Pengalaman Buat Root Canal Treatment (Rawatan Akar Gigi)

Assalamualaikum semua, alhamdulillah lengkap dah tiga kali appointment buat rawatan root canal untuk gigiku yang sakit hari tuh. Jadi, pengalaman buat rawatan root canal kali nih boleh dikatakan antara yang paling smooth. 

Saya ni ada dental anxiety, puncanya masa kecik-kecik dulu trauma masa jumpa doktor gigi. Maka, experience yang tak best tu la ku bawa hingga ke besar. Paling takut jumpa doktor gigi, huhu.

Kenapa Kena Buat Root Canal Treatment (Rawatan Akar Gigi) ni:

Okey, jadi puncanya lubang dalam sangat dalam dan telah terdedah. Jadi kalau tampal pun memang tak akan membantu dah. Gigi tetap masih rasa sakit berdenyut sampai ke kepala. Rasa macam nak demam pun ada. Masa tu terfikir juga cabut jelah senang, kan? Tapi sayang la pulak, sebab gigi okey kuat lagi, cuma berlubang je.

kos rawatan root canal

Kos Rawatan Akar Gigi :

So, masa mula-mula doktor sarankan buat rawatan root canal tu tercengang juga lah sekejap. Terus tanya balik apa tu root canal doktor? Masa tu doktor tu terangkan lah root canal nih sejenis rawatan akar gigi yang akan keluarkan canal (akar) gigi. 

Kos dia memang mahal, sebab banyak kali appointment dan prosedur agak rumit kata beliau. Jadi untuk kes saya nih, setiap appointment kena cas dalam RM200 gitu, belum lagi kos crown gigi dalam seribu lebih. 

Kira nanti totalnya dalam RM1500 +. Tugas crown gigi ni untuk lindung gigi yang dah dikorek akar tadi sebab dah takda sensor kan. Deria rasa kat gigi hilang.

Kenapa lepas rawatan akar gigi, sakit terus hilang? Magik ka? Tak, kiranya analoginya, ceh ! analogi pulak ye. Macam sensor dah tak ada, hilanglah rasa sakit gigi itu. Doktor gigi akan keluarkan dan buang akar-akar gigi yang ada jangkitan kuman tu dan gantikannya dengan pengisi khas untuk bantu kekalkan struktur gigi yang masih ada lagi .

Baca kat sini, apa ceritanya yang awal dulu --> Baca Sini 

Kesan Buat Root Canal Treatment nih antaranya:

  • Ikut pengalaman, akan rasa sakit lepas kesan bius hilang. Rahang sakit sebab nganga lama sangat kat klinik. (makan jela bubur atau makanan yang lembut dulu)
  • Lepas tu gusi dekat bahagian yang dirawat akan sakit dalam masa beberapa hari (berdenyut juga la beberapa hari) , doktor kata hal ini normal sebab masa buat rawatan tu dia lubangkan gigi, lepas tu buang semua akar keluar. Uishh ! mana tak sakit. Sakit !
  • Disebabkan sebelum rawatan kena bius dan kita rasa relaks je masa dia buat tu. Maka, masa kesan bius habis sakit pun datang. Ada dua tempat kena inject tau, tempat kena cucuk tu memang sakit lepas habis bius.
  • Gusi akan jadi sedikit bengkak, tapi jangan bimbang sebab akan surut dalam masa beberapa hari. Kena bertahan la kan sebab nak baik cepat. Boleh makan ubat tahan sakit yang doktor bekalkan lepas rawatan (paracetamol yang saya dapat)
  • Bila gigit makanan rasa tak seimbang je. Ni sebab doktor letak tampalan sementara kan, jadi memang rasa tak berapa selesa masa mengunyah. Kalau doktor okey, boleh minta tolong dia kurangkan ketebalan tampalan tu. 

Dalam masa seminggu, inshaAllah dengan izin-Nya rasa-rasa yang tak selesa kat atas nih akan mula beransur hilang. 

Dan masa keselesaan datang kita akan mungkin culas ( rasa sangat malas...) untuk pergi ke rawatan seterusnya. Jangan ye, sebab saya pun ada rasa yang sama juga. Tapi, ikut jela doktor kata macam mana, habiskan rawatan root canal nih supaya gigi dapat dielakkan daripada kena cabut dan rosak teruk.

Harga Root Canal Treatment Klinik Kerajaan :

Untuk harga root canal treatment di klinik kerajaan tak pasti pula ye berapa. Mula dulu memang nak buat kat kerajaan sahaja. Tapi ada beberapa hal yang tak dapat dielakkan jadi teruskan prosedur di klinik gigi swasta sahaja la. Lagipun dapat bayar ansuran hehe.

Tapi, untuk rekod cuba rujuk link bawah untuk kos di klinik kerajaan. Rujukan sahaja, harga sebenar mungkin berbeza. Boleh cuba call klinik dulu tanya.

Baca lagi -- > Senarai Harga Rawatan Gigi Klinik Kerajaan

cara hilangkan sakit gigi
Keadaan sebelum dan selepas rawatan.

Tula gambar sebelum dan selepas rawatan. Yang sebelum tu masa lepas appointment pertama, doktor letakkan tampalan sementara. Masa ni memang sengal je rasa mulut. 

Jadi macam mana korang? 

Kalau sakit gigi tak hilang nak buat root canal treatment ke cabut gigi tu? Sayangg uii gigi. Tanya doktor dulu ye.

Masalah akar gigi yang kena jangkitan kuman nih jangan buat main, ada kes yang jangkitan melarat sehingga ke bahagian gusi dan rahang. Ada juga jangkitan bakteria melarat ke bahagian badan yang lain dan perlukan rawatan yang lebih kompleks dan sukar.

Lea Razali

:: Disclaimer/Penafian

Pandangan di atas adalah berdasarkan pengalaman penulis sendiri. Keadaan mungkin berbeza bergantung kepada keadaan kesihatan semasa individu.

26 comments:

  1. Part gigi ni memang tak pernah amik ringan. Sakit sikit je terus menderu nak ke klinik. Takmo dah tahan-tahan.Info baru pasal root canal ni untuk Sal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itula, awalnya takut..tapi last2 relaks je alhamdulillah

      Delete
  2. ishh kalau sakit gigi ni takleh bawak bincang haha. dah pernah cabut, memang murah tapi gigi jadi renggang la pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula nak cabut jugak, sayang gigi sebenarnya sebab kuat lagi..

      Delete
  3. I x per ah but root canal treatment. So this is a new knowledge for me. Thank you for sharing it.

    ReplyDelete
  4. Root Canal Treatment is good for ppl who needs it. Thanks for sharing the experience and the cost it's helpful

    ReplyDelete
  5. Selalu dengar org sebut root canal tapi tak pernah tau in detail apa benda sebenarnya. Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  6. terima kasih kerana berkongsi info ni.. pasti akan menjadi rujukan pada masa akan datang..

    ReplyDelete
  7. Lama kita tak buat rawatan gigi alhamdulillah gigi kita ok hehehe tapi kena juga pergi jumpa dentist setahun sekali hehehehe nak juga lah buat..

    ReplyDelete
  8. baru tahu root canal tu mematikan urat dalam gigi yang menyababkan kesakitan. pernah juga mengalami masalah yang sama..tapi saya cabut jer terus heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula-mula mmg igt nak cabut, tapi sayang pula gigi okey lagi huhu

      Delete
  9. Nyilu nengoknyaaa.. paling takut bab GG ni.. dulu pernah sakit GG sampai cabut, sampai sekarang tobat.. janganlah sampai sakit GG..huhuhu

    ReplyDelete
  10. Dari kecil sampai skrg memang phobia nak pergi dental.. cukup la kena dera mentally masa kat sekolah rendah dulu.. :P tapi untuk our own good juga kan.. first time pergi buat scaling aritue after so long.. rasa clean giler.. good to know about root canal treatment ni.. harap2 tak perlu lalui treatment macam ni.. kita is takut.. :P

    ReplyDelete
  11. This is indeed an interesting article. now i know what to expect when i do a root canal!

    ReplyDelete
  12. Terima kasih sebab berkongsi pengalaman. Cik TK baru tahu pasal root canal ni..

    ReplyDelete
  13. Hai sis, blh tahu tak brpa kali treatment yg dibuat shingga slesai rawatan akar gigi ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya buat rawatan ni 3 kali sis..Lepas tu crown tak buat sebab doktor kata gigi lepas treatment ok tak perlu crown.

      Delete
  14. Nak buat jugakk tapi mampu telan air liur tgk kos rawatan ;(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba survey klinik yang boleh bayar ansuran..

      Delete
  15. Besar pahala tulis blog nak educate org..

    I just did geraham 1 rct harini, google sbb nak tau kenapa rasa berdenyut... hahaha
    Doakan la saya kuadddd

    Btw, saya dah survey 3 klinik gigi for rct

    Gombak Medan Idaman
    Klinik 1- 1200
    Klinik 2 - 900 + 1500 (crowning)

    Masa ni dah start kumpul duit, tapi pergi Gov kat Setapak sbb nak consult doc. I did a great job, doc Singh tu recommend satu clinik nama
    Avicenna..
    Caj dia
    800 - rct
    800 - crowning

    Beza sangat harga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, terima kasih sebab baca coretan saya. Semoga dapat membantu sis..harga memang ikut klinik gigi yang merawat.

      Delete
  16. Sya skrg ni tgh menahan sakit sbb baru je lpas buat rawatan akar gigi hari jumaat mgu lepas..sya nak tnya sis lea razali..lps sis buat rawatan akar ada sakit sampai x blh mengunyah langsong ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau masa saya memang sakit sangat lepas kesan bius habis. Saya makan bubur dan makanan lembut2 je dulu sampai bengkak surut dan sakit hilang..Doktor ada bagi paracetamol juga untuk kurangkan sakit.

      Delete
  17. Sy ni dh buat rawatan akar.blik umah jam 8mlm sampai skg jam 5pg gigi berdenyut.ubt tahan sakit tak diberikan.esok 31ogos.kdai ggi tutp.nk pg farmasi ke dptkan panadol tahan sakit?ni dh telan panadol jam 9mlm dua biji.skg jam 5pg msh sakit lg.telan lg dua panadol.tlg bgtau mcmana nk legakan sakit ggi sy ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keadaan sakit lepas treatment ni sebenarnya tak sama antara individu. Saya bersimpati dengan tuan/puan kerana sakit yang berpanjangan slps RCT. Cara terbaik kena pergi semula ke klinik gigi tu dapatkan nasihat selepas rawatan..

      Delete
  18. Sy baru ptg td buat rawatan akar.lubang tu retak yg besar.msa buat x sakit.sakit sikit masa cucuk.hbs treatmen ok lg sbb bius ada lg.hbs bius...sakitnye.bgkk kt gusi sbb ada nanah sblm ni dh surut tp pas rwtn td bgkk smla.sakit smpi ke rahang pipi dan telinga.nk ngs rasa.kne jmpa doctor lg 2 mggu.sy buat kt klnk kerajaan.doktor mmg baik sgt.ni pngalamn ke 2 rs sakit.msa sy buat rawatan akar buat pertama kali tahun 2020 dlu lgsg xrasa sakit.ikut nsb kot

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan sudi singgah blog saya

[ Comments at your own responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988 ]