Minggu lepas kaki saya nih rasa sakit dan lenguh yang amat ! Lagi-lagi dekat bahagian tapak kaki sampai ke bahagian belakang betis. Rasa sakit tu macam kaki kena tusuk benda tajam lebih lagi masa baru bangun tidur. Ikut sejarah saya pernah sakit belakang yang agak teruk juga masa masih bekerja dulu. Diagnosis doktor yang merawat, kata beliau mungkin ada saraf yang tersepit dibahagian tulang belakang (minor slip disc). 

Masa tu saya ikut plan rawatan secara fisioterapi selama dua bulan di hospital. Kemudian saya sambung di pusat terapi swasta selama sebulan lebih macam tuh. Ada saya ceritakan tentang pengalaman saya mendapatkan rawatan fisioterapi tersebut. Korang boleh baca dengan klik link kat bawah nih.

    Baca lagi : Pengalaman Rawatan Fisioterapi secara Kaedah Akupuntur 


punca dan cara nak hilangkan lenguh kaki


Alhamdulillah lepas berjaya habiskan rawatan, sakit belakang, lenguh kaki dan sakit dibahagian belakang lutut serta betis beransur hilang. Kalau korang nak tahu antara sebab terjadinya masalah dekat atas nih ialah,


Antara Punca Sakit dan Lenguh Kaki, Sakit Lutut :

  • Akibat dari aliran darah yang tidak mencukupi
  • Duduk atau berdiri terlalu lama
  • Trauma akibat kemalangan atau kecederaan dalaman
  • Mungkin disebabkan oleh masalah otot dan juga saraf ( Slip disc mungkin juga menjadi punca kerana apabila saraf terhimpit, ransangan daripada kaki ke otak tidak dapat disampaikan lalu menyebabkan kita merasa kebas pada bahagian kaki )
  • Badan mengalami kekurangan vitamin
  • Diabetes atau kencing manis

Dari kes saya, alhamdulilah bukan dari masalah kencing manis ataupun diabetes. Doktor beritahu mungkin disebabkan oleh masalah otot dan juga saraf. Masa tu setiap hari saya akan drive kereta ke tempat kerja kira-kira 80 km pergi dan balik. 

Sampai office pula memang saya akan lebihkan masa duduk dari berjalan ke bahagian pengeluaran (production) memandangkan saya perlu menganalisa data-data bahan dari syarikat pembekal sebelum dilepaskan kepada bahagian stor. 

Lagi satu sebab ialah saya kurang jaga postur semasa bekerja dan memandu sampaikan akhirnya kena sakit belakang. 

Cara Kurangkan atau Hilangkan Sakit dan Lenguh Kaki serta Sakit Lutut :

  • Senaman kaki yang ringan setiap hari untuk meransang aliran darah yang sihat ke bahagian kaki yang sakit
  • Lakukan stretching dan tuam sejuk atau panas pada bahagian yang sakit
  • Amalkan pengambilan Vitamin B untuk kesihatan saraf ( sila rujuk doktor dahulu sebelum ambil sebarang suplemen)
  • Lakukan atau ambil rawatan fisioterapi dengan perawat yang berpengalaman , ini antara yang saya buat.
  • Kurangkan pengambilan makanan berminyak dan tinggi kolesterol
  • Jumpa doktor pakar sebab mungkin ada masalah dalaman yang lebih serius.

Okey korang, harap-harap tips dekat atas dapat membantu sesiapa yang tengah sakit, rasa lenguh kaki atau sakit belakang. Untuk saya pula, alhamdulillah sakit dah berkurangan. Saya buat stretching pada kaki setiap pagi, jaga postur dan juga saya amalkan pengambilan B-complex Shaklee. 

Dan disebabkan umur yang semakin meningkat nih, saya amalkan pengambilan kalsium dengan minum susu dan juga Glukosamine untuk sendi. 

Korang kalau nak ambil suplemen boleh consult dengan doktor dulu ye. Sebabnya penyebab sakit nih kadangkala berlainan antara satu individu dengan individu lain. Kalau salah makan nanti naya je kalau muncul sakit lain pula.

Selamat mencuba semua.