Manfaat Dan Kegunaan Daun Pandan

Dikalangan masyarakat di Malaysia daun pandan sangat popular sebagai bahan pewangi dan juga perasa dalam masakan. Tetapi jika nak tahu, kegunaan daun pandan bukan untuk itu sahaja tetapi ianya juga mempunyai pelbagai manfaat dan kegunaan terhadap kesihatan badan. Mengikut petua orang dulu-dulu banyak rupanya kegunaan serta khasiat daun pandan yang boleh kita gunakan dalam kegiatan seharian. 


Antara kelebihan daun pandan ialah ianya memiliki aroma dan rasa khas yang membuat makanan dan minuman terasa lebih sedap dan berbau harum jika dimasak bersamanya. 


bahaya daun pandan
Pokok pandan digunakan untuk wangikan nasi

Khasiat dan Kegunaan Daun Pandan:

  • Bantu menguatkan saraf (diminum air rebusannya)
  • Masukkan daun pandan dalam masakan boleh elakkan makanan cepat basi
  • Menghilangkan bau busuk dalam peti sejuk dan juga kereta.
  • Daun pandan juga digunakan untuk pewarna dalam masakan dimana daunnya dihancurkan dan diperah dalam masakan.
  • Esktrak daun pandan juga boleh digunakan untuk mengurangkan kesakitan badan.


Jadi memang banyak rupanya kebaikan daripada keburukan daun pandan ni yang boleh kita manfaatkan dalam kehidupan kita seharian. Setakat ni belum ada lagi dengar tentang keburukan ataupun bahaya daun pandan ni sebab banyak sangat kegunaannya dalam kehidupan harian. Kalau dapat tanam sepokok pandan dekat rumah pun bagus dan senang nak ambil apabila diperlukan.

Reactions

Post a Comment

12 Comments

  1. ms kecik2 dulu sy suka sgt dgn daun pandan ni. sy nak tanam tp mama tak kasi. dia ckp nnt ular duduk kat situ hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, yeke takut pulak..kena selalu bersihkan sekitar pokok pandan la nampaknya

      Delete
  2. kat rumah pun ada pokok pandan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah, senang nak masak petik daun kat luar je

      Delete
  3. tak sesia akak tanam pokok pandan tepi rumah... hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak guna tuh bagus tanam sendiri

      Delete
  4. wahhh tq for sharing

    ReplyDelete
  5. Xyah pakai pewangi dlm almari kabinet sume..layu je pi petik lg ikat boh bg wangi..

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan sudi singgah blog saya

[ Comments at your own responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988 ]