Resepi Ayam Goreng Kunyit Sambal Lado dan Kentang

Macam-macam gaya masak boleh dibuat kalau dengan kentang nih. Ada yang masak sup kentang (teringat zaman duduk rumah sewa makan nih dengan sambal sardin, sedap !), apa lagi resepi kentang nih? Lagi satu ayam goreng berkunyit. Kalau makan kosong macam tu je pun boleh dengan nasi panas. 

Tapi kalau nak variasi sikit boleh la tambah sambal lado ke atau makan dengan sambal belacan dan ulam-ulaman.Dan, tambah kentang goreng dengan ayam sambal pun okey juga. Mudah dan cepat untuk disediakan. Bertambah-tambah nasi dibuatnya.


ayam masak sambal lado dengan kentang
Ayam belado dengan kentang goreng

Resepi ayam goreng sambal lado berkentang :

Bahan- bahannya  :
  1. Ayam 1/2 ekor potong kecil
  2. Kentang 2 biji hiris sederhana nipis
  3. Serbuk kunyit 2 sudu
  4. Garam secukup rasa
  5. Sedikit Gula jika suka @ bahan perasa

Bahan Tumbuk ( untuk sambal):
  1. Bawang besar 1 biji
  2. Bawang kecil 4 ulas
  3. Bawang putih 3 ulas
  4. Cili masak 2 tangkai

Cara- caranya :
  1. Ayam dibersihkan dan perap dengan serbuk kunyit dan garam - perap sebentar
  2. Kentang hiris nipis perap garam dan serbuk kunyit
  3. Goreng ayam dan kentang ketepikan sebentar
  4. Sementara menggoreng tumbuk/blend bahan untuk sambal
  5. Tumis bahan untuk sambal sehingga masak dan sedikit garing
  6. Campurkan ayam dan kentang tadi pada sambal
  7. Gaul rata dan tutup api
  8. Sedia dihidangkan

Senang kan nak masaknya? Inilah antara resipi yang paling cepat dan mudah untuk masak ayam kalau nak tahu. Selamat mencuba semua.

3 comments:

  1. betul..kentang boleh buat macam macam lauk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan sis, kalau dapur mesti ada kentang ..emergency, paling2 goreng dengan ikan bilis

      Delete
  2. Memang kentang ni serbaguna. Buat la apa pun semua boleh!

    Hehe nampak best kejadian lauk ni.. nyummy!!!

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan sudi singgah blog saya

[ Comments at your own responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988 ]