Antara resepi biskut raya yang popular dan boleh kata mahal juga jika dibeli sebalang, tapi sebenarnya mudah dibuat ialah Biskut Almond London. Dengan resipi almond london sukatan cawan ringkas sebenarnya banyak kuantiti biskut ini yang boleh kita dapat untuk sekali adunan.


biskut almond london resipi mudah


Jom saya sharekan resepi biskut Almond London sukatan cawan yang biasa saya ikut;


Bahan-bahan mentega (A): 

  • 1 cawan mentega (saya guna Buttercup) / 250 gm (biasa dijual)
  •  3/4 cawan gula icing 
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanilla

Bahan-bahan tepung (B) :

  • 2 1/2 cawan tepung gandum 
  • 2 sudu besar tepung beras 
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 sudu teh serbuk penaik

Bahan Coklat dan Almond (C):

  • Coklat masakan - lebih kurang 700 gm ( boleh guna coklat Beryl's, Tulip ataupun Le Bourne)
  • Almond nibs untuk hiasan secukupnya
  • Papercup secukupnya 
  • 2 cawan coklat masakan yang dicairkan menggunakan kaedah double boiler.
  • Boleh tambah satu sudu kecil mentega untuk efek coklat yang berkilat nanti
  • Almond secukupnya (biasa saya beli 100 gram tu dalam lebih kurang 120 biji) 
  • Panggang semua almond termasuk almond nibs dalam ketuhar pada suhu 150 °C selama kira-kira 15 minit.
  • Kalau almond bersaiz besar boleh la dipotong dua.


Cara-cara untuk membuat biskut Almond London : 

  • Campurkan semua tepung (B) dan serbuk penaik serta diayak rata.
  • Gaul bahan mentega (A) sampai sebati dengan guna senduk kayu sahaja. 
  • Kemudian masukkan bahan tepung (B) sedikit demi sedikit sambil diuli. 
  • Jika doh masih lembik boleh tambah tepung dan jika agak keras boleh tambah sedikit mentega.
  • Uli sehingga cukup sekadar sampai doh tak melekat di tangan.
  • Gentel doh dan masukkan 1 atau setengah biji almond. Saiznya sepatutnya sedikit kecil dari papercup sebab nanti akan mengembang lepas dibakar. 

almond london sukatan cawan

  • Buat hingga habis dan susun biskut dalam dulang pembakar
  • Bakar biskut pada suhu 170°C selama kira-kira 25 minit. Masa mungkin berbeza ikut jenis dan saiz ketuhar masing-masing. 
  • Bila biskut dah masak, sejukkan terlebih dahulu. Bila dah sejuk boleh lah disalutkan dengan coklat.
  • Letak biskut dalam cawan kertas dan boleh dihias dengan badam cincang. 
  • Biarkan coklat keras dan simpan dalam bekas kedap udara.

Selamat mencuba semua.

Lia Razali