Semak Status Permohonan I-Sinar Terkini Lebih Mudah

Dah ramai yang mula bekerja hari ni. Dan ada juga yang dinasihatkan untuk Work From Home serta kuarantin disebabkan pernah ke zon-zon merah semasa cuti akhir tahun lepas. Termasuklah encik husband. Kitaorang balik ke kampung di Selangor cuti Krismas lepas, bawa anak-anak jumpa nenek yang dah lama tak bersua. Kebetulan kampung berada dalam kawasan zon merah. Jadi sekarang semua kuarantin sendiri di rumah ni.

Ramai juga yang tak sabar nak tunggu 4 Januari 2021 sebab nak semak I-sinar dah lulus ke belum ? Untuk yang dah memohon pengeluaran duit KWSP melalui program I-Sinar dan boleh semak dah status permohonan i-Sinar tu.


Cara Mudah Semak Status Permohonan I-Sinar KWSP

Permohonan lepas boleh la disemak dekat link KWSP dibawah ni ye;

semak permohonan i-sinar kwsp online

Semak di sini : https://isinar.kwsp.gov.my/


Dekat-dekat kawasan rumah ada beberapa kawasan yang dah naik air disebabkan hujan lebat beberapa hari ni.

Risau juga kan, nampak keadaan agak teruk dengan beberapa jalan terputus dan sebabkan ada juga yang terkandas di kampung.

Untuk mereka yang telah terjejas dengan banjir yang sedang melanda nih, kita doakan semoga air banjir cepat surut dan semoga sentiasa bersabar serta redha atas dugaan awal tahun baru 2021. Semoga yang Maha Esa gantikan dengan sesuatu yang lebih baik, inshaAllah aminn.

Haulia Razali

Post a Comment

1 Comments

  1. Tahniah bagi mereka yang dah berjaya dapat i-sinar. dah ramai yang bersinar akaunnya. semoga dimanfaatkan sebaiknya :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan sudi singgah blog saya