Hari tu masa nak daftar sebagai ejen drosphip kena provide muka depan statement bank. Dah gelabah pulak sebab tak tahu cara nak download statement atau penyata akaun CIMB melalui CIMBClicks. 

Tapi bila saya dah godeh-godeh rupanya taklah sesusah mana nak dapatkan penyata CIMB bank tu rupanya. Dah tak perlu lagi pergi ke bank untuk mendapatkan penyata bank terkini dan hanya boleh diakses dari rumah sahaja.  


1. Cara-Cara Nak Dapatkan /Download Penyata [ Statement] CIMB Bank Online :

Langkah 1:    Sila login cimbclick gunakan Username dan Password 

Langkah 2:    Lepas tu klik dekat bahagian My Account 

Langkah 3:    Kemudian klik dekat tanda bertitik tiga [ ... ] tersebut. 

Langkah 4:    Pilih eStatement > Klik ‘View/Download eStatement’

Langkah 5:    Pilih bulan yang dikehendaki dan klik pada Download (rujuk gambar)

cara dapatkan statement bank online
Langkah #1


download statement bank online sahaja
Langkah #2 dan Langkah #3


estatement bank download
Langkah #4


cara dapatkan penyata bank
Langkah #5

Senang je kan? Contoh kalau nak buat loan perlukan dalam tiga bulan statement bank bulan terkini, jadi korang save dan print lah siap-siap statement yang diperlukan. Selamat mencuba semua.