Assalamualaikum semua, macam lama tak cerita pasal Shaklee dalam blog. Ya ! saya masih lagi pengedar Shaklee yang sah alhamdulillah cuma agak busy dengan anak-anak & urusan rumah jadi tak berapa promote. Hari ni nak cerita tentang EPO atau evening primrose oil yang ada dalam produk GLA Complex dari Shaklee


Evening Primrose Oil (EPO) :


Evening Primrose Oil (EPO) ini biasanya digunakan dalam bentuk suplemen dan juga untuk tujuan kosmetik. Bahan aktif yang terdapat dalam EPO adalah termasuk asid lemak Omega-6, asid Linoleik (asid lemak perlu). Asid lemak perlu adalah penting dalam badan bagi tujuan tumbesaran dan perkembangan tubuh kita secara sihat.

Untuk pengetahuan korang, dalam Evening Primrose Oil (EPO) itu juga mengandungi GLA (Gamma-Linolenik Asid).  GLA merupakan bahan binaan bagi Prostaglandin yang merupakan salah satu bahan yang membantu mengawal pelbagai fungsi tubuh, termasuk kesihatan kulit kita. Asid Gamma Linoleik  ini sangat bagus untuk bantu menstabilkan kembali hormon dalam badan, terutama bagi wanita yang ada masalah hormon tidak stabil akibat menopaus atau kerana masalah lain.

Beberapa wanita juga telah berjaya menggunakan EPO untuk mengurangkan gejala ketidakselesaan akibat dari menopaus.

Namun Untuk individu tertentu mungkin ada kesan sampingan EPO iaitu [1]:

  • Gangguan gastrointestinal seperti cirit-birit, kembung perut, loya
  • Sakit kepala selepas pengambilan EPO

GLA Complex daripada Shaklee dihasilkan daripada Borage Seed (dengan antara 17 – 25% khasiat sumber asli GLA). Borage mengandungi lebih dari dua kali ganda GLA berbanding dengan EPO dan juga tiga kali lebih berkesan dari EPO.



Antara Kebaikan GLA Complex Shaklee ialah ?

  • Membantu kitaran haid yang lebih teratur.
  • Membantu melegakan PMS (Pre-Menstruation Syndrome)
  • Membantu dalam menangani menopause.
  • Bantu kuatkan kuku & rambut.
  • Jadikan kulit lebih sihat & berseri-seri.
  • Mengandungi vitamin E untuk kulit yang cantik dan bantu kurangkan jeragat.
  • Menguatkan imun badan
  • Bagus untuk saraf.

Ramai dah berpuas hati dengan mengamalkan GLA Complex nih. Jika berminat boleh contact saya ye, isi je borang contact dekat tepi blog ni okey.

Rujukan : [1]