Cara Isi Masa Lapang Ketika PKP Dilaksanakan

Masa PKP nih kadangkala boleh jadi bosan juga lama terperap dekat rumah. Nak keluar pun bukannya boleh berjalan jauh sebab sempadan daerah pun ditutup. Jadi masa yang terluang ni saya gunakan untuk tonton cerita baru di Netflix ataupun main online game. 



Isi Masa Lapang Dengan Online Games Percuma:

Saya ni sejenis tak suka nak download games banyak-banyak di telefon sebab akan gunakan banyak ruang memori dan slowkan telefon. Jadi untuk itu saya main online games yang percuma sahaja di mana-mana website yang boleh dipercayai.


Isi masa lapang tanpa bosan

Sebut tentang online games nih kan, saya teringat kenangan lama pada masa sebelum permainan mudah alih sekarang ada. Dulu-dulu masa pertama kali abah belikan komputer antara permainan yang paling saya suka ialah Solitaire dan juga Minesweeper


Lepas tu dulu kalau musim cuti sekolah tiba ,saya selalu juga ke Mall untuk main arcade games yang gunakan koin tu. Tapi ikut juga la sebab kena kumpul duit sendiri kalau nak main permainan yang ada di situ. 


play free online games
klik sini untuk cuba main

Paling tidak pun masa balik kampung, saya akan cuba pinjam video game console milik sepupu ataupun jiran nenek pada masa tu. Nak beli sendiri masih belum mampu. Antara permainan yang popular pada zaman itu ialah Super Mario, Tetris Building Block dengan Space Invader.


Untuk permainan Minesweeper nih, kalau nak menang kita mesti letakkan bendera dekat petak yang tertentu bermaksud kotak tersebut ada periuk api. Kalau salah letak habis la meletup dan game over! Sebenarnya petunjuk dia ada pada nombor-nombor yang keluar apabila kotak diklik. 


Jadi kita kena la teka dan tandakan dengan bendera tempat periuk api itu berada. Sebenarnya permainan ni diasaskan dari kaedah kebarangkalian matematik, jadi sangat bagus untuk asah minda kita sambil bermain.


Cara nak kenalpasti periuk api tersebut kita mesti gunakan petunjuk dari petak yang sudah diklik. Setiap nombor yang keluar mewakili bilangan periuk api yang ada di sebelahnya. Pada saya Minesweeper ni antara salah satu permainan computer yang betul-betul menguji kesabaran, tapi dalam masa sama kalau menang tu rasa macam wow, lega! 



Hidupkan Semula Kenangan Zaman Kanak-Kanak :

Sekiranya korang rasa nak hidupkan kembali kenangan lama atau rasa nak hilangkan rasa bosan, permainan ini memang sesuai untuk korang.


Ada satu lagi game yang saya suka main dekat Plays.org nih iaitu Invace Spader. Menggamit memori betul lah permainan ni. Hilang rasa bosan tau apabila dah mula main. Untuk setiap permainan yang ada ni boleh dimainkan di mana-mana peranti mudah alih seperti di iPhone ataupun Android dan juga Windows. 


online games free
seronok pula mainan kapal angkasa nih

Permainan ini berfungsi di Apple Safari, Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox dan juga Opera. Jadi tak perlu lagi la korang nak susah payah register akaun ataupun download permainan online tersebut ke komputer ataupun telefon. Jimat dah space dekat situ. 


Apa lagi? Buat korang yang nak cuba permainan secara online secara percuma, boleh jenguk-jenguk di Plays.org. Kalau dah mula main tu boleh jadi susah nak berhenti. Dan dekat website ni ada lebih dari 100 permainan yang boleh korang pilih untuk main. 

21 comments:

  1. Ralit main , bukan anak-anak tapi maknya. Game dia senang dan tak stress nak main. Kalau penat nak menulis boleh chill kejap main game. Background music dia pun best dan tak serabut macam game online yang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, tak jemu seronok je release tension sekejap main games sambil berblog : )

      Delete
  2. Thanks for sharing. Nanti boleh la sis jengok. Best juga layan game sebagai salah satu aktiviti mengisi masa lapang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama, ade juga yang menguji minda tu boleh try main nanti.

      Delete
  3. I pun buat list untuk isi masa lapang I during pkp. Byk buat product shooting dan tulis Blog. Sekejap jer masa berlalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann, kalau ada benda nak dibuat memang tak terasa masa berjalan..

      Delete
  4. Thanks for the entertaining tips on how to use our time more wisely during the MCO.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeap! no problem. You can try play those online games during free time..

      Delete
  5. Yeayyy ada dah benda nak buat sepanjang PKP nih, hilang stress dapat main game...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Bonde, syok juga main game nih

      Delete
  6. dah lama tak main game, agaknya tanda2 penuaan kot haha, boleh try play.org ni nampak menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ! belum lagi la Bae...sibuk tuh. Cuba sesekali main boleh addicted tau

      Delete
  7. Ada 100 permainan? Banyak betul nak pilih nie. Espcially time WFH, boleh la sesekali main online kan. Hehe

    ReplyDelete
  8. Anak sis, si Kasih Sufi tu pun dah pandai main kat website plays.org ni. macam2 mainan ada. kita pun layan sama hehe

    ReplyDelete
  9. Samalah masa PKP ni masa banyak habis main game je. Bila main game ni rasa ralit sangat. Kadang game ni menguji minda kita untuk berfikir juga betul tak? Tapi memang best main game kat plays.org. Macam macam ada

    ReplyDelete
  10. Ini kalau dapat kat Sis, bukan kata bebudak, dengan Sis sekali ni boleh join main sama hahahaha..

    ReplyDelete
  11. Game ni kalau main kat pc memang bagus utk bagi anak-anak enjoy dan mengasah skill. Lg satu nak bg mereka tak tertumpu pada video youtube or televisyen semata-mata. Hehe.

    ReplyDelete
  12. menarik ni..dengan main games hilanglah sedikit rasa bosan sebab terlalu lama berada didalam rumah

    ReplyDelete
  13. Menarik juga kan.. game lama2 ni! nostalgic bethol... teringat zaman first2 dapat computer besar time Primary 6 after UPSR... game2 ni juga la yang i cari dulu..

    ReplyDelete
  14. haha iena pun tak suka download download game ni..makan space..kalau boleh main online lg bagus..tapi iena tak minat game pun..kalau bosan bosan nanti mungkib boleh cuba hehe

    ReplyDelete
  15. sebenarnya sampai sekarang khai tak tau macam mana nak main minesweeper tu. hahaah main tekan-tekan je.susah gilos! btw nak minta maaf sebab baru komen. gmail tak boleh login baru2 ni sebb malware issue.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan sudi singgah blog saya

[ Comments at your own responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988 ]