Tesco Malaysia Rasmi Bertukar Nama Ke Lotuss Stores

Mula-mula dulu sebelum bertukar ke Tesco, seingat saya bermula dengan Makro. Ingat lagi sebab masa tu sibuk borong barang goodies nak bagi tetamu majlis kahwin. Tak lama kemudian baru tukar ke Tesco. Dan akhirnya sekarang dah jadi Lotuss Stores.

Jika korang nak tahu, Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd telahpun dijual kepada Kumpulan Charoen Pokphand (CP) Thailand. Pengambilalihan itu diluluskan oleh Suruhanjaya Persaingan Perdagangan Malaysia (MTCC) pada November 2020.


Tesco dah rebrand ke Lotuss Store


Saya suka beli barang jenama Tesco macam keropok, biskut-biskut dia. Lagi satu barang frozen food. Lebih jimat dan berbaloi. Ramai yang beri feedback di laman Facebook Tesco Malaysia tentang harapan mereka supaya pelbagai barangan jenama Tesco dikekalkan. Tapi jawapan dari pihak Tesco nampak macam tergantung je.

barangan jenama Tesco murah

Apapun kita doakan semoga rebranding kali membawa sinar yang lebih baik untuk pengurusan pasaraya Tesco dan semestinya membawa lebih banyak penjimatan untuk rakyat Malaysia.

Lea Razali


Post a Comment

2 Comments

  1. betul..suka beli biskut tesco..ade satu tu macam biskut ikea rasa pon lebih kurang..alahai..nampaknya mcm xde je lepas ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann ! biskut2 jenama Tesco tu memang sedap belaka..

      Delete

Terima kasih atas komen dan sudi singgah blog saya