Assalamualaikum semua, agak-agak korang kan bila sempadan negeri akan dibuka ye? Lama betul tak berjalan ke luar dari negeri Johor nih. Nak jalan-jalan ke Melaka, ke Negeri Sembilan melawat sanak saudara gituu.

Kalaulah sempadan negeri dah dibuka nanti kan, inshaAllah jika ada rezeki tempat pertama nak pergi ialah : Rumah mak dekat kampung. 

Lamanya tak balik kampung. Boleh panjat pokok (untuk anak-anak lah...) mak budak dah bersara kerja-kerja panjat pokok nih hehe. Lepas tu kait mangga pauh, makan cicah garam atau kicap pedas. 

mangga pauh kampung
kecur air liur tengok mangga pauh

balik kampung PKP

Lagi apa ye? Oh...makan lauk pauk mak masak sampai bertambah dua pinggan nasi. Teruk sangat dah ni rasa homesick hehe. Memang teringin betul nak balik kampung sekarang.

Anyway korang macam mana? Mana tempat pertama nak pergi kalau sempadan negeri dibuka?

Lea Razali