Pertama Kali Rasa Air Bubble Bee Shuib Sepahtu

Sebenarnya dah lama dah pergi beli and try minum air Bubblebee Shuib Sepahtu nih tapi nak join juga la review. Beli masa sebelum PKP masa cawangan Mydin gelang Patah baru dibuka. Ramainya orang beratur nak beli. Lagi pula masa tu tengah promosi pembukaan memang macam kena hurung la kan kedai nih. Jadi, sedap ke tak sebenarnya air Bubble Bee Shuib nih? Korang dah try ke air BubbleBee menu yang paling sedap?

Jom baca review peribadi saya seterusnya. 

Manisnya Seperti Senyumanmu:


Saya beli tiga jenis air masa tu iaitu Golden Series Ice Cream, Chocolate Brownies dan juga Refreshing Honey Lemon. Antara ketiga-tiga nih saya rasa paling okey ialah Refreshing Honey Lemon. Fizzy gitu rasa dia. 

Sebab beratur tengah panas masa tu jadi saya sedut yang nih dulu haha ! Manakala untuk Chocolate Brownie rasa agak 'berat' pada saya. Tapi anak saya suka yang Chocolate Brownie nih.

Golden Series Bubble Bee Shuib Sepahtu :


Untuk Golden series ada madu flake, boba dan aiskrim vanilla serta cornflakes. Wow! berganda-ganda manis rasanya. Saya tak berapa suka manis tapi sebabkan nak rasa tadi dan dengan harga promosi masa pembukaan maka dibeli juga. Harganya memang biasalah untuk minuman dengan pelbagai bahan begini. Dan disebabkan ada madu jadi pada saya agak reasonable.

Saya rasa kalau untuk mereka yang dah biasa minum atau suka makan manis tak jadi masalah. Ikut pada selera masing-masing la kan. Pada saya kalau korang tak berapa suka manis boleh mintak staf kurangkan madunya jika order lagi nanti. Boleh je dieorang adjust inshaAllah.


sedap ke air bubble bee shuib sepahtu
comel pulak gamba lebah tu

manis sangat ke air bubble bee shuib sepahtu
Beratur di tengah panas

cawanganbubble bee sekitar johor bahru
Siap dah order saya !


Okey, cerita masa masuk kedai memang peramah semua staf. Beramai-ramai menyambut kita gituu. Segan pulak tiba-tiba hehe. Duduk kejap sambil tunggu air siap di kerusi yang ada disediakan untuk customer. Kedai kecil je sesuai la dengan konsep kedai air boba ni. 

Lokasi Kedai Yang Strategik :


Terletak dekat dengan lokasi medan selera jadi memang sangat sesuai untuk korang yang nak cuba rasa air nih sambil nak cari makan di deretan gerai makan yang berdekatan. 

Kedai BubbleBee yang saya singgah ni berhadapan dengan pasaraya Mydin yang terletak dalam satu kawasan. Jadi memang strategik sangat untuk tarik lebih ramai pelanggan. Saya suka sebab kawasan Mydin ni memang penuh dengan gerai makan hehe. 

Untuk korang yang nak rasa boleh la ke cawangan BubbleBee yang berdekatan. Boleh juga order dari Foodpanda jika berada dalam lingkungan kawasan penghantaran. 

Siapa dah rasa ? Jom komen apa pendapat korang kat bawah.

8 comments:

  1. tak pernah mencuba lagi air ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh cuba nanti, okey juga rasanya

      Delete
  2. singgah dan follow sini.. sampai skrng belum pernah cuba lagi bubble bee ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba nanti sis, dengar ada perisa baru

      Delete
  3. tak pernah rsa lagi but my bro ckp sedap

    ReplyDelete
  4. ni mesti mydin mall usj kan😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo tak..ni Mydin Gelang Patah Johor :)

      Delete

Terima kasih atas komen dan sudi singgah blog saya

[ Comments at your own responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988 ]