Cara Keluarkan Duit Dari Paypal ke Akaun Bank Tempatan

Kali ni saya nak berkongsi cara-cara nak keluarkan duit dari paypal dengan transfer ke mana-mana akaun bank tempatan kita yang sah contohnya Maybank, Cimb dan yang lain-lain. Tapi sebelum tu jom saya terangkan serba sedikit mengenai kaedah pembayaran melalui Paypal ini.

Apakah Itu Sistem Paypal :

Paypal ni adalah merupakan antara salah satu servis perbankan online yang mudah dan selamat untuk mana-mana individu atau organisasi dari luar negara transfer duit kepada kita secara online. Antara foundernya ialah Mr. Elon Musk individu terkaya didunia sekarang ni. Contohnya, jika kita jual barang di mana-mana platform online, atau contoh sebagai blogger kita terima job servis penulisan untuk customer yang berada diluar negara, jadi mereka boleh gunakan akaun Paypal sebagai salah medium pembayaran. 

Terdapat juga medium bayaran lain yang sering digunakan antaranya ialah TransferWise. Tapi nanti saya akan cerita di lain masa tentang medium TranferWise ini. Antara kelebihan jika anda ada akaun Paypal ialah ianya boleh link dengan kredit kad dan debit kad yang anda sedia ada.

Okey, apabila bayaran sudah dilakukan ke akaun Paypal kita, jika ingin guna wang tersebut maka kita boleh transfer ke akaun bank tempatan berdaftar kita. Kalau nak duit tersebut kekal berada di dalam akaun Paypal pun boleh sebenarnya, sebab mana tahu kalau-kalau kita nak shopping di laman Amazon ke kan?

cara keluarkan duit daripada paypal


Cara-cara Transfer Duit Dari Paypal ke Akaun Bank Tempatan:

1- LOG IN Akaun Paypal Anda

transfer duit paypal ke maybank

2- Klik pada TRANSFER FUNDS

keluarkan duit dari paypal

3- Klik pada TRANSFER TO YOUR BANK

cara transfer duit dari Paypal ke CIMB

4- Isikan BANK AKAUN INFO (
MAYBANK Meps Routing Code : MBBEMYKL)

transfer ke bank dari Paypal

5- Klik pada NEXT (Setelah segala maklumat diperlukan diisi.

cara nak transfer duit dari paypal

6- Okey lepas ni CHECK MAKLUMAT yang diisikan.

cara nak transfer duit dari paypal

7- Selesai dan klik DONE

cara-cara nak keluarkan duit dari paypal

Selepas dalam 2 ke 5 hari bekerja, korang dah boleh check akaun bank tempatan berdaftar tadi samada duit dari Paypal dah masuk ke belum. 
Semoga cara-cara diatas dapat membantu korang okey. Semoga berjaya.

Lea Razali

Post a Comment

4 Comments

Terima kasih atas komen dan sudi singgah blog saya