Assalamualaikum semua, hari ni saya nak share dengan korang resepi Biskut Coklat Chips ( Chocolate Chips Cookies) yang sangat sedap dan mudah disediakan. Rasa dia lebih kurang macam jenama biskut terkenal, pada saya laa. Biasanya saya buat biskut nih untuk anak-anak dirumah, tapi ada juga untuk tempahan kawan-kawan dan jiran sekitar sini.


chocolate chips cookies easy recipe


Bestnya biskut nih ialah kita boleh adjust kandungan gula dan bahan dalam biskut ikut kesesuaian citarasa korang. Pernah juga saya sediakan untuk order ibu yang menyusu anak, kawan saya sendiri. Katanya, tiap kali dia makan biskut coklat chips nih macam jadi milk-booster untuk dia. Surprise juga la saya masa dia bagitau macam tu. Tapi apapun alhamdulillah sebab berjaya bantu kawan saya banyakkan susu badan.


Cara Buat Chocolate Chips Cookies Mudah

Okey jom tengok bahan-bahannya :

  • Coklat chips 100 gram
  • Tepung gandum 300 gram
  • Serbuk penaik 1/2 sudu teh
  • Soda bikarbonat 1 sudu teh
  • Gula kastor 100 gram
  • Gula merah (Brown sugar) 100 gram
  • Kuning telur 1 biji
  • Butter (mentega) 250 gram
  • Esen vanila 1/2 sudu teh

Cara-cara penyediaannya :

  • Mula-mula pukul butter dan semua gula dalam mangkuk adunan sehingga sebati (saya pukul guna tangan sahaja)
  • Masukkan kuning telur dan esen vanila serta pukul sebati
  • Tepung digandum diayak bersama dengan soda bikarbonat dan serbuk penaik
  • Masukkan adunan tepung dalam adunan butter (mentega) sikit demi sikit berselang seli dengan cip coklat sehingga habis dan sebati
  • Panaskan oven 170 ०C kira-kira 15 minit sebelum mula membakar adunan
  • Susun secara bulat-bulat atas dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega (untuk elakkan adunan dari melekat semasa dibakar) 
  • Turunkan suhu ke 165 ०C ~ 155 ०C ikut oven masing-masing dan bakar adunan selama 15 minit minimum. 

** tempoh membakar tu boleh jadi lebih lama ikut spesikasi oven. Kalau belum masak selepas 15 minit boleh tambah masa membakar dalam 5 minit lagi.

Okey selamat mencuba semua. 

Lia Razali