15 Cadangan Resepi Berbuka Puasa Mudah dan Sedap

Sedang mencari resepi lauk berbuka puasa yang mudah dan sedap disediakan? Jom kali ini saya nak kongsikan dengan semua antara resepi yang dah boleh masak dan disediakan untuk menu berbuka puasa nanti.

Resepi Menu Berbuka Puasa Mudah dan Sedap :

resipi berbuka puasa cepat


Jom kita tengok antara senarai resepi yang boleh dimasak untuk keluarga nanti.

1.    Sambal Ikan Sardin Dengan Kentang


Sambal Ikan Sardin Dengan Kentang

Bahan- bahannya seperti :
  • 4 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 2 biji bawang putih (ditumbuk)
  • 1 tin sardin saiz sederhana
  • 5-8 tangkai cili padi (ditumbuk)
  • 2 tangkai cili merah/besar (ditumbuk)
  • 1 biji kentang (hiris sederhana nipis)

Cara-caranya:
  • Masukkan sedikit minyak ke dalam kuali. Goreng kentang dahulu dan ketepikan
  • Kemudian gorengkan ikan sardin, kuahnya diasingkan
  • Tumis bahan tumbuk hingga naik bau
  • Masukkan sos ikan sardin tin tadi dan tambahkan sedikit air. Tumis hingga masak.
  • Kemudian masukkan sardin ke dalam masakan dan juga kentang goreng.
  • Sekiranya kuah kering tambahkan sedikit air. Perasakan masakan secukupnya

2.    Ikan Tenggiri Masak Kicap Mudah


Ikan Tenggiri Masak Kicap Mudah

Bahan- bahannya seperti :
  • Ikan tenggiri sederhana besar potong 4 (atau beli yang blok pun boleh)
  • Serbuk kunyit untuk salut ikan
  • Bawang besar saiz sederhana 1 biji
  • Kulit kayu manis sebesar ibu jari
  • Bunga lawang 2 biji
  • Cili hijau 1 tangkai
  • Bawang merah 2 ulas 
  • Bawang putih 1 ulas
  • Kicap 
  • Sos cili 1 sudu
  • Sos tomato 1 sudu ( tiada pun tiada masalah)
  • Gula 
  • Garam secukup rasa

Cara-caranya :
  • Bersihkan ikan dan perap dengan garam dan kunyit sebentar
  • Panaskan minyak dan goreng ikan tengiri hingga setengah masak
  • Sementara itu tumbuk bawang merah dengan bawang putih
  • Hiris melintang (membulat) bawang besar 
  • Hiris menyerong cili hijau
  • Asingkan ikan yang telah digoreng tadi.
  • Biarkan sedikit minyak, panaskan dan tumiskan bunga lawang dan kulit kayu manis serta bahan tumbuk hingga naik bau.
  • Tambahkan sesudu cili sos dan sos tomato ke dalam bahan tumis ,gaul dan tumis hingga masak
  • Masukkan kicap dalam 3 ke 4 sudu ke dalam kuali gaul dan tumis sebentar 
  • Tambahkan garam dan gula secukup rasa
  • Masukkan sedikit air dan rebus sebentar
  • Kemudian masukkan ikan tenggiri yang setengah masak tadi dan rebus sebentar.
  • Akhir sekali masukkan bawang besar yang dipotong membulat juga cili hijau tadi.
  • Gaul rata dan sedia dihidangkan.

3. Udang Masak Sambal


sambal udang senang dimasak

Bahan-bahannya :
  • Udang sederhana besar 2 genggam (dalam 200 gram)
  • Cili kisar satu senduk nasi (saya guna cili kisar dalam peket yang ada tulis kurang pedas)
  • Bawang kecil merah 6 biji
  • Bawang putih 4 biji
  • Gula 2 sudu makan
  • Asam jawa 1/4 sudu makan
  • Asam keping 1 (yang kecil)
  • Garam secukup rasa

Cara-cara masak sambal udang cepat dan sedap seperti dibawah :
  • Tumbuk atau boleh juga kisar bawang merah dan putih. 
  • Panaskan minyak dan tumis kan bahan di atas sehingga naik bau dan agak-agak garing. 
  • Masukkan cili kisar dan tumis lagi. 
  • Masukkan gula dan sambung tumis sehingga cili benar-benar masak dan kemerahan. 
  • Kemudian, masukkan air asam jawa serta asam keping tadi. 
  • Tumis semua sehingga agak kering dan tambahkan garam sedikit. 
  • Kemudian masukkan udang (Udang juga boleh di goreng dahulu jika kulitnya tidak dibuangkan sepenuhnya)

4. Daging Masak Lemak Cili Api


masak lemak cili api

Daging 300 gram
  • Serbuk kunyit/ kunyit hidup ditumbuk halus
  • 1 cawan santan @ susu segar rendah lemak
  • Bawang merah 2 ulas
  • Bawang putih 1 ulas
  • Cili padi segenggam ditumbuk
  • Garam secukup rasa
  • Asam gelugor 1 keping
  • Daun kunyit dan serai untuk penambah rasa dan bau (jika suka)

Cara-caranya :
  • Rebus daging hingga empuk
  • Tambah bawang merah dan putih dan cili padi yang dihiris halus atau tumbuk
  • Tambahkan air dan rebus sebentar
  • Tambahkan santan/susu segar dan kacau jangan bagi berketuk (api perlahan)
  • Tambahkan serbuk kunyit atau kunyit hidup yang ditumbuk tadi
  • Tambahkan asam gelugor, garam dan gula ikut selera
  • Masukkan serai/ daun kunyit kacau rata
  • Sedia dihidangkan dengan nasi panas.

5. Kari Ikan Tongkol Dengan Tomato



Bahan-bahannya :
  • 2 ekor ikan tongkol sederhana ( potong 3 bahagian setiap ekor)
  • 1 peket rempah kari (dijadikan pes)
  • 1 kotak (200ml) santan
  • 3 1/2 sudu makan cili giling
  • 3 biji tomato muda
  • 1 sudu kecil pes asam jawa
  • Garam / gula secukup rasa
  • Daun kari

Bahan-bahan tumbuk lumat :
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 biji bawang merah
  • 1 inci halia

Cara-caranya :
  • Bersihkan ikan tongkol belah 3 bahagian setiap ekor
  • Belah tomato 4 bahagian setiap biji
  • Panaskan minyak masak
  • Tumiskan bahan tumbuk sampai naik bau
  • Tambah pes kari dan kacau sampai pecah minyak dan garing
  • Tambahkan cili giling dan masak lagi sampai pecah minyak
  • Tambah sedikit air dan biarkan cili giling benar-benar masak
  • Tambahkan air dalam 2 cawan dan biarkan mendidih
  • Masukkan potongan ikan tongkol biarkan masak
  • Masukkan tomato
  • Didihkan sebentar dan masukkan santan kotak
  • Kacau supaya santan tidak berketul
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa
  • Tutup api setelah santan masak.

6. Ikan Siakap Stim Halia



Bahan-bahan:
  • Ikan siakap seekor 
  • Halia satu inci (sebesar ibu jari tangan)
  • Bawang putih 2 ulas
  • Daun bawang
  • Sos tiram
  • Kicap manis/biasa
  • Cili potong (optional*) Optional* = Nak letak atau tidak pun terpulang pada individu

Cara-cara :
  • Bersihkan ikan dan lumur dengan garam. 
  • Kemudian hiris halia nipis2 dan letakkan pada ikan dan stim hingga separuh masak
  • Buangkan air stim tersebut.
  • Tumiskan bawang putih sehingga agak garing
  • Kemudian tambahkan sos tiram yang dicampur air panas sedikit serta kicap manis.
  • Tuangkan pada ikan yang telah masak/di stim tadi.
  • Sedia dihidang dengan nasi panas.

7. Sambal Sotong Sedap


Sambal Sotong Sedap

Bahan-bahannya:
  • Sotong Besar dan segar 3 ekor
  • Bawang merah 4 Biji 
  • Bawang Putih 2 ulas
  • Cili giling 3 sudu Makan
  • Gula 1 sudu Makan
  • Garam 2 Sudu Teh
  • Asam Jawa 1/2 sudu Makan

Cara-Cara:
  • Bersihkan Sotong dan potong kecil 
  • Tumbuk lumat bawang merah dan putih
  • Panaskan minyak masak
  • Tumis bawang merah & putih yang telah ditumbuk/blender tadi
  • Tunggu sehingga naik bau dan setengah masak
  • masukkan cili boh/cili giling 
  • Tumis lagi dan masukkan Gula, Asam jawa
  • Tumis sehingga cili benar2 masak dan pecah minyak
  • Masukkan hirisan sotong 
  • Gaul rata tumisan dan sotong 
  • Masukkan garam (sesedap rasa)
  • Tunggu sehingga sotong agak masak
  • Hidangkan

8. Ayam Masak Buttermilk



Bahan-bahannya
  • Fillet ayam - 300 -500 gram dipotong kecil
  • Tepung jagung/gandum - saya guna campuran kedua tepung
  • Serbyk kari - optional
  • Daun kari 2-3 tangkai (ambil daun sahaja)
  • Cili 2-3 tangkai dicincang
  • Bawang putih 2 ulas (dicincang halus)
  • Butter (3 sudu)
  • Garam, gula
  • Perisa
  • Susu cair 1 cawan

Cara-caranya adalah :
  • Mula-mula tepung gandum dan jagung dicampurkan ( nisbah 1 tepung jagung: 2 tepung gandum) - contoh satu sudu tepung jagung tambah 2 sudu tepung gandum.
  • Campuran tepung boleh dicampur sedikit dengan serbuk kari kalau suka.
  • Lumur ayam dengan sedikit garam dan salut ayam dengan campuran tepung.
  • Goreng ayam
  • Panaskan butter sehingga cair dan tumis bawang putih yang telah dicincang halus tadi, masukkan juga daun kari sehingga naik bau.
  • Masukkan hirisan cili tadi jika suka sedikit rasa pedas.
  • Masukkan susu cair, reneh sebentar,
  • Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi.
  • Masak sehingga kuah sedikit pekat. 
  • Tambah garam dan gula serta bahan perasa jika suka secukupnya.

9. Ayam Panggang Mudah dan Sedap


ayam panggang mudah

Bahan-bahan diperlukan:
  • Ayam separuh atau 1 ekor terpulang
  • Kentang 2 biji
  • Serbuk Lada Hitam kasar
  • Garam
  • Madu

Cara-cara :
  • Bersihkan ayam dan kentang 
  • Belah kentang cara memanjang
  • Lumur dengan garam secukupnya pada ayam dan kentang
  • Kemudian tuangkan madu dan lumurkan kepada ayam dan kentang sehingga rata
  • Taburkan serbuk lada hitam pada ayam dan kentang sehingga rata keseluruhannya
  • Letak kentang dahulu kemudian ayam diatasnya dalam bekas tahan panas oven.
  • Bahagian tulang dada ayam hendaklah dibakar dahulu (letak ayam menghadap ke atas)
  • Panaskan oven sehingga suhu 200℃ 
  • Selepas suhu stabil masukkan ayam dan kentang dan bakar sehingga 30 minit.
  • Selepas itu, keluarkan dari oven dan terbalikkan bahagian ayam. Air ayam yang keluar boleh disapu semula di kulitnya.
  • Masukkan semula ke dalam oven dan bakar lagi dalam 20 ke 30 minit.
  • Kemudian kurangkan suhu oven ke 160℃ ke 180℃ ikut oven anda dan bakar sehingga kira-kira 15 ke 20 minit.
  • Keluarkan ayam dan periksa samada telah masak. Jika belum tambah masa bakar dalam 10 minit lagi.
  • Sedia dihidang bersama kentang atau nasi dan sebagainya.


10. Ikan Merah Masak Tempoyak



Bahan-bahannya :
  • 2 keping daging ikan merah
  • Sehelai daun kunyit hiris kasar
  • Setengah senduk nasi tempoyak
  • garam dan gula
  • 1 cawan santan pekat - jika suka bersantan
  • 1 batang serai diketuk

Bahan blend/tumbuk :
  • 8 tangkai cili padi
  • kunyit hidup
  • 4 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih

Cara-caranya :
  • Hidupkan api kecil
  • Masukkan bahan yang sudah diblend/tumbuk dan daun kunyit dalam periuk
  • Sentiasa dikacau dan kemudian masukkan tempoyak serta dibiar mendidih
  • Masukkan ikan, garam dan gula secukup rasa
  • Masukkan santan dan kacau perlahan jangan berketul
  • Masak hingga kuah pekat dengan api yang sederhana
  • Sedia dihidangkan

11. Tempe Goreng Sambal Ikan Bilis


Tempe Goreng Sambal Ikan Bilis

Resepi Tempe Goreng Sambal dengan Ikan Bilis :

Bahan- bahan :
  • Tempe satu plastik
  • Ikan bilis saiz sederhana segenggam
  • Cili besar merah 1 tangkai
  • Cili padi 4 tangkai (optional kalau nak pedas lagi boleh tambah cili)
  • Bawang merah 4 ulas
  • Bawang putih 1 ulas
  • Garam dan gula

Cara-caranya :
  • Potong petak kecil tempe sederhana nipis
  • Basuh ikan bilis dan toskan airnya
  • Tumbuk bawang merah, putih, cili besar dan cili padi sampai lumat
  • Goreng tempe hingga rangup (api sederhana besar)
  • Kemudian goreng ikan bilis hingga rangup (api kecil) dan ketepikan 
  • Tumis bahan tumbuk sampai naik bau dan masak
  • Tambah garam dan sedikit gula secukup rasa
  • Masukkan tempe goreng dan ikan bilis tadi dan gaul rata
  • Siap untuk dihidangkan

12. Telur Masak Kicap Sedap & Cepat


telur mata masak kicap sedap


Bahan-bahannya:
  • 5 biji telur
  • 1 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos cili
  • 4 sudu cawan kicap lemak manis
  • Sedikit stok ayam
  • Hirisan membulat bawang besar untuk hiasan

Cara-caranya :
  • Mayang nipis bawang putih dan bawang merah
  • Goreng telur sebiji demi sebiji dan asingkan
  • Tumis bawang merah dan putih hingga naik bau
  • Masukkan semua jenis sos dan tumis sebentar
  • Masukkan kicap dan kacau serta masukkan sedikit air
  • Tambahkan stok ayam dan sedikit garam jika masih tiada rasa
  • Tambahkan air setengah cawan dan kacau lagi
  • Masukkan telur tadi biarkan didih
  • Taburkan hirisan bawang besar.
  • Sedia dihidangkan.

13. Ayam Masak Merah Mudah



Bahan-bahannya adalah:
  • Ayam setengah ekor (Potong 8 bahagian)
  • Serbuk kunyit
  • Gula dan garam
  • Cili giling 4 sudu makan
  • Pes asam jawa 1/2 sudu makan
  • Rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih)
  • Serai 1 -2 batang di ketuk

Bahan Tumbuk :
  • Bawang merah 4 biji
  • Bawang Putih 3 biji
  • Halia 1/2 inci

Cara-caranya :
  • Mula-mula perap ayam dengan kunyit dan garam, kemudian goreng sehingga separuh masak. Kalau suka garing boleh goreng garing.
  • Kemudian tumiskan rempah 4 sekawan sampai naik bau
  • Tambahkan bahan tumbuk dan tumiskan sampai sedikit garing
  • Tambahkan cili giling dan tumis sehingga pecah minyak
  • Masukkan pes asam jawa dan garam 1 sudu teh, gula dalam 1 - 2 sudu makan
  • Tumis sebentar dan masukkan serai
  • Kemudian tambah air 2 cawan kecil ( dalam 400 ml )
  • Tumis sehingga cili masak dan sedikit kering
  • Masukkan ayam yang telah digoreng awal tadi
  • Gaulkan semua dan tambah air - biarkan sehingga ayam masak sepenuhnya.
  • Angkat dan sedia dihidangkan.

14. Sizzling Tofu Jepun





Cara-caranya:
  • Tauhu (tofu) telur 2 tiub, potong 6 keping / tiub
  • 150 gram daging, cincang samada daging ayam atau daging lembu
  • 3 cendawan shiitake kering, direndam lembut dan cincangkan
  • 3 ulas bawang putih, cincang
  • 20 gram halia, cincang (1 sudu besar)
  • 1 biji bawang merah dihiris nipis
  • 2 biji telur, dipukul untuk hotplate
  • 1 1/2 cawan air
  • 1 cawan minyak masak, tofu telur digoreng dahulu dan ketepikan
  • 1/4 cawan minyak masak untuk menggoreng daging 

Untuk daging :
  • Campurkan daging cincang dengan kicap, garam, lada putih, tepung jagung dan minyak bijan. Biarkan diperap sekurang-kurangnya 30 minit.

Untuk Tofu Jepun:
  • Gorengkan tofu jepun yang telah dipotong tadi sehingga kulitnya garing
  • Campurkan semua bahan sos ke dalam mangkuk kecil ketepikan
  • Biarkan dalam 1 sudu besar minyak dalam kuali. Panaskan minyak di atas api sederhana. Tumis bawang merah yang dihiris, bawang putih cincang dan halia hingga wangi.
  • Masukkan daging cincang dan tumis sehingga agak masak
  • Seterusnya masukkan campuran sos dan kacau hingga sebati. Masukkan air dan didihkan. 
  • Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah.
  • Masukkan tauhu telur goreng dan kacau hingga sebati dan ketepikan sebentar

Sediakan Hotplate:
  • Panaskan hotplate di atas dapur dengan api sederhana dan beruskan dengan sedikit minyak masak. Tunggu sehingga hotplate sudah mulai panas. 
  • Tuangkan telur dan sudukan telur ke semua sudut hotplate dan biarkan telur separuh masak.
  • Perlahan-lahan tuangkan tauhu telur dan campuran sos daging cincang di atasnya.
  • Angkat dari dapur, taburkan dengan daun bawang cincang dan cili merah yang dihiris dan hidangkan panas-panas dengan nasi.

15. Kari Ayam Dengan kentang Bersantan


kari ayam dan kentang

Bahan-bahannya:
  • Setengah ekor ayam dipotong sederhana
  • 2 biji kentang belah 4
  • 3 sudu besar rempah kari ayam/daging (campur dengan air untuk jadikan ianya pes)
  • 2 sudu besar cili giling
  • Satu sudu kecil asam jawa (dicairkan dengan air)
  • 1 kotak kecil santan (200 ml)
  • Perasa garam dan gula

Bahan Penumis:
  • 1 tangkai daun kari
  • 2 Biji Bunga cengkih
  • 2 batang Kayu manis
  • 3-4 biji pelaga
  • 1 inci Halia
  • 1 biji Bawang besar (dihiris halus)
  • 2 biji Bawang putih (dihiris halus)

Cara-caranya :
  • Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang sudah dihiris halus. Tumis hingga sedikit garing
  • Selepas itu masukkan rempah kari yang sudah dibancuh dengan sedikit air menjadi pes dan tumis lagi hingga pecah minyak. Kemudian masukkan cili giling dan sedikit air tumis hingga garing.
  • Kemudian masukkan ayam dan gaulkan hingga separuh masak
  • Masukkan sedikit air dan kentang tunggu hingga kentang hampir empuk.
  • Masukkan santan dan kacau hingga masak dan kentang empuk
  • Perasakan dengan garam dan serbuk perasa.

Selamat mencuba semua. Semoga Ramadan kali ini lebih baik lagi dari tahun-tahun yang sebelumnya, inshaAllah. Jangan lupa untuk komen dan share dengan kawan-kawan korang. 

22 Comments

Terima kasih atas komen dan sudi singgah blog saya


[ Comments at your own responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988 ]

  1. what a good ideas for para para ibu :)

    ReplyDelete
  2. Yeah boleh dijadikan panduan untuk memasak bulan puasa ni. Kekadang sampai buntu nak masak apa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga bermanfaat, betul kadang abis idea juga nak masak apa hehe

      Delete
  3. Senang je masak semua menu ni kan. Tinggal malas atau rajin je. Akak tengok menu terus masuk dapur. Hahahhaa. Nak masak jap lg.

    ReplyDelete
  4. bulan puasa ni rasa nak masak yang simple je. tak larat. panas betul. thank you, resepi kat atas ni semua ringkas dan senang.

    ReplyDelete
  5. Menu ni bukan boleh guna waktu berbuka sahaja , waktu sahur masa lunch lepas puasa pun boleh gunakan. Save terus sebab banyak yang sedap dan senang nak masak.

    ReplyDelete
  6. bestnya ada banyak resepi senang nak rujuk kan. tahun ni macam malas nak update menu berbuka haha

    ReplyDelete
  7. Bagus ada resepi macam ni. Akak suka juga cari resepi camni. Mudahhhhhhh. Kadang-kadang takda idea nak masak apa. Search kat Internet terus. Hehe

    ReplyDelete
  8. Sedap semua masakan yg dipaparkan. Nanti boleh Cuba bula dah xde idea nak masak apa

    ReplyDelete
  9. Banyaknya resepi yang mudah nak masak, boleh cuba ni nanti satu persatu..

    ReplyDelete
  10. Semua menu yang selalu masak harian. Boleh la refer sini. sy memang suka menu macam ni esp yang sambal sotong, sardin dengan telur kicap. uuu, makan dengan nasi panas2, sedapppp

    ReplyDelete
  11. Uishhhh,, ada ni kiranya dah settle menu berbuka puasa for 15 days ahhh... takyah pening2 fikir nak masak apa.. (Y)

    ReplyDelete
  12. Ada yang dah buat ada yang belum buat resepi di atas. Boleh ambil ni..hahaa..kadang kering idea nak masak

    ReplyDelete
  13. senang bila ada senarai resipi ni. nak berbuka masak simple2 je pun dah okay. :)

    ReplyDelete
  14. Biasanya kalau bulan puasa, masakan yang simple2 macam ni la yang paling best. Thanks for sharing!

    ReplyDelete
  15. Hahaha. Jangan citer kat orang lain but sambal sardin dan telur tu adalah dua menu paling banyak ulangtayang kat rumah Rawlins hahaha

    ReplyDelete
  16. Wah! This looks absolutely delicious! Thanks for sharing these easy recipes and cant wait to make it :)

    ReplyDelete
  17. wah banyak jugak tu 15 resepi mudah..boleh la buat nanti..kadang memang tak cukup masa nak masak..kene masak yang ringkas ringkas je :D

    ReplyDelete
  18. yang mana ad ikan tu terpaksa skip sebab tak makan ikan hahaha nampak sedap and mudah semua resipi ni tq for sharing

    ReplyDelete
  19. Sedap2 semua lauk tu.. Kalau sambal ini sedap makan masa sahur.. hehehe

    ReplyDelete
  20. Sambal ikan sardin dengan kentang tu memang favourite Faiq betul. Tu kalau makan dengan Nasi panas uishh memang sedap!!

    ReplyDelete
Previous Post Next Post