Gastrik adalah penyakit yang selalu mengganggu kebanyakan orang dan mungkin menjadi lebih teruk setelah makan makanan berlemak atau pedas. Masalah gastrik macam dah jadi biasa sekarang dan boleh menyerang samada kanak-kanak ataupun orang dewasa.

Suatu ketika dulu saya seorang penghidap gastrik yang boleh dikatakan agak kronik. Kadang-kadang apabila diserang gastrik jadi teruk sampai muntah-muntah dan terpaksa admit ward.  Ada masa tuh terpaksa di inject ubat penahan sakit.


1. Tanda-Tanda Anda Mungkin Ada Masalah Gastrik : 

  • Sakit perut yang sehingga anda terpaksa muntah.
  • Perut rasa berangin dan pedih.
  • Keadaan perut yang senak selama berhari-hari.
  • Saluran pernafasan menjadi sempit dan sukar bernafas.
  • Rasa perut kurang selesa sehingga menyebabkan tidur kurang lena dan selalu berjaga di tengah malam.
  • Terasa amat lapar walaupun baru sahaja makan.
cara sembuhkan gastrik

2. Punca-Punca Masalah Gastrik :

Antara punca lain kenapa gastrik boleh berlaku kerana: 

  • Tindak balas dengan makanan yang mungkin terlalu pedas, ataupun ianya telah dijangkiti dengan bakteria yang boleh sebabkan gastrik.
  • Melalui tindak balas dengan bahan kimia iaitu mungkin ada ubatan yang diambil telah menyebabkan gastrik.
  • Melalui aktiviti merokok ataupun pengambilan alkohol berlebihan
  • Seiring dengan peningkatan usia

Dari pengalaman saya sendiri yang pernah sehingga kena ulser gastrik (peptic ulcer) ataupun ulser perut yang bermaksud luka di dalam perut telah terbuka. Masih lagi segar diingatan iaitu saya terpaksa menjalani rawatan prosedur endoskopi perut.  Kamera dimasukkan melalui mulut dan ke perut untuk memudahkan doktor menganalisa keadaan sebenar pesakit dan mencari punca kesakitan yang dialami.

Semasa sakit nih , terdapat darah yang keluar sekali dengan muntah atau najis. Sejak dari itu, antara yang saya lakukan untuk kurangkan masalah gastrik ini ialah,


    2.1 Cara Kurangkan dan Atasi Masalah Gastrik :

Antara cara yang saya selalu gunapakai jika masalah gastrik saya berulang ialah;

  • Ambil antasid seperti seperti Gaviscon. Sekarang dah dijual dalam bentuk sachet yang memudahkan untuk disimpan dalam beg dan dibawa ke mana-mana.
  • Jaga jarak makan dan juga ambil makanan yang kurang pedas serta berminyak. Saya suka makan pedas tapi sebabkan masalah gastrik yang teruk jadi perlahan-lahan kurangkan pedas dalam makanan yang diambil.
  • Kurangkan stress sebab rasa tertekan yang melampau juga boleh sebabkan gastrik menyerang.
  • Amalkan minum teh halia untuk kurangkan masalah gastrik.
  • Saya amalkan minum protein soya yang dibancuh dengan buah-buahan untuk dijadikan smoothie. 

Dengan beberapa langkah diatas, alhamdulillah gastrik tidak selalu menyerang lagi. Semoga tips di atas dapat dimanfaatkan untuk korang juga yang alami masalah sakit gastrik seperti saya. 

Moga-moga sakit ini dapat dikurangkan seterusnya sembuh sepenuhnya.