Resepi Cucur Ikan Bilis Lembut dan Sedap

Biasanya kalau masak cucur atau cekodok ikan bilis nih apabila sejuk je jadi keras. Tapi untuk kali nih resepi yang saya gunakan dah sejuk masih lagi lembut isinya. Ada sesetengah orang panggil jemput-jemput ikan bilis. 

Tapi apapun ianya adalah antara hidangan paling sedap samada untuk sarapan ataupun dikala minum petang. Anak-anak saya pun suka sangat makan cucur bilis lagi-lagi bila dicicah dengan sos cili. Kalau saya pula pekena dengan secawan kopi sambil layan drama petang pun best. 

resipi cucur ikan bilis dan bawang sedap

Cara Buat Cucur Bawang Ikan Bilis | Cekodok Bilis Sedap

Bahan-bahannya :

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh garam
  • 1 genggam ikan bilis dibersihkan
  • 1 biji bawang besar di hiris halus

Cara-cara masak cucur ikan bilis tanpa telur :

  • Campurkan semua bahan diatas
  • Kemudian tambah air suam atau panas dan kacau sebati
  • Panaskan minyak dalam kuali
  • Goreng cucur sesudu demi sesudu. Agak-agak masa nak masukkan dalam minyak tu besarnya.
  • Tunggu sedikit garing, atau warnanya bertukar sedikit kekuningan baru keluarkan.
  • Sedia dihidangkan dengan pencicah sama ada sos cili atau tomato.

Kalau nak tukar selera, boleh je nak tambah udang putih ke. Ada yang tambah hirisan daun kucai, kentang, sedikit gula untuk cucur bawang manis atau apa-apa bahan yang korang rasa nak makan. Ada juga yang tambahkan sebiji telur dalam bancuhan tepung tapi saya tak pernah pula cuba cara yang macam tu.

Selamat mencuba semua.

Reactions

Post a Comment

4 Comments

  1. memang sedapp..nak try buat juga cucur ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan petang2 dengan kopi sedapp !

      Delete
  2. Sedap cucur bawang dan ikan bilis rangup di luar. Sesuai sangat ni buat untuk minum petang. Senang pun sedap!

    ReplyDelete
  3. Sedapnya cucur bawang dan ikan bilis tu..

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan sudi singgah blog saya

[ Comments at your own responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988 ]