Assalamualaikum semua, alhamdulillah dah masuk bulan Ramadan kita ye. Selamat berpuasa semua. Hari nih pagi-pagi dah belek Shopee, hehe ! Bukan apa minggu lepas kena demam panas dekat tiga hari juga menanggungnya. Panas tak kebah-kebah sampaikan tonsil dan leher bengkak. 

Doktor kata mungkin sebab ada jangkitan bakteria atau virus. Lepas makan antibiotik dan ubat surut bengkak barulah rasa lega sikit. Lepas tu sampai ke hari nih kena sembelit pulak. Sakit je perut rasa nih.

Masa tengah scroll tuh yang keluar asyik satu produk fiber nih iaitu Kitsui Belly Loss Fiber (15g x 15s) dalam harga RM35 + sekotak. 

Kitsui Belly Loss Fiber (15g x 15s)
Nampak menarik kan?

Lagipun nampak juga ramai blogger lain yang dah try dan bagi feedback yang bagus. Produk ini terdiri dari gabungan 9 jenis Buah-Buahan yang di perkaya dengan vitamin & mineral. 

Antara kebaikannya ialah Belly Loss Fiber ni dapat membantu bersihkan kolon daripada pengumpulan toksik dan mencegah pembentukan kumpulan toksin yang baru. Dan yang penting tiada kesan seperti cirit birit. 

Selain itu, ianya juga dapat membantu melancarkan sistem percernaan kita.

Share dengan korang juga la antara tanda-tanda badan berlebihan toksin :

  • Masalah kulit
  • Perut berasa kembung dan tidak selesa
  • Ada masalah bau badan
  • Bau mulut yang kuat dan busuk
  • Badan cepat letih
  • Berat badan semakin naik

Rasa macam nak beli dah, tapi masih ragu-ragu. Ada yang dah try ke? Okey ke tak ye. Jom share experience korang yang dah consume fiber dari Kitusi nih. 

Terima kasih semua.