Kelebihan dan Khasiat Bird's Nest (Sarang Burung)

Khasiat Sarang Burung Untuk Kesihatan Kulit :

Bird's nest atau sarang burung sememangnya diketahui mempunyai khasiat yang tinggi untuk kesihatan dalaman kita. Diantara manfaat sarang burung kepada kecantikan dan kesihatan seseorang ialah, sarang burung mengandungi Epidermal Growth Factor (EGF) yang dapat bantu meransang dan menjana semula pertumbuhan sel badan. Selain itu, ianya juga mengandungi kalsium yang bagus untuk tulang dan gigi. Sarang burung juga mengandungi kolagen untuk membantu penuaan kulit yang lebih sihat.

Selain itu, sarang burung juga kaya dengan asid amino yang berfungsi membantu pembiakan sel percepatkan proses baikpulih tisu yang cedera. Selain untuk kecantikan kulit, sarang burung atau bird's nest ni juga boleh bantu tingkatkan imun badan dan juga sangat bagus untuk anda yang mengalami kulit yang sedang break-out.

Khasiat dan kebaikan bird's nest sarang burung untuk kulit

Khasiat Sarang Burung (Bird's Nest) untuk Kesihatan Secara Menyeluruh :

  • Bantu menganjalkan kulit
  • Melambatkan tanda-tanda penuaan
  • Memperbaiki tisu kulit yang rosak
  • Bantu memberi tenaga untuk tubuh kita
  • Menjadikan kulit lebih cantik dan halus

Bagi masyarakat Cina mereka kebiasaannya lebih suka dengan sarang burung yang dimasak dengan pelbagai herba-herba terpilih. Antara herba yang sering dicampur bersama adalah seperti American Ginseng, snow fungus 'tong sui' , goji berry, kurma merah berserta juga madu atau gula batu untuk menambah rasa. Mereka juga memperkenalkan sarang burung kepada anak-anak dari saat mereka masih kecil lagi. Jadi tidak hairan jika mereka mempunyai kulit yang halus dan cantik.

Sekarang dah banyak pengeluar yang memasarkan sarang burung secara sedia dalam botol dan dapat dinikmati terus oleh pengguna tanpa perlu dimasak lagi. Jadi ini pastinya lebih mudah untuk kita membuat pilihan dan juga mula amalkan minum sarang burung ini.

Jom share anda minum sarang burung (bird's nest) yang mana ye?

Lea Razali

Post a Comment

0 Comments