Poon Choi Fortune Treasure Pot Untuk CNY Family Dinner 2021

Sedihnya tahun ini kita tidak berpeluang merayakan sambutan Tahun Baru Cina 2021 bersama dengan seluruh ahli keluarga kerana kekangan PKP yang dilaksanakan. Ini kerana untuk mengekang penularan wabak Covid-19 daripada menjadi lebih teruk. Oleh kerana sebab nih, maka tahun nih saya buat sendiri salah satu hidangan makan besar iaitu Poon Choi.

chinese new year pen chai easy recipe
Poon Choi [ Fortune Treasure Pot ] Untuk CNY Family Dinner 2021 :

'Poon Choi' atau Pen Cai ni mengikut sejarah bermula sebagai hidangan Tahun Baru Cina tradisional di Hong Kong serta amat penting bagi masyarakat Hakka dan Kantonis di seluruh dunia. Disebabkan oleh ramuan-ramuan lazat yang dihidangkan sekali dalam satu bowl maka dikira diantara salah satu jenis masakan yang sangat istimewa. 

Biasanya, mak mertua yang akan sediakan hidangan ini dan saya biasalah lebih kepada memerhati dan membantu ditepi sahaja. Tapi, alhamdulillah mertua tak pernah lokek untuk berkongsi ilmu dan tips memasak pelbagai masakan Cina.

Antara bahan-bahan yang diperlukan untuk Poon Choi ini termasuklah ;

  • Udang harimau
  • Ayam panggang
  • Abalone - saya ganti dengan hirisan sotong dengan sos abalone
  • Cendawan shittake
  • Scallop
  • Kubis cina
  • Brokoli hijau
  • Lobak putih

poon choi ingredients
Bahan makanan disediakan dulu awal-awal

Abalone tu saya dah order yang halal dalam tin, tapi tiada rezeki sampai sebelum hari makan besar disebabkan masalah delay dalam penghantaran. Jadi saya ganti dengan hirisan sotong yang diperap dalam sos abalone. Ayam panggang tu saya beli yang dah siap dekat pasaraya Giant. 

Udang harimau tu salut sikit dengan garam dan lada putih dan perap sekejap. Lepas tu goreng kejap hingga separuh masak. Sayur-sayur tu direbus sekejap dalam lima minit dan terus rendam dalam air sejuk (berais) - Blanch. Ini bertujuan untuk pastikan ianya tidak terlalu layu dan kekalkan nutrisinya.

Udang Harimau Goreng


Untuk melapis, saya gunakan mangkuk seramik tahan panas berukuran 21 cm (diameter). Inipun mak mertua saya yang bagi masa awal-awal kahwin dulu. Kuah untuk Poon Choi mula-mula saya tumis bawang putih (hiris halus) dengan halia. Kemudian tambahkan cendawan shitake dan goreng sekejap.

Kemudian, tambah air dan rebus seketika. Tambahkan sos abalone dua sudu dan sos tiram juga dua sudu. Rebus sehingga pekat dan masukkan bahan-bahan seafood diatas dan rebus hingga masak.

Keluarkan bahan seafood dari kuah dan asingkan untuk disusun nanti dalam mangkuk. Kuah direbus lagi dan tambah sedikit bancuhan tepung jagung untuk lebih pekat.

1- Lapisan 1 (bawah): 

Lobak putih, kulit ayam/itik goreng atau BBQ, kubis cina, kulit tauhu goreng  ataupun akar teratai. Nampk macam complicated kan? Saya cuma letak lapisan kubis cina sahaja dengan lobak putih.

2- Lapisan 2 (tengah): 

Hirisan sotong,  cendawan shiitake atau jenis cendawan lain pun boleh juga.

3- Lapisan 3 (Atas)

Abalone, brokoli, ayam panggang atau kukus, cendawan shittake, udang harimau, fat choy (lumut hitam), isi ikan, atau apa juga yang dirasakan sesuai. Kali ni saya buat tak banyak pun bahannya, jadi at last ikut suka hati jugalah hasil yang ada. haha !

poon choi easy recipe
Gambar sebelum dituang dengan kuahnya

Dah pun siap ! Maka makanlah kami anak-beranak bersama kali ini. Semoga tahun ini akan menjadi lebih baik daripada tahun-tahun yang sebelumnya inshaAllah amin.

Happy Chinese New (Niu) Year kepada semua yang menyambut ! Anyway, jom layan kami ber Lou sang at home sahaja tahun ini.


Reactions

Post a Comment

18 Comments

  1. makan berkuah ye..mcm oden hehee :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kurang gitu sis, rasa sos abalone camtu :)

      Delete
  2. wahhhh nampak sedap la sotong dengan sos abalone tu. Nanti nak try jugak buat. Happy Chinese New Year :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Happy CNY, tq :). Sotong tu merancakkan rasa gitu

      Delete
  3. tak pernah makan camni lagi. nanti nak try nampak sedap je. udang paling favourite

    ReplyDelete
  4. wow! menarik ni, Lea. dpt ilmu dari MIL. buat sendiri. makan.
    semua tu sgt best. aida sendiri x pernah menjamu selera poon choi ni.
    if ada, sgt la nak merasa. bahan2nya semua ohsem.
    sayur. udang. isi ikan. sotong. sgt berkhasiat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba buat sendiri Aida. InshaAllah tak susah pun nih, rebus dan susun.

      Delete
  5. Sepertimana yang my mum and my late grandma buat gak. Dedulu memang akan beli macam2 seafood dan my mum and late grandma akan masak dulu. Kuah asing. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah ! bestnya, kan macam2 seafood dalam satu mangkuk tuh syok !

      Delete
  6. Macam sedap je makanan ni. hehe. saya tak pernah lagi merasa dan memang teringin je. lagi-lagi bila nampak sotong dengan udang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap ! rasa macam sup seafood, kalau nak lagi best buat sos cicah hehe

      Delete
  7. Happy chinese new year ya. Time CNY every year, i suka betul tengok my chinese friends share about their makan besar. Like so fancy lah all the foods.

    ReplyDelete
  8. Memang sedap ni.. dulu kalau atuk cina Sis buat, kami berebut nak amik abalonenya hahaha.. siap korek lagi dalam tin, kemudia topup dalam magkuk hahaha.. tahun ni alhamdulilah dapat makan set Poon Choi ni dari hotel..

    ReplyDelete
  9. I made this poon choi too last year but since tahun ni takde makan besar2an with family and friends, i tak buat pulak.. actually senang jer kan nak buat ni... abalone sauce tue macam mana ye? Tak pernah try this one before :)

    ReplyDelete
  10. Wah hebat you boleh masak poon choi juga, biasa during CNY kita memang buat dish ni.

    ReplyDelete
  11. omg girlllllllllllll. this is the first time i see a non-Chinese prepare poon choi and you are so talented!

    ReplyDelete
  12. waaa nampak lazat betul hidangan utk CNY nie.bolehlah buat utk makan2 dengan family sendiri kan. xperlu dine in kat luar dah

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan sudi singgah blog saya

[ Comments at your own responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988 ]