Resepi Ayam Buttermilk Sungguh Sedap

Saya paling suka makan ayam buttermilk (Butter Chicken) kalau ke kedai makan cina muslim. Rasa lemak-lemak tambah sikit pedas kalau tergigit cili potong tu..perghh ! Memang bertambah nasi. Kalau kat Kulai ni biasa kami suka makan dekat kedai Cina Muslim Lapan Kati, Indahpura. Popular kedai tu, kadangkala sampai kena booking meja dulu lagi-lagi hari minggu atau musim gaji.

Okey, sebab kan dah beli fillet ayam hari tu, cadang cuba masak sendiri la kat rumah sebab teringin tapi tak dapat makan di kedai.


Resipi ayam buttermilk sedap dan senang dibuat
Rasa macam dekat kedai

Jom saya kongsikan resepi yang saya guna untuk masak,


Ayam Buttermilk Yang Sungguh Sedap :

Bahan-bahannya

  1. Fillet ayam - 300 -500 gram dipotong kecil
  2. Tepung jagung/gandum - saya guna campuran kedua tepung
  3. Serbyk kari - optional
  4. Daun kari 2-3 tangkai (ambil daun sahaja)
  5. Cili 2-3 tangkai dicincang
  6. Bawang putih 2 ulas (dicincang halus)
  7. Butter (3 sudu)
  8. Garam, gula
  9. Perisa
  10. Susu cair 1 cawan
Cara-caranya adalah :
  1. Mula-mula tepung gandum dan jagung dicampurkan ( nisbah 1 tepung jagung: 2 tepung gandum) - contoh satu sudu tepung jagung tambah 2 sudu tepung gandum.
  2. Campuran tepung boleh dicampur sedikit dengan serbuk kari kalau suka.
  3. Lumur ayam dengan sedikit garam dan salut ayam dengan campuran tepung.
  4. Goreng ayam
  5. Panaskan butter sehingga cair dan tumis bawang putih yang telah dicincang halus tadi, masukkan juga daun kari sehingga naik bau.
  6. Masukkan hirisan cili tadi jika suka sedikit rasa pedas.
  7. Masukkan susu cair, reneh sebentar,
  8. Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi.
  9. Masak sehingga kuah sedikit pekat. 
  10. Tambah garam dan gula serta bahan perasa jika suka secukupnya.

ayam buttermilk senang dan sedap

Kalau nak lagi mudah boleh je guna Tepung Bestari yang dah siap jual tu untuk salut ayam. Lagi satu, kalau dapat boleh guna mentega sebenar (real butter) yang harganya agak mahal satu blok tu. Mungkin sebab tu hidangan ni mahal kalau kita order di restoran. Manakala, kalau tiada susu cair tu boleh gantikan dengan susu segar.

Dah siap! Senang je kan masaknya. Anak-anak suka makan ayam buttermilk ni.

Selamat mencuba semua.

Haulia Razali

Post a Comment

6 Comments

  1. resepi yg paling kerap buat kat rumah sbb anak2 suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la sis,semenjak dah tau masak ni makin menjadi

      Delete
  2. Tak pernah cuba masak sendiri lagi yang ini, makan kat kedai je....hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try sis, mana tau sedap sama cam kedai hehe

      Delete
  3. Sedapnya chicke buttermilk. Saya suka beli chicken popcorn kalau nak chicken buttermilk ni. dia cripsy sikit dan cepat kerja masak terus goreng. Cuma tinggal sediakan sos buttermilk je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah ! boleh try trick sama jugak nih, tq for info sis

      Delete

Terima kasih atas komen dan sudi singgah blog saya