Menu Chicken Chop Sos Black Pepper Untuk Makan Tengahari

Anak-anak nih kadang-kadang tiba juga pe'el diaorang tak nak makan nasi. Jadinya tengahari saya buatkan menu chicken chop dengan sos black pepper simple je. Tapi, untuk coleslaw saya tak buat sebab tak cukup bahan, at last letak salad sahaja situ dengan french fries. Okey juga habis hehe.

resepi chicken chop homemade
Chicken chop dah siap tinggal nak tuang sos blackpepper

Resepi Mudah Chicken Chop & Sos Black pepper Istimewa Homemade :

Bahan-bahannya : 
  1. Beli daging ayam siap buang tulang ( chicken chop) - 1 pek ada 2 keping
  2. Serbuk roti secukupnya
  3. Tepung gandum atau serbaguna untuk salut ayam
  4. Telur 1 biji
Cara-caranya :
  1. Mula-mula ayam yang dah dibersihkan ditoskan.
  2. Lepas itu lap sikit dengan tisu dapur (kitchen towel) untuk keringakan sedikit
  3. Salut ayam dengan sedikit garam dan juga tepung serbaguna
  4. Kemudian , telur di pecahkan dan dikacau dalam bekas lain
  5. Masukkan ayam dalam telur sehingga rata ke seluruh permukaannya
  6. Salut ayam tadi dengan serbuk roti secukupnya
  7. Goreng dalam minyak panas sehingga masak

resepi sos blackpepper mudah dan sedap
Sos blackpepper homemade

Resepi Mudah Sos Black pepper Istimewa Homemade :

Bahan-bahannya ( untuk 1 portion chicken chop sahaja ) : 
  1. 2 sudu kecil serbuk black pepper
  2. 1 cawan susu segar (saya guna low fat)
  3. sedikit gula dan garam
  4. Kicap manis 1 sudu kecil
  5. Sos tiram 1 sudu kecil
  6. Bawang besar holland 1/2 biji ( cincang halus)
  7. Bawang putih 1 biji (cincang halus)
  8. Bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah
  9. Stok ayam (sedikit sahaja)

Cara-caranya :

  • Mula-mula panaskan sedikit minyak atau butter
  • Tumiskan bawang yang telah dicincang halus tadi sehingga sedikit garing
  • Masukkan kicap manis, sos tiram dan juga black pepper juga sedikit air , kemudian kacau rata
  • Masukkan susu segar dan kacau hingga masak
  • Perasakan dengan garam, gula dan juga stok ayam
  • Masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah.
  • Sedia dihidangkan 

Selamat mencuba semua.
Reactions

Post a Comment

14 Comments

Terima kasih atas komen dan sudi singgah blog saya

[ Comments at your own responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988 ]