ayam Goreng Korea Pedas Manis


Anda peminat makanan Korea? Jangan lupa tentang ayam goreng Korea bersalut sos gochujang bermadu yang manis, pedas serta pekat menggamit rasa bagaikan melancong ke Seoul. Rasanya yang rangup dan boleh dinikmati dengan air berkarbonat membangkitkan lagi rasa dan selera.

Resepi --> Disini 


3- Resipi Ayam Buttermilk Sungguh Sedap

Ayam buttermilk (Butter Chicken) kalau ke kedai makan cina muslim biasa kita jumpa menu ini. Rasa ayamnya dan juga kuah butter lemak-lemak tambah sikit pedas kalau tergigit cili potong tu. 

Resepi --> Disini 


4- Ayam Goreng Kunyit Sambal Lado dan Kentang


Balik kerja tak tahu nak masak apa? Boleh cuba ayam goreng kunyit bersalut sambal cili/berlado yang popular di Negeri Sembilan. Kentangnya di hiris sederhana nipis digoreng dahulu barulah dicampur sekali dengan sambal dan ayam goreng tadi.

Resepi --> Disini 


5- Ayam Masak Merah Sedap & Simple

resipi ayam masak merah sedap

Anak-anak memang suka makan ayam masak merah nih kalau versi yang tak pedas la. Kalau rajin boleh tambah dengan nasi arab yang sedia ada pes tuh. Atau dengan acar timun dan nenas pun sedap juga.

Resepi --> Disini 


6- Ayam Masak Sambal Lado Ala Minang

ayam masak sambal lado minang

Antara yang mudah nak masak ialah ayam sambal lado ala Minang. Sambalnya saya tumbuk lumat, kalau tak kena selera boleh tumbuk separa lumat untuk cili dan bawang tu. Jadi nampak la sambalnya dekat ayam tu kan.

Resepi --> Disini 


7- Ayam Bakar Mudah dan Senang Disediakan

ayam bakar cepat dan mudah disediakan


Resepi yang simple dan tak banyak bahan nak guna sebab selalunya banyak kerja rumah  nak diselesaikan kan? Korang cuma perap ayam dengan bahan-bahan yang mudah-mudah je dan bakar dengan ketuhar dengan suhu yang sesuai. Kalau renyah nak buat sos, pakai sos cili biasa je pun boleh. 

Makan dengan salad dan nasi. Senang kerja mak-mak dirumah.

Resepi --> Disini 


Selamat mencuba semua.

8 comments:

  1. wah,...semua sedap sedap resepinya...tapi malasnya nak buat

    ReplyDelete
  2. sedapnyaa. insyallah nanti nak buat guna resipi dari blog ni.

    ReplyDelete
  3. Ayam buttermilk dan ayam bakar tu menggoda sungguh!! Nyummy!!!!

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan sudi singgah blog saya

[ Comments at your own responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988 ]