Unboxing Tomy Plarail Yamanote Line

Hai semua, sambil melihat ke dinding dan bersabarlah dengan apa yang membawa kehidupan kita hingga ke tahap ini. Apabila dah jadi seorang ibu, surirumah sepenuh masa nih kadangkala emosi boleh tercabar juga dengan keadaan yang bersepah, lagi-lagi bila rumah dah mula berserabut tak sempat dikemas. 

Bila dah jadi macam tuh, biasanya saya cuba buat perkara lain dulu yang lebih gembirakan hati  sendiri, 

Begitu...Tenang..! (sambil tarik nafas dalam..)

Antaranya ialah, walaupun  umur dah nak memcecah ke 40 tahun dalam masa beberapa tahun lagi, saya masih suka dengan mainan keretapi ataupun jenis yang beroda macam kereta yang pintunya boleh dibuka atau yang boleh dikawal (RC). 

Dan saya juga adalah peminat barangan Takara Tomy antara yang paling saya suka ialah Plarail Set yang ada macam-macam jenis dan bentuk. Selain yang famous sekarang Beyblade. Tapi, untuk Beyblade tu saya belikan untuk anak sahajalah. Saya tengok dieorang main sama-sama.

cara beli takara tomy plarail murah


Cara Nak Beli Takara Tomy Plarail Train Set Dengan Murah:

Masa beli Takara Tomy Plarail ni saya dapat dengan harga diskaun di kedai .os (original flagship store) Takara Tomy dekat Shopee. Sambil tu kami gabungkan dengan barang-barang lain yang kami ada di rumah untuk bina Yamanote Line yang ringkas. 

Tak semua barang ni first hand, ada juga yang saya beli koleksi daripada orang lain daripada penjual yang letgo koleksi mereka (preloved). Mana-mana yang nak jual second hand tu kalau harga lebih murah saya beli kalau ada bajet lebih.

Biasanya, kalau sebelum beli tu kaji dulu bentuk-bentuk train rail yang boleh dibina. Nak naik ke turun , atau nak ada jambatan penyambung. Lepas tu kira lah jenis-jenis penyambung yang kena beli. Baru-baru ni ada juga yang jual preloved Plarail dekat Shopee, kena pandai-pandai cari mana yang harga berpatutan gitu. 

Tapi, make sure sebelum beli tu bacalah komen dan rating kedai tu dulu. Nanti tak pasal-pasal sampai yang tiruan pula, menangis tak berlagu kita.

Contoh-contoh kedai yang ada di Facebook dan Shopee yang jual first hand dan juga preloved Plarail Set, korang boleh tengok dekat ;

Takara Tomy OS : Shopee

Kiddiewinks         : Facebook / Shopee

Zukruff_Faizal    : Shopee 

Yang lain-lain ada juga kena cari-cari sampai jumpa yang ada jual dengan harga berpatutan. Setakat ni kedai yang okey seperti list atas nih. Jom tengok video saya share dekat Youtube cara kami anak beranak bina Plarail nih. hehe !


Anyways, kalau jumpa yang lagi murah dan original share dekat komen okeh !

Haulia Razali

Post a Comment

2 Comments

  1. Bestnya ada mainan train ni. Ralit bila tengok. Ada apa pada usia kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sis, ralit sebenarnye main mainan train mcm nih hehe

      Delete

Terima kasih atas komen dan sudi singgah blog saya