Cadangan Menu Berpantang Ibu Bersalin

Amatlah penting untuk ibu-ibu yang telah melalui proses bersalin dan mula berpantang mengamalkan makan makanan yang berkhasiat. Ini kerana selain untuk memudahkan proses pemulihan luaran dan juga dalaman, ibu juga perlukan khasiat penting untuk menjamin kesihatan yang baik untuk menempuh kehidupan baharu sebagai seorang ibu. Selain itu, khasiat penting juga akan disalurkan kepada bayi yang dilahirkan melalui proses penyusuan susu ibu. 

Keperluan Ibu untuk Berpantang dan Menjaga Pemakanan adalah untuk:

  • Supaya luka-luka akibat bersalin dapat sembuh dengan baik.
  • Bantu untuk memulihkan luka dalaman ibu bersalin.
  • Ibu-ibu dapat berehat sebentar selepas tempoh bersalin.
  • Memberi tenaga kepada ibu untuk menghadapi cabaran menyesuaikan diri dengan keadaan suasana baru selepas bersalin.

Ketika saya berpantang anak yang pertama, alhamdulillah saya berpantang dirumah mak dikampung. Saya jenis yang tidak memilih resepi menu berpantang dan pada awalnya tak naklah sehingga menyusahkan mak yang menjaga saya ketika itu. Pada hari cuti, suami juga turut membantu memasak, jadi lauk yang dimasak kebanyakan yang mudah-mudah disediakan.

menu 44 hari pantang bersalin

Jangkamasa wanita Malaysia kebanyakannya berpantang berbeza mengikut budaya dan adat contohnya;

  • Kebanyakan wanita Melayu berpantang selama 40 hari (hingga pantang 44 hari)
  • Di kalangan masyarakat Cina, lazimnya tempoh berpantang adalah 30 hari,
  • Dan masyarakat India pula kebanyakan berpantang bersalin selama 30 hari.

Antara Resepi Masakan yang Boleh Di Sediakan Ketika Berpantang ialah: 


Jenis masakan dibawah nih boleh dimakan jika tiada alergi. Macam saya semasa pantang minggu pertama je la makan lauk ikan, lepas tu makan lauk ayam je macam biasa. Bergantung kepada keadaan kesihatan ibu juga ye.

1- Isi Ikan Merah/Siakap Kukus dengan Pati Ayam


Menu Berpantang Untuk Ibu Lepas Bersalin

Bahan-bahan :
  1. Isi ikan merah/siakap 
  2. 1 botol Pati Ayam 
  3. Halia seinci (hiris nipis-nipis)
  4. Garam secukup rasa
Cara-caranya :
  1. Panaskan air hingga mendidih
  2. Lumurkan ikan dengan garam dan taburkan halia di atas ikan
  3. Stim ikan dalam 5 ke 10 minit
  4. Angkat dan buang air stim ikan tadi
  5. Tuangkan pati ayam diatas ikan
  6. Stim dalam 5 minit, kelurkan dan taburkan daun bawang untuk hiasan.

2- Isi Ikan Merah/Siakap Goreng Kunyit


resepi ibu berpantang 44 hari

Bahan-bahan :
  1. Isi ikan merah/siakap 
  2. Serbuk kunyit
  3. Garam secukup rasa
Cara-caranya :
  1. Panaskan minyak dalam kuali
  2. Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit
  3. Goreng ikan dalam kuali sehingga masak
  4. Sedia dihidangkan

3- Ikan Selayang Masak Asam Simple


resepi ikan masak asam

Bahan-bahan :
  1. 3 ke 5 ekor ikan selayang sederhana besar
  2. Cili masak 2 tangkai
  3. Bawang besar 1 biji ( 1/2 ditumbuk, 1/2 biji lagi dihiris nipis)
  4. Bawang putih 2 biji
  5. Asam jawa satu sudu
  6. Asam gelugor (asam keping) 2 keping
  7. Gula, garam secukup rasa
  8. Daun kesum jika suka
Cara-caranya :
  1. Tumbuk sekali cili masak, bawang besar dan bawang putih hingga lumat
  2. Rebus 2 cawan air dan masukkan bahan tumbuk
  3. Masukkan asam jawa dan asam keping
  4. Masukkan ikan selayang 
  5. Perasakan dengan garam, gula secukup rasa
  6. Jika tidak mahu ada cili, boleh keluarkan dari bahan tumbuk
  7. Masukkan hirisan besar tadi, dan juga daun kesum. Jika suka boleh tambah tomato juga.
  8. Sedia dihidangkan dengan nasi panas.

4- Sayur Taugeh Goreng dengan Tauhu serta Lobak Merah

Menu sayur yang boleh di sediakan semasa pantang seperti taugeh, sawi hijau, ataupun salad dan ulam-ulaman.

resepi tauhu dan taugeh

Bahan-bahan :
  1. Lobak Merah
  2. Taugeh segenggam
  3. Tauhu petak 1 ke 2 biji
  4. Bawang putih 1 ulas (hiris nipis)
  5. Garam, perasa.
Cara-caranya :
  1. Bersihkan taugeh, hiris lobak nipis-nipis
  2. Potong 4 ke 6 setiap tauhu
  3. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih hingga naik bau
  4. Masukkan lobak merah goreng sebentar
  5. Masukkkan tauhu dan tambah sedikit air panas, tumis sebentar
  6. Masukkan taugeh dan goreng sebentar
  7. Perasakan garam dan serbuk perasa jika suka.
  8. Apabila dan masukkan taugeh tidak perlu goreng lama sebab taugeh akan layu dan lembik.

5- Tauhu Jepun Goreng dengan Fish Ball dan Brokoli



Bahan-bahan :
  1. Tauhu jepun 1 tiub (Potong sedang-sedang)
  2. 1 pokok brokoli sederhana besar ( Potong kecil-kecil)
  3. Bebola ikan (jika suka)
  4. Bawang putih 1 ulas ( hiris halus)
Cara-caranya :
  1. Goreng tauhu jepun yang di potong tadi hingga garing dan ketepikan sebentar
  2. Sedikit minyak dipanaskan dan tumiskan bawang putih hingga sedikit garing
  3. Masukkan hirisan bebola ikan dan goreng hingga masak
  4. Masukkan brokoli 
  5. kemudian masukkan tauhu jepun tadi dan tambah sedikit air untuk rebus
  6. Perasakan dengan garam dan bahan perasa jika suka.
  7. Sedia dihidangkan.

6- Sup Ayam dan Kentang Simple


resepi sup ayam kentang

Bahan-bahan :
  1. Ayam setengah ekor ( kira-kira 6 ke 8 ketul setelah dipotong)
  2. Saya gunakan sup bunjut sahaja untuk lebih cepat
  3. Garam dan perasa jika suka
  4. Daun sup untuk menambah rasa dan bau sup yang harum
Cara-caranya :
  1. Bersihkan ayam tadi ketepikan sebentar
  2. Sediakan periuk dan susun ayam dalam periuk
  3. Tambahkan sedikit air dan hidupkan api, panaskan ayam sehingga darahnya mati (buangkan yang ketul-ketul hitam tu keluar)
  4. Kemudian perlahan tambah air dan masukkan sup bunjut serta rebus ayam sehingga masak.
  5. Masukkan garam, perasa atau stok ayam jika suka.
  6. Hidangkan sup dengan tambahan hirisan daun sup untuk menambah selera.

6- Ayam Masak Halia dengan Cendawan Shitake

resepi ayam halia dengan shitake

Bahan-bahan :
  1. 200 gram isi ayam hiris kecil
  2. Cendawan shitake 2 biji ( rendam dulu awal dua ke 3 jam sebelum masak)
  3. Halia 2 inci hiris nipis-nipis
  4. Bawang putih 2 ulas - dihiris nipis
  5. Sedikit tepung jagung untuk lumur ayam (dan untuk pekatkan kuah jika suka)
  6. Garam dan perasa (optional) 
Cara-caranya :
  1. Isi ayam dilumur dengan garam dan tepung jagung
  2. Panaskan sedikit minyak dan goreng ayam hingga masak
  3. Asingkan ayam tadi serta tinggalkan sedikit minyak dalam kuali
  4. Kemudian tumis bawang putih dan halia hingga sedikit garing
  5. Masukkan cendawan shitake yang telah dihiris kecil (saiz ikut suka)
  6. Tuang sedikit air, rebus cendawan hingga lembut
  7. Masukkan ayam yang digoreng terlebih dahulu tadi.
  8. Perasakan garam dan bahan perasa jika suka.
  9. Sedia dihidangkan

7- Ayam Goreng Kunyit Mudah dan Cepat


ayam goreng kunyit

Bahan-bahan :
  1. Ayam setengah ekor potong kecil
  2. Serbuk kunyit
  3. Garam secukup rasa
Cara-caranya :
  1. Panaskan minyak dalam kuali
  2. Lumurkan ayam yang telah dibersihkan dengan garam dan serbuk kunyit
  3. Goreng dalam kuali sehingga masak
  4. Sedia dihidangkan

8- Ayam Masak Sambal Lado Merah (Cili Merah)


ayam goreng sambal lado merah

Bahan-bahan :
  1. Ayam setengah ekor potong kecil
  2. Serbuk kunyit
  3. Garam secukup rasa
  4. Cili masak 2 tangkai
  5. Bawang merah 2 ulas
  6. Bawang putih 1 ulas
Cara-caranya :
  1. Tumbuk cili merah, bawang merah dan putih hingga lumat, ketepikan
  2. Panaskan minyak dalam kuali
  3. Lumurkan ayam yang telah dibersihkan dengan garam dan serbuk kunyit
  4. Goreng dalam kuali sehingga masak dan ketepikan sebentar
  5. Sedikit minyak ditinggalkan dalam kuali dipanaskan dan tumis bahan tumbuk
  6. Sehingga tumisan sedikit garing dan masak, campurkan dengan ayam goreng kunyit tadi
  7. Campurkan sehingga tumisan rata bersalut ayam
  8. Sedia dihidangkan.

9- Ayam Masak Kicap Simple


ayam masak kicap kurang pedas

Bahan -bahannya :
  1. Ayam 1/2 ekor potong kecil
  2. Serbuk kunyit
  3. Garam secukup rasa
  4. Bawang merah kecil 2 ulas (dihiris halus)
  5. Bawang putih 1 ulas ( dihiris halus)
  6. Halia 1/2 inci 
  7. Bawang besar dipotong bulat
  8. Daun bawang untuk hiasan
Cara-caranya :
  1. Goreng ayam setengah masak ketepikan
  2. Tumis bawang merah, putih dan halia hingga sedikit garing
  3. Masukkan 2 sudu kicap pekat@manis. 
  4. Kacau rata dan tambah sedikit air
  5. Masukkan ayam goreng dan kacau kuahnya sehingga ayam bersalut rata.
  6. Tambah air sedikit dan rebus seketika hingga ayam masak sepenuhnya.
  7. Taburkan bawang besar yang dihiris bulat
  8. Sedia dihidang bersama nasi panas.
  9. Taburkan daun bawang untuk hiasan

10- Daging Goreng Blackpepper dan Brokoli


daging goreng blackpepper dan brokoli

Bahan-bahan :
  1. Daging 200 ke 300 gram hiris nipis
  2. Brokoli 1 pokok potong kecil
  3. Bawang besar 1/2 biji dihiris sederhana besar
  4. Bawang putih 1 ulas hiris halus
  5. Serbuk lada hitam 1 sudu teh
  6. Sedikit kicap manis
  7. Garam dan perasa jika suka
Cara-caranya :
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng daging hingga masak, ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak, dan tumiskan bawang putih serta separuh bawang besar yang dihiris tadi.
  3. Masukkan kicap manis, serbuk lada hitam dan sedikit air serta ditumis
  4. Masukkan brokoli serta digoreng sebentar
  5. Kemudian masukkan daging yang telah digoreng tadi
  6. Tambah sedikit air serta gaul rata
  7. Perasakan dengan garam dan bahan perasa jika suka
  8. Sedia dihidangkan.


11- Daging Masak Lemak (Tidak Pedas)


daging masak lemak tak pedas

Bahan-bahan :
  1. Daging 300 gram
  2. Serbuk kunyit/ kunyit hidup ditumbuk halus
  3. 1 cawan santan @ susu segar rendah lemak
  4. Bawang merah 2 ulas
  5. Bawang putih 1 ulas
  6. Garam secukup rasa
  7. Asam gelugor 1 keping
  8. Daun kunyit dan serai untuk penambah rasa dan bau (jika suka)
Cara-caranya :
  1. Rebus daging hingga empuk
  2. Tambah bawang merah dan putih yang dihiris halus atau tumbuk
  3. Tambahkan air dan rebus sebentar
  4. Tambahkan santan/susu segar dan kacau jangan bagi berketuk (api perlahan)
  5. Tambahkan serbuk kunyit atau kunyit hidup yang ditumbuk tadi
  6. Tambahkan asam gelugor, garam dan gula ikut selera
  7. Masukkan serai/ daun kunyit kacau rata
  8. Sedia dihidangkan dengan nasi panas.

12- Sup Sarang Burung dan Longan 

sup sarang burung dengan longan kering

Bahan-bahan :
  1. Sarang burung 
  2. Longan kering
  3. Goji Beri
  4. Gula batu
Cara-caranya :
  1. Sarang burung mentah hendaklah direndam semalaman dalam air masak suhu bilik
  2. Kemudian sediakan slow cooker dan masukkan air 2 cawan (saya guna slow cooker yang kecil sahaja dalam kapasiti 1.2 liter)
  3. Kemudian masukkan sarang burung yang direndam semalaman tersebut dan juga longan kering serta buah goji (Goji Berry) satu sudu.
  4. Jika suka anda juga boleh masukkan American Ginseng (disarankan selepas 2 ke 3 minggu berpantang)

13- Ikan Siakap Masak Lemak Simple


ikan masak lemak simple

Bahan-bahan :
  1. Isi Ikan Siakap
  2. Serbuk kunyit/ Kunyit hidup ditumbuk lumat
  3. Bawang merah 2 ulas
  4. Bawang putih 1 ulas
  5. Setengah cawan santan atau susu segar rendah lemak
  6. Asam gelugor 1 keping
  7. Garam, perasa (optional) secukup rasa
Cara-caranya :
  1. Rebus air dalam periuk
  2. Masukkan semua bawang yang telah dihiris nipis-nipis
  3. Masukkan santan atau susu segar tadi dan kacau (api kecil sahaja)
  4. Agak-agak santan/susu dan masak boleh masukkan isi ikan
  5. Rebus hingga masak dan masukkan asam gelugor
  6. Perasakan asam, perasa ikut citarasa.
  7. Sedia dihidangkan.

14- Ayam Bakar Mudah dan Cepat Disediakan


ayam bakar simple

Bahan-bahan :
  1. Ayam bahagian peha ( dua bahagian)
  2. Serbuk lada hitam
  3. Garam dan madu
  4. Minyak masak atau minyak zaitun
Cara-caranya :
  1. Perap ayam dengan garam, madu dan lada hitam sekurang-kurangnya satu jam.
  2. Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius 15 minit sebelum masak ayam.
  3. Sapukan sedikit minyak masak atau minyak zaitun di atas ayam tadi.
  4. Bakar ayam dalam 40 minit ke satu jam atau sehingga ayam masak
  5. Lebih kurang setiap 15 minit keluarkan ayam dan sapu minyak masak/zaitun diatas ayam.

Menu Ikan Haruan dan Jamu Lepas Bersalin :

Selepas luka bersalin beransur pulih ataupun bayi anda sudahpun bebas dari sakit kuning, boleh la mula ambil menu ikan haruan ataupun mana-mana jamu tradisional jika suka bergantung pada tahap kesihatan diri dan juga bayi. Ini kerana ada bayi yang mula terkesan dengan perubahan pola makanan ibu, contohnya menghadapi cirit birit selepas ibu mula mengambil jamu. 

Oleh yang demikian terpulang kepada kaedah berpantang masing-masing yang terbaik dan dapatkan nasihat daripada pakar jika ibu ragu-ragu tentang khasiat makanan yang diambil.

Jadi diharap dengan cadangan menu berpantang yang ada nih, boleh korang plan nak masak apa untuk ibu yang baru lepas bersalin kan.

Ada lagi menu berpantang yang sedap ? Jom share dekat komen.

17 Comments

Terima kasih atas komen dan sudi singgah blog saya


[ Comments at your own responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988 ]

  1. Waaaa sedapnya! Rasa macam nak makan je semua :)

    ReplyDelete
  2. Aci tak kalau menu-menu nie boleh buat orang diet gak? Nampak sedap dan berkhasiat ye. Boleh la Rawlins ikut sekali dalam nak menurunkan berat nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aci sangat hehe ,boleh jugak tu dibuat menu diet sebab tak 'berat' nak masak.

      Delete
  3. lauk berpantang ni nampak je simple tapi sedap. bagus ada list menu senang untuk ibu2 refer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang listkan boleh refer ni nanti ,tq Bae : )

      Delete
  4. Wahhh semuanya sedap menu berpantang tu kak. Rasa nak hamil dan bersalin. Seterusnya berpantang ikut menu akak ni. Hahahahahhaa.

    ReplyDelete
  5. Sedap gak lauk2nya. Terus ngida asam pedas selayang. Rasa zmn dulu tau pakai ikan bilis + bwg putih, ikan singgang je. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Singgang ada juga tu lupa nak masukkan haha ! sedapkan asam pedas ikan selayang nih 😃

      Delete
  6. Jauh beza juga dengan menu berpantang Sis dulu.. sekarang nengok sedap-sedap orang makan dalam pantang.. Sis dulu semua singgang dan bakar ikan aje..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa stay dengan mak time berpantang ,alhamdulillah masak macam biasa sahaja menu nya..kalau jenis tak alergi boleh folo resipi kat list nih..Tq Sis Lin.

      Delete
  7. Thanks for sharing, untuk ibu yang baru bersalin dan dalam pantang memang bagus makan ikan kukus.

    ReplyDelete
  8. Bukan menu untuk ibu sahaja tapi untuk suami pun boleh juga pantang juga wakakakak sedap apa hehehe menarik dan menyelerakan...

    ReplyDelete
  9. Walaupun namanya menu pantang, tetap nampak sedap. Kadang suka gak mengendeng lauk orang berpantang ni :)

    ReplyDelete
  10. i am drooling just looking at these amazing recipes and dishes. gonna try them out even if i am not giving birth anytime soon!

    ReplyDelete
Previous Post Next Post