Senarai 26 Malaysian Mommy Blogger Yang Best Untuk Follow

Cabaran Blogging Tahun 2021


Saya suka follow dan baca blog mommy blogger popular. Antaranya sebab nak cabar diri berblog dengan aktif tahun ini. Saya sendiri berblog ni berkonsepkan mommy blogger Malaysia gitu. Perkongsian lebih banyak mengenai tips travel, tempat makan best, perkongsian kekeluargaan dan kadang-kadang tu tajuk random je. Tahun ni kalau dapat nak cuba review produk atau menulis dengan sebanyak mungkin inshaAllah.

Okey, buat yang belum kenal saya Lea Razali, pernah bertugas sebagai seorang Jurutera Kualiti di bidang pembuatan (Manufacturing) di Shah Alam sebelum berpindah mengikut suami yang bekerja di Johor Bahru. Kemudian memilih untuk berhenti kerja selepas lahirnya anak kedua dan tamat pengajian di UTM Skudai.

Blog saya asalnya aisyaharith.com tapi masa tu saya sibuk dengan hal rumahtangga dan kerja hingga terlupa renew domain. Akhirnya lahirlah blog yang baru ini iaitu Eksplorasilea.com

Dalam masa yang sama juga saya turut follow blogger terkenal malaysia dalam lingkungan yang sama. Tapi kan, nama je mommy blogger mereka nih, sebenarnya banyak info-info yang menarik dan penting yang selalu mereka kongsikan dalam blog masing-masing. 

Dan sebagai antara Malaysia mom influencer semestinya ada dikalangan mereka yang banyak direcognize oleh brand-brand besar untuk promosi dan juga duta produk mereka.

Dan semestinya boleh menjadi rujukan untuk kita yang sedang cari info dan panduan melalui blog nih. Ada di kalangan mommy blogger malaysia terkenal nih terdiri daripada golongan yang pakar dalam bidang masing-masing selain menjadi ibu serta surirumah yang berjaya. 


Lifestyle Mommy Malaysian blogger 2021


Okey, jom nak kenalkan dengan beberapa top mommy blogger popular Malaysia yang patut korang follow blog mereka antaranya ialah;

Senarai Pilihan Mommy Blogger Popular Malaysia Tahun 2021


1- Siti Awadah    Blog : www.sishawa.com


Dah berblog selama lebih kurang empat tahun bermula dari 2017. Beliau merupakan seorang ibu kepada enam orang anak dan juga surirumah sepenuh masa. Walaupun begitu, beliau telah berjaya menjana pendapatan dari Adsense tanpa gagal setiap bulan. Saya sangat terinspirasi dengan Sis Awadah nih sebab blog dia penuh dengan info terkini dan tergolong antara blog paling banyak dikunjungi pembaca melibatkan kekeluargaan dan juga panduan lain untuk blogger amatur seperti saya nih.

2- Ardini Humaira    Blog : www.ilhamdini.com

Dah berpengalaman selama 13tahun blogging bermula dari tahun 2008. Beliau merupakan ibu kepada dua orang cahaya mata dan pernah mengalami keguguran sebanyak lima kali. Puan Ardini telah mengambil langkah untuk berhenti kerja untuk keluarga ketika mengandungkan anak yang kedua (selepas lima kali keguguran). 

Tabahnya beliau walaupun begitu, meminati bidang penulisan sejak dari zaman sekolah lagi. Kalau ikutkan beliau ber-blog sekadar suka-suka lebih kepada konsep diari pada awal 2008 namun mula serius berkecimpung dalam bidang blogger sejak 2010.

3- Nabiha Mohd Mashut    Blog: www.biemohd.com 


Bermula pada tahun 2006 maka dan dekat 14 tahun dan pengalaman berblog. Blog beliau bermula dengan perkongsian sebagai bride-to-be, hingga mama-to-be kepada tiga orang cahaya mata yang masih suka dengan aktiviti DIY bersama keluarga dan anak-anak untuk menjimatkan kos. 

Ini sekaligus memberikan inspirasi kepada ibu bapa diluar sana yang sedang mencari idea untuk aktiviti DIY contohnya DIY untuk hari jadi, majlis akikah, dan lain-lain majlis serta aktiviti untuk anak-anak mereka.

4- Mrs. Pip    Blog: www.mrspip.com

Mrs.Pip berpengalaman ber-blog selama 6 tahun bermula dari tahun 2015 lagi. Beliau merupakan ibu kepada tiga anak dan juga seoarang surirumah sepenuh masa. Hobi beliau suka layan K-Drama, dan telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja bertujuan menjaga anak sendiri sejak tahun 2013. Lebih kurang sama macam saya nih, berhenti kerja untuk jaga anak sendiri juga. 

5- Azlinda    Blog: www.azlindaalin.com


Bermula pada tahun 2012 kira-kira hampir 8 tahun lebih juga berblog. Beliau merupakan seorang ibu kepada tiga orang anak. Beliau bekerjaya sebagai seorang Financial Consultant AIA, menjalankan online business dan menulis blog sebagai salah satu hobinya. Seorang yang pentingkan keluarga dan gemar menghabiskan masa lapang dengan pelbagai aktiviti bersama keluarga.

6- Fuzy Rahamah Hamid    Blog: www.iamfuzy.com

Berblog sudah kira-kira 15 tahun bermula dari tahun 2006. Lebih mesra dipanggil Umi oleh enam anak beliau dan juga seorang surirumah sepenuh masa. Pada mulanya menulis nih adalah sebagai suatu bentuk diari yang berkongsi pelbagai cerita termasuk kisah kehamilan, tugas sebagai agen pelancongan. Beliau juga berkongsi pelbagi jenis resepi masakan dalam blognya. Boleh lah terjah blog Puan Fuzy kalau nak cuba resepi-resepi yang dikongsikan di sana.

7- Mamy Syu    Blog: www.annursyuhadah.com

Telah berblog hampir 8 tahun bermula dari 2012. Mamy Syu merupakan Mommy Blogger Malaysia dan juga seorang ibu kepada 3 orang anak yang diberi nama Naufal, Nufael dan Hawraa. Puan Syu selalu berkongsi pengalaman beliau menjaga anak sendirian kerana PJJ dengan suami. Beliau juga tak lokek berkongsi tip penyusuan susu badan, review, resepi serta lifestyle suami isteri jarak jauh. (PJJ selama 9 tahun). 

8- Alia Farhan Said    
Blog: www.aliafarhan.com

Sudah berblog selama 13 tahun bermula 2008. Merupakan seorang ibu kepada dua orang puteri. Suka memasak dan juga travelling ke serata tempat. Beliau mula berblog untuk suka-suka serta tempat meluahkan perasaan dan stress ketika masa belajar dulu-dulu.

9- Wan Rokiah (Wawa)    Blog: www.mommywawa.com

Mula berblog selama lebih kurang 8 Bulan dari Mei tahun 2020. Merupakan seorang ibu kepada seorang anak dan juga surirumah sepenuh masa. Namun, dalam masa yang sama beliau menjana income bersama Shaklee dan juga Adsense. Selain itu beliau juga seorang youtuber di channel @wanrokiahwanismail & @vitaminwawa.

10- Chaza Xiaojie    Blog: www.cxopportunities.com

Puan Chaza dah berpengalaman selama lebih 10 tahun berblog bermula dari bulan Jun 2011 lagi. Merupakan ibu kepada tiga orang anak dan juga seoarang mommy blogger sepenuh masa. Beliau sangat suka menulis sejak dari kecil lagi. Menanam azam sejak muda lagi untuk dapat bekerja dari rumah sambil mendidik sendiri anak beliau membaca dan mengaji. 

11- Nurul Aleya (apakatamommy)    Blog: www.apakatamommy.com


Tempoh berblog Puan Nurul Aleya adalah lebih kurang 10 bulan bermula dari March 2020 namun kalau anda nak tahu, pelbagai info serta cerita boleh kita baca diblognya. Puan Aleya merupakan seorang ibu kepada seorang anak. Beliau sebenarnya sudah lama berkecimpung dalam dunia seorang blogger iaitu dari 10 tahun yang lepas dengan blog secantikmanis.com. 

Namun, selepas tamat pengajian dan mula bekerja blog pun semakin tertinggal. Tetapi minat menulis sentiasa ada, cuma katanya ada sedikit kekangan masa. Apabila berpindah ke Johor Bahru beliau terus join JDT blogger dan mulakan dengan blog baru. Bermula dengan niche  mommy blogger dan juga perkongsian resepi. 

12- Nora (Izarra)    Blog: www.ummizarra.com

Puan Nora sudah hampir 13 tahun berblog sejak dari tahun 2008 lagi. Merupakan ibu kepada 3 orang cahaya mata dan bekerja di sektor kerajaan (sekolah). Mulanya, permulaan blog lebih kepada minatnya untuk update kisah peribadi, pelbagai madah dan dijadikan seolah seperti diary.  Hingga waktu ini pun beliau masih mengekalkan entri yang pelbagai genre perkongsian. Suatu masa dulu beliau sangat aktif join event anjuran mana-mana sponsor namun mula kurang aktif kerana bertukar blog. Namun blog beliau [www.ummizarra.com] masih lagi aktif tau.

13- Ciktom    Blog: www.ciktom.com

Ciktom bermula dari tahun 2010, kira-kira hampir 11 tahun berblog. Beliau merupakan seorang ibu kepada sepasang cahaya mata dan juga fulltime mommy blogger. Pada awaknya, berblog lebih banyak share tips tutorial blogging dan cara menjana pendapatan secara online. Namun sekarang lebih banyak create awareness mengenai kaedah dan tips parenting, homeschooling & emas sebagai hobi beliau.

14- Yaya Azura    Blog: www.yayaazura.com

Berpengalaman selama 11 tahun berblog bermula dari bulan Januari, 2010. Merupakan seorang ibu kepada dua orang anak lelaki. Beliau mula aktif berblog sebagai salah satu bentuk diari yang menceritakan tentang perihal anak-anak. Kemudian beliau mula menjadikan blognya sebagai salah satu medium untuk menambah pendapatan. 

15- Rozita    Blog: www.ceritaita.com

Hampir 13 tahun bermula 2008 berblog , merupakan ibu kepada 5 orang anak. Empat lelaki dan seorang anak perempuan. Beliau bekerja sebagai Pegawai Veterinar disektor kerajaan dan suka membaca serta menulis sejak dari zaman sekolah lagi. Menulis blog pada mulanya sebagai hobi. Beliau  menulis semua cerita pengalaman hidup, kisah suka memasak dan mencuba resepi baru. 

Selain itu juga berkongsi pengalaman membesarkan anak-anak terutamanya melibatkan penyusuan susu ibu dan penyakit yang dihadapi oleh anak-anak. Puan Rozita juga suka berkongsi kisahnya travel serta tempat penginapannya ketika bercuti. Tidak lupa juga tempat makan yang best serta menarik untuk dikunjungi. 

16- Bonde Zaidalifah    Blog: www.bondezaidalifah.com

Mempunyai pengalaman selama hampir 11 tahun bermula dari tahun 2010 dan beliau merupakan Bonde kepada seorang puteri. Puan Zaidalifah menjadikan penulisan blog lebih kepada separuh masa. Blog beliau tertumpu kepada perkongsian mengenai lifestyle dan juga travel. Selain itu juga ada perkongsian resepi selain daripada review novel, review drama dan juga review produk kecantikan serta produk kesihatan dan juga fesyen terkini. 

17- Meksah    Blog: www.meksah.com

Beliau merupakan seorang ibu kepada seorang anak lelaki yang berumur 3 tahun. Berkerjaya di sektor swasta dalam bidang Essential Services. Meksah mula membina blog bermula dari bulan Jun 2020 untuk berkongsi informasi dan pengalaman hidup beliau di dalam blognya.

18- Fadzi Razak    Blog: www.fadzirazak.com

Berblog mengenai Malaysian family lifestyle termasuklah perkongsian tentang kekeluargaan, parenting juga berbagai jenis resipi. Jika anda nak tahu, beliau juga ada berkongsi tentang penghijrahan beliau dan keluarga ke Australia pada tahun lepas. Selain itu Puan Fadzi turut berkongsi tips-tips travel, organization, how to, tips dan juga review.

19-Maesarah    Blog: www.mysarahstories.com


Puan Maesarah mempunyai hampir 13 tahun, 2007 Mama anak 3. Asal menulis blog sekadar suka suka dan update tentang penyusuan anak, then jadi blog bisnes kejap. Pastu sharing tentang aktiviti seharian dan sekolah 

20- Atul Hamid    Blog: www.atulhamid.com

Blog Puan Atul bermula dari bulan September 2016 dan beliau merupakan Ibu kepada sepasang cahaya mata. Perkongsian blognya mengandungi banyak topik yang berkaitan dengan tips business, perkongsian tentang kecantikan, kesihatan, lifestyle, dan juga topik-topik personal. Banyak info-info kesihatan yang anda dapati jika membaca di blog Puan Atul ini dan memang memberi banyak manfaat kepada para pembaca. 

21- Zaza Azman    Blog: www.zazaazman8.com

Kembali berblog setelah 12 tahun berhenti dan mula aktif bermula tahun 2020. Puan Zaza mengguna nama samaran sebagai Mama monsta, mama utk sepasang anak-anak monsta sangat comel. Merupakan seorang fulltime housewife dan juga part-time blogger. Memulakan blog perkongsian dalam berbahasa Inggeris dan merupakan blog lifestyle yang mengisarkan perihal perkembangan anak-anak beliau. 

22- Marina Bashah    Blog: www.marinabashah.com

Bermula dari bulan Februari tahun 2019 dan juga seorang ibu bekerjaya. Beliau mempunyai tiga anak perempuan dan juga selalu berkongsi mengenai aktiviti persekolahan anak-anak beliau. Selain itu Puan Marina juga kerap berkongsi info tentang program anjuran sekolah anak selain aktiviti pembelajaran yang dilangsungkan di rumah dan juga kelas-kelas online yang dihadiri oleh anak-anak beliau. 

23- Aida Hanafiah    Blog: https://www.adianiez.com/

Puan Aida mempunyai hampir 11 tahun 9 bulan pengalaman berblog dan juga seorang ibu kepada tiga orang anak. Buat masa sekarang masih bekerja sepenuh masa namun tidak menghalang beliau untuk terus menulis blog. Antara perkongsian beliau diblog adalah seperti kisah hidup berkeluarga dan juga aktiviti-aktiviti kekeluargaan. Selain itu beliau juga bercerita tentang percutian beliau di merata tempat, selain dari idea dekorasi dan juga susun atur rumah juga perkongsian tentang isu-isu semasa.

24- Siti Rohaida    Blog: https://kisahsidairy.com

Berpengalaman berblog selama 11 tahun bermula dari tahun 2010. Ibu kepada dua orang anak perempuan dan lebih berkongsi cerita tentang kekeluargaan, kecantikkan dan apa jua yang rasa ingin dikongsi. Beliau juga berjaya menjadikan blognya sebagai salah satu sumber pendapatan sampingan.

25- Norhana Rosmida Blog: www.hannamaruku.com


Selama 14 tahun berblog mulai dari tahun 2017. Merupakan seoarng ibu kepada dua orang anak. Berkerjaya sebagai seorang HR Practitioner di pejabat dan juga blogger secara separuh masa. Antgara hobi beliau adalah suka menulis dari zaman universiti dan berkongsi pelbagai jenis resipi, travel dan perihal anak-anak. Beliau juga salah seorang Young Living Distributor juga dan suka kongsi mengenai pengalaman beliau sendiri menggunakan natural remedies untuk wellness anak-anak.

26- Sharina (opzzpinky)    Blog: www.opzzpinky.com

Berpengalaman berblog selama 11 tahun bermula dari September tahun 2010. Merupakan seorang ibu kepada sepasang anak bernama Edan dan Eshal. Mula-mula dahulu menjadikan blogsebagai tempat untuk meluahkan perasaan namun sekarang dah jadi tempat untuk mengaut rezeki. Wow! bestkan sambil blog boleh jana pendapatan juga kan ?. Dengan genre lifesytle blogger,  beliau juga tidak lokek untuk berkongsi ilmu, pengalaman dan pelbagai tips secara menyeluruh di dalam blognya.

Okay, tamat dah list kesemua 26 pilihan mommy blogger (Malaysian) kali ini. Rasa tak terlambat juga untuk ucapkan terima kasih kepada Bite Media Consultant yang membuka ruang untuk para blogger belajar ilmu blogging. Rasa sangat bertuah kerana sejak kenal komuniti Biters dari tahun lepas, ramai blogger dapat bersama-sama belajar mendalami ilmu dan juga praktikal mengenai selok belok dunia blogging ini. 

Lea Razali

19 comments:

  1. Heyy ada blog I lah..hehe.
    Thanks. Terus sukses ya leya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you sis :) sama2 sukses inshaAllah amin

      Delete
  2. Tahniah kepada mommy blogger yang tersenarai... semuanya hebat-hebat belaka, Sy dari www.bondezaidalifah.com

    ReplyDelete
  3. Moga bloggers terus rajin menulis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah amin, terima kasih Amie

      Delete
  4. hai .. mrs pip jenjalan sini.
    wah semua list best2.,
    ada yang saya tak follow lagi ni.
    ok, kena follow juga ni, suka baca tips2 menarik dari mommy blogger, lagi2 part penjagaan anak kecil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Mrs Pip, jomm follow best2 nih

      Delete
  5. thanks for sharing.. nnt nk follow semua mummyblogger ni

    ReplyDelete
  6. hi lea. ~ I've been admiring and following these amazing inspirational mom bloggers for quite some time too ~ thanks for sharing this and including my blog too

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome & thanks to you too sis Zaza :) Let's all succeed, inshaAllah amin

      Delete
  7. Hye lea. Thank sharing. Salam perkenalan.

    ReplyDelete
  8. Hai.. kita ada tersenarai.. yeay! semoga semuanya yerus konsisten dan aktif!

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum, sis hawa sini. datang singgah lawat blog lia. TQ sbb masukkan nama blog sis di list. =D

    ReplyDelete
  10. Menarik dan best List Mommy Blogger kali ini..

    ReplyDelete
  11. hebat dan luar biasa semuanya..

    ReplyDelete
  12. Tahniah semua mommy blogger..anda semua hebat :)

    ReplyDelete
  13. thanks Lea...singgah menerjah kat sini

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan sudi singgah blog saya

[ Comments at your own responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988 ]