Baru Nak Cuba Masak Rendang Minang Mudah Disediakan

Assalamualaikum semua, sejak awal puasa hari tu dengan kesihatan yang sedang nak mula pulih dari demam, saya tak berapa nak memasak sangat. Penat pula berdiri lama dekat dapur. Tapi semalam badan alhamdulillah rasa semakin baik dan lebih bersemangat. Ada juga ke pasar beli barang-barang dapur dan persediaan merendang. 

Biasanya kalau dekat kampung rumah mak, aktiviti awal ramadan ialah merendang dan juga buat kuah kacang juga masak lodeh untuk seisi keluarga. Macam dah jadi tradisi setiap kali menjelang ramadan berkumpul ramai-ramai menikmati juadah bersama. Sedih juga rasa tak dapat balik lagi ke kampung tahun nih.

Famili sebelah mak saya memang pure Minang dari tanah Sumatera Barat (Bukittinggi, Indonesia). Jadi rendang minang ni dah macam suatu kemestian jika ada acara besar contoh majlis kahwin, bertunang, sambut menantu atau hari kebesaran seperti Hari Raya dan menjelang ramadan. Kalau arwah paklong tua saya masih ada, biasanya hampir tiap tahun arwah akan ke sana melawat saudara mara.


Resepi Rendang Daging Minang.

Apapun, doa-doa moga hari raya nanti kes Covid-19 menurun dan kita semua dapat pulang ke kampung berkumpul bersama sanak saudara, InshaAllah. Okey, semalam saya cuba juga la sediakan rendang daging untuk anak-anak, rindu kata anak dengan rendang nenek. Jadi, saya kongsikan dengan korang semua juga ok cara-cara nak masak rendang daging Minang nih.


cara masak rendang daging minang


Bahan-bahan yang diperlukan :


  • Daging lembu 500-700 gram ( untuk hidangan 4 ke 5 orang)
  • Santan kelapa pekat 500 ke 700 ml (saya guna jenis kotak sahaja)
  • Bawang merah 8 biji 
  • Bawang putih 5 biji
  • Halia sebesar ibu jari ( dua inci )
  • Lengkuas sebesar penumbuk dewasa ( saya memang suka kalau ada banyak lengkuas dalam rendang)
  • Serai 2 batang 
  • Asam keping 2 keping
  • Cili api kisar 1 sudu makan (jika nak pedas boleh tambah lagi satu sudu)
  • Cili kering kisar 3 sudu makan
  • Serbuk kunyit 1 sudu teh
  • Garam dan gula
*Lengkuas dan halia ditumbuk dahulu
*Bawang merah dan putih dihiris nipis-nipis (nak blend pun boleh)

Cara-cara penyediaannya :

  • Potong daging bentuk kiub-kiub sederhana besar (kalau kecil sangat nanti daging hancur dalam rendang) - bersihkan dan toskan airnya
  • Panaskan kuali dan letak daging bersama hirisan bawang merah dan putih, lengkuas dan halia yang sudah ditumbuk - Gaul rata sebentar sehingga air daging sedikit kering
  • Kemudian masukkan kedua-dua jenis cili juga serbuk kunyit dan gaulkan dengan daging tadi 
  • Tambah sedikit air, pastikan sentiasa digaul untuk elak daging hangus dekat dasar kuali.
  • Kemudian tambahkan santan dan juga serai. Kacau lagi sampai daging hampir empuk.
  • Kalau daging belum empuk, tambahkan air dan biar mendidih dalam 10 minit kemudian tutup api dan tutup rapat kuali dalam 7 minit ( ni macam nak beri kesan seperti pressure cooker untuk cepatkan daging empuk)
  • Jika daging dah empuk, boleh masukkan asam keping. Perasakan garam dan sedikit gula jika guna santan kotak. 
  • Kemudian kacau lagi sehingga kuah mula kering dan boleh disediakan untuk hidangan.

resepi rendang minang negeri sembilan


Alhamdulillah jadi dah rendang daging Minang saya. Daging pun empuk tak liat dimakan. 

Kalau suka boleh tambah kerisik juga dalam rendang daging ini. Tapi kalau orang minang memang mereka tak guna kerisik dalam rendang dan juga tidak perlu ditumis.

Tips santan untuk rendang ikut resepi ni ialah : 

Jumlah santan ikut berat daging. Sekilo daging maka sekilo jugalah santannya.

Selamat berpuasa semua dan semoga amalan kita diterimaNya dibulan yang mulia ini. 

InshaAllah amin.

8 Comments

Terima kasih atas komen dan sudi singgah blog saya


[ Comments at your own responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988 ]

  1. rendang minang ni basah2 ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh basah boleh dikeringkan juga sis, kalau nak tahan lama biasa mak2 keringkan. Saya suka yang basah2 sikit

      Delete
  2. yummy..thank you sharing resepi

    ReplyDelete
  3. aduhai makan dengan lemang ni perkkkhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itula ade lemangnya beli yang instan jela hehe

      Delete
  4. Mudah disediakan.. tambah tak menggunakan kerisik.. Makan dengan lemang best nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedapnya dengan lemang..memang favourite !

      Delete
Previous Post Next Post