Rasa sekejap sangat dah berakhir pun tahun yang penuh dugaan dan cabaran, 2020. Seluruh dunia diuji dengan pandemik Covid-19 juga keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan. Semoga tahun 2021 akan lebih baik dan pandemik segera berakhir, inshaAllah.
Anyway, hari ni tak ada rasa nak ke mana-mana pun walaupun cuti. Hujan lebat sepanjang hari, sejuk je. Kalau golek-golek sambil berselimut pun best ! hehe.
Alhamdulillah, jiran sebelah ada sedekahkan keropok lekor balik dari bercuti agaknya. Banyak betul dibaginya, sampai tiga plastik besar. Alang-alang dah ada, jom kita goreng keropok lekor hari ni.
Mengadaplah empat beranak makan tak berhenti sambil cicah sos istimewa dari Pantai Timur. Sedap !
![]() |
Dah direbus semula. |
![]() |
Potong kecil-kecil sebelum digoreng. |
![]() |
Tadaa..siap ! |
Biasa kalau keropok lekor ni lepas dah disimpan dalam peti sejuk akan jadi keras kan? Kalau cara saya, rebuskan balik keropok tu sebelum digoreng.
Jadi lebih sedap dan rangup diluar lembut di dalam gitu.
Selamat Tahun Baru untuk semua. Semoga tahun 2021 ni akan memberi sinar harapan yang cemerlang untuk kita semua.
InshaAllah amin.
Haulia Razali
2 Comments
Dapnye kepok leko, makan masa hujan2 ni, ganding dgn kopi..ermmm..
ReplyDeleteSalam kenal lea, trmkasih follow akk. Balas follow ye
Sedapnya dengan kopi tuh, tq sis :)
DeleteTerima kasih atas komen dan sudi singgah blog saya