Bulan Mei yang bakal diserikan dengan sambutan Hari Ibu sudah tentu akan diceriakan lagi dengan pemberian hadiah Hari Ibu ataupun sambutan bersama yang tersayang. Namun, ada juga yang masih keliru dengan jenis hadiah Hari Ibu yang sesuai bukan?

Untuk perkongsian kali ini, saya akan kongsikan beberapa idea yang sesuai untuk dijadikan pemberian kepada ibu anda yang tercinta.


Antara Idea Hadiah Unik & Menarik Untuk Hari Ibu :

hadiah menarik untuk hari ibu


1. Smart TV atau Peralatan Elektrik :

Ibu-ibu sudah tentu sudah bersusah payah dari pagi hingga ke malam menjaga keluarga dan memastikan keperluan ahli keluarganya mencukupi. Jika anda ada bajet yang lebih, anda boleh belikan ibu anda sebuah Smart TV yang pastinya akan menggembirakan hatinya setelah penat berpenat lelah. Dengan Smart TV, ibu dapat menonton rancangan kegemarannya melalui saluran seperti Netflix, Youtube dan sebagainya. 


Beli di SHOPEE

Selain itu, perkakasan elektrik lain seperti periuk tekanan (pressure cooker), mesin pembersih vakum tanpa wayar (Cordless Vacuum) juga boleh dijadikan pilihan. Ia pastinya akan memudahkan kerja-kerja ibu anda di rumah.


2. Pakej Rawatan SPA/ Urutan Badan :

Ibu kita adalah orang yang rajin dan tidak mementingkan diri sendiri, maka inilah masanya berikan hadiah yang dapat memberi ketenangan dan kegembiraan untuk menghargai diri mereka sendiri. Dengan rawatan spa yang berpatutan, ibu anda akan merasa gembira kerana dapat memanjakan diri mereka di spa dan bantu melegakan tekanan mereka.


3. Kek atau Manisan :

Pastinya Hari Ibu yang bakal diraikan bersama ibu masing-masing akan jadi lebih meriah dengan makanan yang sedap seperti kek dan juga manisan. Anda boleh membuatnya sendiri jika berkemahiran ataupun tempah sahaja dengan yang pakar untuk diraikan bersama ibu nanti.

Beli di SHOPEE


4. Set Pakaian/ Tudung/ Set Telekung Berkualiti :

Jika dilihat sekarang sudah ramai yang mengeluarkan jenama telekung eksklusif yang sesuai dijadikan hadiah untuk ibu. Dengan kainnya yang lembut, berkualiti tinggi dan juga tidak panas apabila dipakai pastinya akan lebih disukai dan selesa dipakai oleh ibu. 

Beli di SHOPEE


5. Barangan Perhiasan Diri :

Adakah ibu anda seorang peminat barang perhiasan diri? Jika ya, anda juga boleh menambah koleksi mereka dengan menghadiahkan ibu dengan barangan kemas seperti cincin, rantai ataupun gelang tangan. Sebagai salah satu tanda penghargaan ibu yang telah membesarkan anda dengan penuh kasih sayang.

Beli di SHOPEE MALL

6. Makanan Kesihatan/ Produk Kecantikan :

Seiring dengan masa, ibu juga meningkat usia dan menua. Berikan mereka makanan kesihatan yang dapat membantu mereka mengharungi hari yang sibuk dengan lebih bertenaga. Tetapi diharapkan anda juga perlu tahu tahap kesihatan ibu supaya jenis makanan atau produk kesihatan itu bersesuai dengan keadaan kesihatan mereka.

Beli di SHOPEE MALL


7. Hantaran Kejutan (Surprise Delivery) :

Aturkan suatu kejutan untuk ibu dengan hantaran hamper yang besar sempena Hari Ibu nanti. Hamper boleh diisi dengan pelbagai jenis makanan dan barangan yang menarik untuk ibu. Pasti ibu akan tersenyum lebar nanti.


8. Beg Tangan Berkualiti :

Wanita dan beg tangan pastinya tidak dapat dipisahkan. Pilihan beg tangan yang trendy dan evergreen pastinya akan melengkap gaya ibu anda. Berikan beg yang berkualiti dan dapat menyerlahkan penampilan ibu. 

Beli di SHOPEE MALL

Jika anda tidak tahu beg yang sesuai, bawa mereka keluar dan belikan ibu pilihan hatinya sendiri.


Semoga ibu yang diraikan nanti akan berada dalam keadaan yang sihat sejahtera dan gembira selau disamping keluarga dan anak-anak. 

Selamat menyambut Hari Ibu yang bakal menjelang tiba.


Lia Razali